May 21, 2012

KONTRAKTOR PENIPU #4

Dah setel,report pun dah tarik balik, giler punya cuak diaorang..hahaha

dalam kes ini, Yuzz telah meminta maaf dan menyatakan bahawa Remy bukanlah rakan kongsinya, Remy hanyalah kenalan dalam dunia perniagaan mereka, Yuzz juga tidak menyangka Remy akan "buat taik" kepada pelanggan.

aku secara jujur amat terharu dengan Yuzz,walaupun beliau adalah seorang yang tidak menepati masa, dan beliau juga mengaku yang agak sukar unruk menepati masa , ketika yuzz datang kerumah aku pada jam 2.30pm jumaat 18 Mei 2012, beliau telah terjumpa salinan laporan poli yang sengaja aku letakkan diatas meja diruang tamu, gelagat beliau agak menyentuh hati aku..beliau terdiam dan riak wajahnya bertukar kecewa,takut dan sedih, berkali-kali beliau menjelaskan perkara yang sebenarnya,aku hanya mampu tersengeh dan diam mendengar penjelasan Yuzz.

"alamak bang, abang dah report polis ke..?" kata Yuzz selepas terlihat salinan laporan polis tersebut, kemudian beliau terdiam hampir 5 minit sambil mata memerhatikan butir dalam laporan tersebut.

"aku pun nak jaga diri aku juga,aku dah bayar kot" balas aku

"abang sepatutnya tak boleh letak nama saya bang, kerja ni under Remy bang" tutur Yuzz

"saya kalau macam mana pun,mesti akan reply mesej atau jawap telefon,cuma cepat atau lambat je bang, pernah tak saya tak reply mesej abang?" kata Yuzz untuk membersihkan diri.




Itulah antara isi perbualan kami, hampir 30 minit beliau menjelaskan perkara sebenar, dan aku juga bertanyakan kepadanya, kenapa Remy tidak mahu datang sendiri, katanya Remy demam.

walaubagaimanapun,aku tetap juga terpaksa bayar lagi RM50 kepada Yuzz kerana katanya kerja-kerja yang dilakukan pada hari itu tidak berkaitan dengan kerja-kerja yang pernah Remy lakukan dahulu, aku malas nak bertekak, bagi aje lah, masih ada rasa simpati dan perasaan ingin membantu peniaga Melayu..hmm entah la..

ketika Yuzz melakukan kerja-kerja membaiki paip tersebut, beliau mencadang kan agar susun ataur paip yang sedia ada di ubah agar masalah ini tidak berulang, katanya beliau akan mengenakan harga hanya RM180 sahaja untuk kerja-kerja itu, dan aku mengatakan "hmm..yeke"...dan dalam hati aku hanya mengatakan "takkan nak kene kecing lagi kot"...

pada sebelah malam hari yang sama, Yuzz menghantar SMS kepada aku bertanyakan samada aku bersetuju dengan tawaran beliau.

Yuzz : "Abg nk buat x paip bru yg sy cdangkan,skranya nak inie dari tgn sy buat..utk mengelakan dari msalh sumbt yg x pasti bla.." receive 7.27pm

Aku : "kalau bwah 100 blh la."sent 8.04pm

Yuzz : "Brg j 70x lari abg,nie sy yg buat,bkn sape2 g.hrga kawan2 sy lasi bgy rm 150" receive 8.06pm


aku tidak membalas SMS beliau, kemudian beliau menghantar lagi SMS pada jam 9.25pm


Yuzz : "sy last kt abg rm 120,sbb sy serb slah pda abg,biar sy rugi asalkan paip abg tiada msalah dn abg puas hti..jika x,sy dh tawar hbis,dn lpaz jaminan sy x tggung g abg"

Aku masih tidak membalas SMS beliau, sehinggalah keesokan hari,beliau sekali lagi menghantar SMS seperti berikut

Yuzz : "Okie abg,sy bgy hrga seratus memandgkn es0k sy ada wiring di tmpt abg,stuju esok tghri sy smpi" receive 8.03

Aku : "kalau mcm tu kira jadi" sent 8.14pm



Keesokan hari seperti yang dijanjikan oleh Yuzz, aku telah sampai dirumah tersebut pada jam 1.40pm,aku sengaja tidak mahu menghubungi beliau,kerana tidak mengharap sangat dengan tawaran ini. tujuan aku kerumah tersebut hanyalah untuk menyapu sampah dan mengemas apa yang patut untu kemasukan penyewa baru kelak, kemudian pada jam sekitar 3.15pm beliau menelefon aku dan menyatakan akan sampai lagi 30 minit, katanya kerja pendawaian elektrik beliau baru sahaja selesai,  janji tinggal janji, sehingga jam 5.30 beliau masih tidak sampai, aku seterusnya pulang kerumah, kemudian pada jam 7.47pm beliau menghantar SMS dengan menggunakan nombor +601112824775

Yuzz : " sy stgh jam smpi,bli brg sampai,bli brg abg di puchong perdna,buat kmi mmg trlewat,sbb jalan teruk jem-yuz"

Aku : "xpelah bro,aku dah keluar keje j0hor..len kali lah" sent 7.49pm

aku sengaja mengatakan ke Johor,kerana menyangkan beliau akan terus meninggalkan tawaran beliau kepada aku, akan tetapi beliau mengatakan beliau telah beli semua barang yang diperlukan, oleh itu aku mengatakan bahawa aku kan pulang pada petang selasa 22 Mei 2012


Bagi aku, dalam kes ini, Yuzz tidak bersalah, Remy lah punca segala-galanya..kesian Yuzz..kalau ko terbaca artikel ini, aku nak ucapkan terima kasih kat ko Yuzz, aku tahu kerja ko macam mana, tapi nasihat aku, ko kena lah tepati masa, jangan beri janji kalau tidak mampu untuk tepati, sakit hati oooo menunggu orang ni..!!!


Artikel berkaitan


=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

5 comments:

AKU yg MARAH said...

Bab kontraktor hampeh nih aku pon dah terkena..Tapi yg ni direkemen oleh sorg blogger hartanah yg agak fofular le juge lepas aku email dia minta tolong carikan kontraktor pemasangan grill..Dah le tak tepati masa (bole dimaafkn lagi), yg paling aku geram beberapa hari sblm nak dtg pasang, minta aku tambah rm80 konon utk sewa lori sebab grill terlampau panjang padahal masa dtg ambil ukuran tak cakap pon, nampak sgt nak menipu ingat aku bodoh ke hamlau. Dia tengok aku ni perempuan ingat senang2 nak kencing cilakak !! Lps tu cakap kalau tak mau bayar dia terpaksa potong dua grill tu sebab dia gune van takde lori..Yg herannya masa dtg pasang elok je grill beranda tu tak kena potong dua pun aku pun tak tanya pulak dia dtg bawak grill tu pakai ape..Masa nak pasang pulak grill tu tak boleh fit sebab die yg tak pandai ambil ukuran tapi yg bebalnye die salahkn dinding beranda aku yg tak rata, lps tu siap cakap terpaksa pasang grill beranda tu dlm keadaan senget..Bila aku tunjuk muka tak puas hati baru la dia cari alternatif kikis dinding beranda supaya grill tu boleh ngam, bahalol tol lah. Lagi satu yg aku geram masa kerja2 pemasangan dia bawak bini dan anak2 dia sebab takde org nak jaga..Bawak bini oklah sebab utk bantu dia tapi pehal bawak ank2 dia yg macam hantu tuh? Habis brg2 dalam kabinet aku dorang punggah, nasib tak jahanam..Die ngan bini buat dekkk jer tak tegur perangai anak, aku rasa macam nak cekik bebudak tu..Nak aku bagitau sapa nama kontraktor ni tak ? Ada banyak lagi sebenarnya kerja2 dia yg aku tak puas hati tapi kang nak tulis semua baik aku bukak blog sendiri..

Derok said...

huhu..aku tahu macam mana perasaan ko..memang giler punya berbulu kan..haha..sabor aje lah..kalau ko nak aku adakan post khas pasal citer ko ni, boleh jugak..tapi kalau nak aku pamerkan nama kontraktor tu, aku kene fikirkan jugak kesahihan citer ko (jangan marah ye..)..apa2 hal, ko boleh email bukti (gambar,resit dll) ke email aku namasayalah@gmail.com, kalau boleh, ko emailkan sekali bloger yg suggestkan kontraktor tu..rase2 mcm aku kenal je blogger tu..hehe

Anonymous said...

kat melaka pun aku dah terkena.iklan dlm mudah.my.macam2 nama dia pakai,roslan,mazlan,atan,pak mail,malim plumber & wiring.terbaru sekali aku check tajuddin plumber & wiring.senang citer amik aje org cina wat,sekrg ni pun aku amik india renovate rumah aku.lg puas hati.buat malu org melayu aje

Anonymous said...

kat melaka pun aku dah terkena.iklan dlm mudah.my.macam2 nama dia pakai,roslan,mazlan,atan,pak mail,malim plumber & wiring.terbaru sekali aku check tajuddin plumber & wiring.senang citer amik aje org cina wat,sekrg ni pun aku amik india renovate rumah aku.lg puas hati.buat malu org melayu aje

Anonymous said...

kat melaka pun aku dah terkena.iklan dlm mudah.my.macam2 nama dia pakai,roslan,mazlan,atan,pak mail,malim plumber & wiring.terbaru sekali aku check tajuddin plumber & wiring.senang citer amik aje org cina wat,sekrg ni pun aku amik india renovate rumah aku.lg puas hati.buat malu org melayu aje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...