Oct 24, 2014

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN




GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.

Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.

Jun 10, 2014

Kenapa Singapura Nak Sangat Pulau Batu Putih?


Saya pun hairan kenapa Singapura nak sangat Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysia ni saya pun nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padang bola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padang bola kat situ. Bila cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi perdagangan dan juga ketenteraan.

Apr 17, 2014

Pertolongan Awal Pada Orang Yang Kena Stroke

Orang yg kena STROKE mendadak (jatuh di tandas) pembuluh darah ke otak akan pecah sedikit demi sedikit. Ingat,untuk mengatasi hal ini janganlah gugup/panik. Jika mangsa berada di tempat kejadian seperti di bilik mandi/bilik tidur/ruang tamu dll. Jangan dipindah2kan ke tempat lain, kerana akan percepat pecahnya pembuluh darah, dan janganlah sampai dia terjatuh lagi.


Caranya adalah dengan mengeluarkan darah mangsa dgn menggunakan jarum yg telah dibakar/disteril yg kemudian ditusukkan ke ujung setiap jari masing2 sampai darahnya keluar 1-2 titis.

Oct 28, 2013

MOHON SEBARKAN! FACEBOOK PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK DIKESAN!



 Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.

Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.

Jul 31, 2013

Pengasas Arab Malaysian Bank dibunuh

  Anak lelaki pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi terkejut dengan pembunuhan bapanya, semalam.


"Saya terkejut apabila mendengar mengenai kejadian bunuh itu, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan pada waktu siang di Kuala Lumpur," kata Pascal Najadi dalam satu temu bual menerusi telefon dari Eropah.

Sehubungan itu, Pascal, 45, pemegang kerakyatan dua negara iaitu Switzerland dan British, menggesa pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya bagi menahan individu yang terbabit dalam pembunuhan bapanya serta mengheret mereka ke muka pengadilan.

Pascal, yang turut menceburi bidang perbankan, berkata ironinya adalah Hussain Ahmad dibunuh di Malaysia, negara yang amat disayanginya dan dianggap sebagai tanah tumpah darah beliau selama lebih empat dekad.

Hussain Ahmad, 75, maut manakala isterinya yang berusia 49 tahun cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon pada 2 petang.

Jul 25, 2013

OKU yang berjiwa Kental


Kita sering mengeluh kekurangan material terutama wang ringgit tanpa kita sedar kita sudah diberi rezeki dn kelebihan yg jauh lbh banyak dari org lain. Insaf dan bersyukurlah kerana kita masih jauh lbh baik dan maju dari orang lain. Sedikit kekurangan tdk dapat dibanding dgn lbh ramai lg yg mwngurus dirinya pn tidak mampu.

Foto ini adalah contoh kecekalan hati dn jiwa seorang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yg tidak cukup sifat fizikal dengan kecacatan tangan dan kaki yg kurang berfungsi. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul. Dia hanya boleh menulis Jija berbaring dgn jarinya yg berada di tangannya yg lbh pendek. Maka sehingga meja khas yg ditempah pihak Pengurusan kolej tiba. Dia terpaksalah dibaringkan di atas meja setiap kali mengikut kuliah.Syukurlah ada kawan2 yg sentiasa sudi membantu. Pensyarah2 jg turut memberi bantuan material dn tenaga utk menjaganya semasa PdP.

Jul 8, 2013

Video Ketua kongsi gelap mati ditetak di Hulu Selangor

HULU SELANGOR 6 Julai - Seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan kongsi gelap maut selepas diserang dan ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki bertopeng di sebuah stesen minyak di Batang Kali di sini petang semalam.

May 28, 2013

BAYI TERSEPIT DALAM PAIP KUMBAHAN DAN MASIH HIDUP DI BEIJING CHINA



 Anggota bomba di timur China telah menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru lahir ditinggalkan di dalam paip kumbahan di sebuah bangunan kediaman.

May 13, 2013

KAJI AL-QURAN GUNA ILMU MATEMATIK


Dr. Gary Miller merupakan seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang kitab Bibble. Dia mempunyai pengetahuan akan ilmu matematik yang bagus, itulah sebabnya dia suka 

berfikiran logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang boleh dicari untuk dijadikan asbab untuk mengajak umat Islam untuk menukar keimanan kepada agama Kristian. Beliau menjangka Al-Quran untuk menjadi sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Beliau kagum daripada apa yang dia dijumpai.

May 12, 2013

JUTAWAN TOLONG BAYARKAN SAMAN PENGHARAMAN MEMAKAI HIJAB

Ini gambar seorang lelaki bernama Rachid Nekkaz, usahawan kacukan Perancis-Algeria yang tinggal di Perancis

Apr 20, 2013

Pelombong emas di Brazil

Serra Pelada gold mine in Brazil.Beribu pekerja lombong emas melombong emas untuk mendapat wang.Upah dibayar pada setiap hari.Jika rajin berkerja maka dapat upah lebih daripada biasa.





Apabila Sahabat Meminta Kain Kesayangan Rasulullah SAW

Memang sudah menjadi fitrah, sesuatu barangan yang kita rasa sayang, seperti agak berat untuk memberikan kepada seseorang. Ini kerana barang itu seperti sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi kita. Tetapi ia tidak berlaku kepada Rasulullah SAW. Rasulullah sanggup menyerahkan sehelai kain yang merupakan miliknya, tetapi seorang sahabat suka akan kain tersebut lalu meminta keizinan dari Rasulullah SAW untuk memilikinya. Lalu Rasulullah SAW tetap memberikan kain tersebut kepada sahabat tadi.

gambar hiasan
 

Kemewahan Penggodam Internet

This summary is not available. Please click here to view the post.

Apr 17, 2013

Pelik ! Harimau Belang Emas Ditemui..






Harimau berjalur keemasan "golden tabby tiger" merupakan salah satu spesies haiwan yang sangat jarang kita temui atau jumpa. Harimau ini mempunyai bulu emas yang bercahaya, kaki pucat dan bergaris oren. Bulunya

Apr 14, 2013

Stesen janakuasa hidroelektrik Taum Sauk, St Francois, Missouri

Stesen janakuasa hidroelektrik biasanya memerlukan sungai yang diempang sebagai sumber air yang kemudian mengerakkan turbin generator. Empangan hidroelekrtik terbesar dunia sekarang terletak di Three Gorges Dam China dengan jumlah output tenaga maksimum 22 500 MW.

Taum Sauk ialah sebuah empangan hidroelektrik yang  lain dari yang lain. Ini adalah kerana empangan yang dibina di Gunung St Francois, Missouri ini terletak di atas bukit! Taum Sauk menyimpan air di dalam sebuah kolam gergasi dan eletrik dijanakan dengan mengalirkan air dari empangan ke sebuah stesen janakuasa yang terletak 2 kilometer di bawah bukit. Empangan ini hanya menjanakan tenaga elektrik ketika waktu puncak di waktu siang. Ia mampu menjana sebanyak 550 MW sehari. Pada waktu malam air dari Sungai Black berdekatan dipam semula naik keatas Gunung Francois untuk disimpan di dalam empangan.

Taum Sauk dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada tahun 1963. Pada tahun 2005 kolam takungan air Taum Sauk pecah sebanyak 1 Billion Gelen (4 Juta Meter padu) air terlepas keluar. Sungguhpun ia menghasilkan ombak setinggi 7 meter tiada nyawa tekorban. Kolam takungan Taum Sauk dibina semula dengan kos 450 Juta Dollar (RM 1.4 Billion) dan stesen ini berfungsi semula pada tahun 2010.


 


RM170
RM160
TAPI.........HUBUNGI ZURA SEGERA!!
Ingin jadi pengedar di Perak, call Zura ok..;-)  


 

DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURAN YANG DISERTAKAN BERSAMA SIMPANAN DAN TABUNG SIMPANAN MENGERJAKAN IBADAH HAJI/UMRAH


Laporan asal Wikipedia



Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

CARA ORANG DAHULU DI GUGUSAN ALAM MELAYU MENYAMBUT PERAYAAN


SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.


RM170
RM160
TAPI.........HUBUNGI ZURA SEGERA!!
Ingin jadi pengedar di Perak, call Zura ok..;-)  
Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang.

Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.



Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.



Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.


Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.



DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURAN YANG DISERTAKAN BERSAMA SIMPANAN DAN TABUNG SIMPANAN MENGERJAKAN IBADAH HAJI/UMRAH

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?


Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.


sumber 

Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Apr 8, 2013

Betul ke Bunuh Cicak Hari Jumaat Dapat Pahala?




Ramai yang bertanya soalan ini kepada saya. Kenapa Islam memberi kelebihan tertentu untuk membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?

 

Sebelum menjawab soalan ini, saya hendak menegaskan satu prinsip. Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu, sama ada kita dapat mengetahui hikmah itu ataupun tidak.


Apr 3, 2013

Siapa OKU Jutawan Di Malaysia?

Yang tak OKU apa alasan kita?
INSPIRASI: Jutawan Speedmart99 Adalah Orang Kurang Upaya(OKU), Belajar Setakat Darjah Enam.

Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.

Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu. Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah

Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).

Lee berkerusi roda semenjak kecil.

Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya. Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.

Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.

” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”

Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit

Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’

Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.

Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.

Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.

Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.

Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.

Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.

Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.

Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.

Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.

Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.

Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.

Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar.

Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.

Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.

Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.

Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.

Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.

Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.

Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.

Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.

” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.

” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.

Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.

Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.
 
 
INSPIRASI: Jutawan Speedmart99 Adalah Orang Kurang Upaya(OKU), Belajar Setakat Darjah Enam.

Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.

Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu. Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah

Mar 21, 2013

EKSKLUSIF: Cerita Ngeri Ketua Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu


PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Maclalu tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.

Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.

Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.

Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.

Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.
                         
Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...