May 13, 2012

KONTRAKTOR PENIPU



Pada 21 April 2012 yang lepas aku call sorang contractor ni untuk repair paip tersumbat, paip bocor dan nak minta quotation untuk renovate kat rumah aku, aku dapat nombor contact die melalui iklan kat Mudah, kontraktor tersebut adalah Yuzzalamsetia Enterprise, beralamat di Bangi,Selangor.


 iklan Yuzz Alamsetia Enterprise yang diambil dalam Mudah.my


Aku cerita la apa masalah yang berlaku kat rumah sewa aku ni, kemudian die kata akan hantar partner untuk selesaikan masalah yang aku hadapi dan meminta aku SMS kepadanya alamat rumah aku.

Time kasih, partner sy brnama remy akn pergi sna,dn ambl ukuran serta bgy hrga yg tepat…” itu lah SMS balas dari pemilik Yuzzalamsetia Enterprise melalui nombor 0173258761

Tak sampai Dua jam, Dua orang lelaki dalam lingkungan usia 25-28 tahun telah datang kerumah aku, salah seorangnya bernama Remy.

Mereka datang kerumah aku hanya membawa ‘pencungkil lubang paip’ sahaja walaupun aku telah maklumkan kepada Yuzz melalui perbualan telefon bahawa aku juga mahu mereka membaiki paip bocor yang berada di atas siling rumah dan mengambil ukuran untuk kerja pengubahsuaian rumah. Tiada gam, tiada tangga, tiada pita pengukur, tiada peralatan pertukangan, mereka datang hanya membawa ‘pencungkil lubang paip’ yang berada didalam plastik semata-mata.

Pada ketika ini aku masih tidak berasa curiga terhadap Remy dan kawanya. Seterusnya aku telah menerangkan apa yang berlaku untuk mereka selesaikan dan meminta Remy memberi harga upah untuk kerja-kerja membaiki paip bocor dan tersumbat, RM270, itulah harga yang diberi dan aku pun bersetuju.
Maka kerja-kerja pembaikan pun dilakukan, aku biarkan mereka didapur dan aku duduk diruang tamu sambil layan baca buku, sebelum itu Remy meminta aku untuk sediakan air panas. Sesekali aku kedapur untuk melihat mereka melakukan kerja, pada ketika ini aku sudah mulai tidak selesa dengan kerja mereka, kerana Remy telah menggunakan baldi milik aku untuk tujuan menadah limpahan air yang tersumbat ketika dia kerumah jiran dibawah.  Dengan muka seposen dan tak minta izin, dia menggunakan baldi tersebut yang aku selalu gunakan untuk merendam pakaian. “babi punya budak, selamber badak jer tibai baldi aku” getus hati kecilku.

Aku masih mampu bersabar lagi, dan meneruskan aktiviti membaca diruang tamu, hampir 10 minit mereka kembali dengan baju dan seluar dipenuhi percikan air busuk yang dah berbulan-bulan tersumbat dalam paip kat dapur rumah aku, kerjanya agak mudah, cuma turun ke rumah jiran dibawah, buka penutup paip dan cungkil kotoran-kotoran yang dan melekat, tapi aku tak sanggup buat, aku lebih sanggup keluarkan duit (jangan tiru pemikiran ini).

Kemudian mereka kedapur kembali untuk melihat hasil kerja mereka, Satu minit kemudia aku pun kedapur untuk melihat apa yang mereka lakukan, alangkah terkejutnya aku apabila melihat Remy dengan gaya bersahaja telah menuangkan sabun mandi kegemaran aku iaitu ‘Lifebuoy activefresh’ kedalam lubang paip tersebut. “anak haram!, memang celaka mamat ni, kimak tol” aku bermonoloq didalam hati.
Setelah kerja paip tersumbat selesai, aku arahkan Remy untuk periksa kerja-kerja paip bocor pula yang terdapat dibahagian atas siling, dia pun memeriksa dan cuba membaiki, yang membuatkan aku lagi meyampah dengan mamat ni, adalah ketika beliau ingin memeriksa paip tersebut, beliau Cuma menggunakan tong sampah yang diletakkan diatas meja kecil milik aku!!

dia kata “paip bocor ni tak boleh nak setel la bang..
aku tanya tiada cara lain ke,
susah la bang” ringkas jer alasannye.

Malas nak panjang citer aku suruh dia repair kat bahagian singki pulak, sebab air selalu keluar kembali melalui sambungan antara paip dan lantai , Lantas Remy memeriksa dan Tanya kepada aku

 “ada plastik tak bang”.

ada” balas aku sambil memberinya plastic yang aku dapat setiap kali aku membeli barang.
Memang mejelikkan, Remy kemudian mengambil plastic tersebut, menggulung-gulungkannya dan menyumbat plastic tersebut kedalam lubang dibawah singki, korang banyangkan, aku bayar RM270 tapi kerja yang dilakukan macam budak tak cukup akal.
sinki yang dibaiki

takde gam ke? Gam silicon tu?” aku bertanya kepadanya.

Errr..ermmm” itu sahaja bunyi yang keluar dari mulut Remy sambil bercangkung dibawah sinki.

Kemudian Remy bangun dan memeriksa keadaan sinki tersebut, katanya sinki ini perlu ditukar, sebab dah berkarat, walhal keuzuran sinki tiada kena mengena dengan paip tersumbat atau bocor. Tapi disebabkan memang niat aku untuk menukar sinki, alang-alang aku suruh mereka sahaja yang menukarnya, aku Tanya harga upah untuk kerja penukaran sinki, Remy kata RM200, siap upah pasang, aku pun setuju lah, bermakna aku kena bayar kepadanya RM470!

Petang itu juga Remy telah keluar untuk membeli sinki aluminium tersebut, sebelum keluar dia meminta aku untuk membayar RM100, kerana tiada duit untuk membeli sinki katanya, aku pun menyerahkan wang yang diminta.

Lebih kurang 30 minit kemudian, kerja-kerja menukar ganti sinki selesai, kemudian tanpa meminta izin, Remy dan kawannya terus duduk disofa diruang tamu dengan keadaan yang mejijikan.

aiyooo..” itulah perkataan yang terdetik dalam hati aku melihat tingkah laku mereka, kemudian mereka menyalakan sebatang rokok murah berjenama Gudang Garam. Sambil mereka merokok, aku pun bertanya mereka apakah pekerjaan ini mereka lakukan secara separuh masa atau sebaliknya, lantas kawan Remy berkata “full time bang..lama dah”..tapi gaya kerja mereka persis budak-budak yang baru berkecimpung dalam kerja-kerja membaiki rumah!

Kemudian aku meminta Remy untuk memberi anggaran kerja pengubahsuaian rumah pula, aku mula menerangkan apa yang aku mahu, pengubahsuainya tak banyak, Cuma naikkan dinding batu berukuran 7 X 9 kaki beserta pintu kayu dan memasang 3 unit kipas siling sahaja, dan harga yang diberikan adalah RM3200, aku minta agar harga tersebut dikurangkan, perbincangan diteruskan dan terdapat perkara-perkara yang aku mansuhkan seperti kerja mengecat, dan harga akhir yang dia beri ialah RM2900 sahaja, aku minta dikurangkan lagi, tapi tidak dibenarkan. akan tetapi 4 hari selepas itu aku telah berjaya menemui seorang kontraktor Indonesia yang mahu lakukan kerja pengubahsuaian tersebut dengan hanya RM2400 sahaja termasuk cat,repair siling bocor di 3 tempat dan pasang 3 unit kipas siling!!

Hampir Dua jam mereka berada dirumah ini, dan dalam lingkungan jam 7.30 petang mereka mula beredar. Sebelum beredar aku meminta mereka memberi resit dan warranty seperti yang dijanjikan, tapi resit tiada, lantas aku menyuruh mereka membeli resit dikedai berhampiran, ketika hendak bayar, aku Tanya berapa jumlah keseluruhan, walaupun aku tahu berapa jumlahnya, 

RM480” jawap Remy.

“RM480 atau RM470? Repair sinki RM200, repair paip tersumbat RM270 kan? Jadi total RM470 la” jawap aku

hehe..arrr RM470..betul betul” balas Remy.

 
Resit yang juga warranty yang diberi

Setelah mereka mereka beredar, hatiku mencarut-carut ketidakpuasan diatas kerja yang mereka lakukan, kemudian timbul perasaan menyesal kerana mengupah mereka. Niat hatiku pada mulanya untuk membantu kontraktor Melayu, tapi inilah akibatnya, dari kecil aku selalu dengar kontaktor Melayu bila buat kerja memang tidak sempurna, tapi sekarang aku sudah merasainya.

Selang seminggu kemudian, air paip dibawah sinki kembali bocor dan melimpah keluar, aku telah menghubungi Remy untuk menuntut warranty seperti yang dijanjikan, dan menetapkan hari untuk beliau datang,  pada pagi hari yang dijanjikan aku menghubunginya untuk mengesahkan kehadirannya, beliau bersetuju untuk dating pada petang hari, kemudian sebelah petangnya aku menelifon kembali kemudian beliau kata tak jadi dating sebab ada kerja di Cheras, padahal aku dah booking beliau awal-awal lagi..
”celaka mamat ni..” kata aku

Lantas aku menetapkan Empat hari berikutnya untuk beliau datang dan beliau bersetuju, seperti biasa sehari sebelum aku menelifonnya untuk pengesahan, dan beliau bersetuju, waktu pagi hari yang dijanjikan juga aku menghubunginya juga dan beliau mengesahkan kehadiran untuk datang pada waktu petang, akan tetapi pada sebelah petang apabila aku menghubunginya semula, tapi hanya deringan caller ringtone muzik sahaja yang ada, lebih kurang 8 panggilan aku buat tapi tidak berjawap pada petang tersebut.

Pada waktu itu aku sudah mula hilang sabar dan terus menghubungi Yuzz Alamsetia Enterprise, kerana beliaulah yang telah mencadangkan Remy untuk membaiki rumah aku, ketika perbualan aku dengan Yuzz, aku telah ceritankan segala-galanya dan mengugut untuk laporkan kepada Polis dan Tribunal Tuntutan Pengguna (rasa macam poyo jer nak sebut perkataan tribunal ni ketika perbualan berlangsung.huhu)
Kemudian Yuzz telah berjanji untuk datang sendiri membaiki pada petang selasa 15 Mei 2012 depan, dan aku harap janji beliau akan ditepati, jika tidak…


Dalam hal ini, aku tidak menyalahkan Yuzz atas apa yang berlaku, mungkin bagi aku beliau terlalu percayakan kawannya dan tidak tahu perangai Remy, akan tetapi, beliau harus sama bertanggung jawap kerana beliaulah yang telah menghantar Remy ke rumah ini.


TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA
ingatkan tribunal tuntutan pengguna senang, rupanya ada susah sikit, kene beri sendiri "borang tuntuan" kepada pihak yang kita nak tuntut (penentang), dah la mamat ni (Remy) xde office tetap...hancusss aku..
kepada korang yang nak repair rumah di kawasan lembah klang, berhati2 dengan mamat ni :

nama : Remy
no tel  : 017-2243649
bangsa : Melayu (aku pernah dengar dia berbual dalam loghat yang jarang aku dengar, macam loghat pendalaman sabah atau jawa atau..ntah la)
Prestasi kerja : sangat tidak memuaskan
Umur : dalam lingkungan 24-30thun
Fizikal : tidak gemuk, tidak kurus, rambut ada jalur warna kuning2 macam mat rempit
=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

24 comments:

ananaifa enterprise said...

sy pun ade pengalaman scary psl kontraktor rumah ni.. kite mmg niat melayu n tolong melayu tp tu la.. ptuii sungguh diorang ni.. keje x siap.. mintak tmbh harga utk keje yg blum pun dia buat lg.. keje yg kite dh siap2 byr pun x siapkan.. last2 kata nk pulang duit sbb x dpt siapkn.. ***** btol..

Anonymous said...

byk yg menipu.. tak kira la melayu ke cina ke atau india.. semua nakkan duit.. sama2lah kita berhati2

Derok said...

@ Ananaifa - betul tu, niat kita nak tolong kontraktor sama bangsa, tapi bila dah "kene taik" macam ni, rasa serik plak..ni la yang dikatakan kerana nila setitik, rosak carot susu seteko..

@Anon - Betul betul betul..semua bangsa sama aje, ada yang baik,ada yang kurang baik..

kesimpulan, kalau nak upah kontraktor, surus siapkan keje dulu, baru bayar dan mintak cuotation sebelum buat kerja..

Unknown said...

Mohon share sama. Paip tersumbat saya kerna caj RM490!! Mintak2 kurang dapat RM450! Padahal kalau buatdengan IWK pundalam RM180 shj. Silap saya sebab tak tanya harga masa awal2 buat. Niat sama, nak tolong orang melayu.. Padan muka sendiri.. Tp benda dah jadi kan. So, nak elak kawan2 lain terkena dengan contractor ni, saya share details:

Nama: derus
Company: gagah bina construction
Area: KL / selangor / negeri sembilan / melaka
No tel: 016-3501357

Unknown said...

salamtuan dan puan ..sekiranya tuan dan puan memerlukan khidmat ubah suai rumah ..termasukla plaster ceiling,lumbing,pemasangan jubin dll ..sekiranya berkenan tuan dan puan boleh hubungi saya Adi :0143446124 dan 0104654955 atau email :awieravensky@gmail.com

area penang dan kedah

Unknown said...

kami dari JBP MAJU CONSTRUCTION & TRADING menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian rumah dan pembinaan rumah di kawasan selangor, negeri sembilan, KL.. harga sangat berpatutan.. untuk maklumat lanjut tentang syarikat kami, boleh call :

013-6907173 (emy)
emel : jbp.maju@yahoo.com

website :
http://www.jbpmajuconstruction.simplesite.com

diela said...

Remy tu awk stil ingat wajah dia . Sy rasa sy knl. Law sy bg pic awk bole cm

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya baru terkena dgn kontraktor ni.. experto de engineering or budget repair,installation,renovation.. nama kamil.. nama fb hamba yang kamil.. mintak deposit sebelum nak buat keje.. lepas tu janji nak datang tapi tak datang2.. 4kali cancel alasan family matter.. pastu msg jnji nak bagi balik duit tapi smpai sekarang senyap je.. lesap tros.. saya pun satu percayakan dia.. yelah melayu tak sangka boleh jadi macam ni

Hisham said...

Semua yg berlaku adalah asbab je
Allah nak bagi perigatan, bhw kita ada yg x kena so try muhasabah apa kesilapan kita dgn Yg Maha Esa

Unknown said...

apehal la sume mahai2...owner wajib tahu harga brg, kos upah 1 hari Rm60-Rm100@ bgantung pd kesukaran kerja@ bilangan barang yg dibaiki, plumber n wayarmen xde yg bwk resit kt pinggang so kne deal dlu upah brape, kos brg brape etc

KeretaSewa1Malaysia said...

moral of the story.. cari kontraktor bumiputra yang berdaftar dengan CIDB.. Klu ada masalah pon senang.. Just buat report ke balai dan terus ke CIDB yang berhampiran untuk tindakan seterusnya.. InshaAllah segala urusan akan selamat..

Mr. Plumber said...

carilah kontraktor yang boleh dipercayai, hubungi razak esa ( 0195152991 ) Ikhlas Jujur Bakti Services. untuk sebarang kerja2 plumbing, wiring renovation dan cat rumah area bangi, kajang dan sekitar

Roger Png said...

VS PLUMBING -SIONG -01133244118
Selangor

Krol said...

Gila punya budak..kene kat ak kompem ak tengking..meniaga tah apa2

MONFAZ Steel Trusses & Fabricators said...

Aduhhh knapa la kena mahal sgt smpai camtu. Insyaallah tk semua yg mcm tu. Kalau ada yg nk buat kerja2 repair, paip, bumbung, tambah rumah dsbnya sila hubungi sy di 0183656223 (faizal). Sy akan tengok & bg quotation dulu. Bila setuju baru buat. Tak buat pun tkpe. Quotation free jer

camp said...

ada tak panduan harga untuk baiki paip? sebab tak tahu.. ramai kontraktor suka2 je letak harga.. bila tanya harga sebelum buat.. biasa akan cakap kena tgk dlu.. kalau tak setuju.. akan mintak duit minyak etc.. duit minyak paling kurang rm50..

Hairil asren said...

Betul ke kos repair singki dan tukar pipe singki semue kos dlm 250 ?

Unknown said...

Sy cuci waste tank dan tukar paip sinki kos rm 300...xtau la kena tipu ke x ni

jon said...

sy nak tya, sy upah org utk mslh sinki sumbat.kos rm380.berbaloi ker? x tebuk dinding ke apa..cuma dia korek2 bersihkn saluran air n tukar getah pd sinki.

Unknown said...

As salam sham saya buat tukang paip welding besi area penang kalau cerita tentang paip tersumbat bayaran yg saya tahu kalau saya buat dlm sejam siap siap saya kenakan bayaran rm 80 satu lg kena tengok susah atau senang untuk baiki kalau dlm 2jam rm200 3jam dan keatas rm400

Unknown said...

Plumber area Kuantan ...sebarang masalah paip 01158650868 mael

Mie baung said...

Saya diy sendiri je... drpada bayar mahal2 baik beli tools... utiup kan banyak ajar...

Unknown said...

Saya membuat servis paip sumbat dan sebagai nye..0147313026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...