May 30, 2012

Awas! Taktik Menculik Kanak-Kanak Di Pasaraya




Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, sekarang ni boleh dikatakan banyak kes penculikan berlaku di negara kita.. Setiap hari ada sahaja kes perculikan yang dilaporkan di dada-dada akhbar. Penculik atau penjenayah sekarang dikatakan terlalu berani untuk melakukan penculikan secara terang-terangan. Mereka sentiasa ada taktik atau strategi baru untuk dan memperdaya dan menculik mangsa.

Ini ada satu kisah tentang bagaimana kes penculikan berlaku di sebuah pasaraya terkemuka, dipetik dari facebook seorang teman..



sekadar gambar hiasan

Di sebuah pasaraya seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya, iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

Lihatlah bagaimana dengan kelekaan ibubapa seketika, nyawa anak mereka terancam.. mohon disebarkan kisah ini kepada orang ramai khususnya ibu bapa/ penjaga supaya tiada lagi kes seperti ini berlaku..

sumber asal klik

=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

May 21, 2012

KONTRAKTOR PENIPU #4

Dah setel,report pun dah tarik balik, giler punya cuak diaorang..hahaha

dalam kes ini, Yuzz telah meminta maaf dan menyatakan bahawa Remy bukanlah rakan kongsinya, Remy hanyalah kenalan dalam dunia perniagaan mereka, Yuzz juga tidak menyangka Remy akan "buat taik" kepada pelanggan.

aku secara jujur amat terharu dengan Yuzz,walaupun beliau adalah seorang yang tidak menepati masa, dan beliau juga mengaku yang agak sukar unruk menepati masa , ketika yuzz datang kerumah aku pada jam 2.30pm jumaat 18 Mei 2012, beliau telah terjumpa salinan laporan poli yang sengaja aku letakkan diatas meja diruang tamu, gelagat beliau agak menyentuh hati aku..beliau terdiam dan riak wajahnya bertukar kecewa,takut dan sedih, berkali-kali beliau menjelaskan perkara yang sebenarnya,aku hanya mampu tersengeh dan diam mendengar penjelasan Yuzz.

"alamak bang, abang dah report polis ke..?" kata Yuzz selepas terlihat salinan laporan polis tersebut, kemudian beliau terdiam hampir 5 minit sambil mata memerhatikan butir dalam laporan tersebut.

"aku pun nak jaga diri aku juga,aku dah bayar kot" balas aku

"abang sepatutnya tak boleh letak nama saya bang, kerja ni under Remy bang" tutur Yuzz

"saya kalau macam mana pun,mesti akan reply mesej atau jawap telefon,cuma cepat atau lambat je bang, pernah tak saya tak reply mesej abang?" kata Yuzz untuk membersihkan diri.




Itulah antara isi perbualan kami, hampir 30 minit beliau menjelaskan perkara sebenar, dan aku juga bertanyakan kepadanya, kenapa Remy tidak mahu datang sendiri, katanya Remy demam.

walaubagaimanapun,aku tetap juga terpaksa bayar lagi RM50 kepada Yuzz kerana katanya kerja-kerja yang dilakukan pada hari itu tidak berkaitan dengan kerja-kerja yang pernah Remy lakukan dahulu, aku malas nak bertekak, bagi aje lah, masih ada rasa simpati dan perasaan ingin membantu peniaga Melayu..hmm entah la..

ketika Yuzz melakukan kerja-kerja membaiki paip tersebut, beliau mencadang kan agar susun ataur paip yang sedia ada di ubah agar masalah ini tidak berulang, katanya beliau akan mengenakan harga hanya RM180 sahaja untuk kerja-kerja itu, dan aku mengatakan "hmm..yeke"...dan dalam hati aku hanya mengatakan "takkan nak kene kecing lagi kot"...

pada sebelah malam hari yang sama, Yuzz menghantar SMS kepada aku bertanyakan samada aku bersetuju dengan tawaran beliau.

Yuzz : "Abg nk buat x paip bru yg sy cdangkan,skranya nak inie dari tgn sy buat..utk mengelakan dari msalh sumbt yg x pasti bla.." receive 7.27pm

Aku : "kalau bwah 100 blh la."sent 8.04pm

Yuzz : "Brg j 70x lari abg,nie sy yg buat,bkn sape2 g.hrga kawan2 sy lasi bgy rm 150" receive 8.06pm


aku tidak membalas SMS beliau, kemudian beliau menghantar lagi SMS pada jam 9.25pm


Yuzz : "sy last kt abg rm 120,sbb sy serb slah pda abg,biar sy rugi asalkan paip abg tiada msalah dn abg puas hti..jika x,sy dh tawar hbis,dn lpaz jaminan sy x tggung g abg"

Aku masih tidak membalas SMS beliau, sehinggalah keesokan hari,beliau sekali lagi menghantar SMS seperti berikut

Yuzz : "Okie abg,sy bgy hrga seratus memandgkn es0k sy ada wiring di tmpt abg,stuju esok tghri sy smpi" receive 8.03

Aku : "kalau mcm tu kira jadi" sent 8.14pm



Keesokan hari seperti yang dijanjikan oleh Yuzz, aku telah sampai dirumah tersebut pada jam 1.40pm,aku sengaja tidak mahu menghubungi beliau,kerana tidak mengharap sangat dengan tawaran ini. tujuan aku kerumah tersebut hanyalah untuk menyapu sampah dan mengemas apa yang patut untu kemasukan penyewa baru kelak, kemudian pada jam sekitar 3.15pm beliau menelefon aku dan menyatakan akan sampai lagi 30 minit, katanya kerja pendawaian elektrik beliau baru sahaja selesai,  janji tinggal janji, sehingga jam 5.30 beliau masih tidak sampai, aku seterusnya pulang kerumah, kemudian pada jam 7.47pm beliau menghantar SMS dengan menggunakan nombor +601112824775

Yuzz : " sy stgh jam smpi,bli brg sampai,bli brg abg di puchong perdna,buat kmi mmg trlewat,sbb jalan teruk jem-yuz"

Aku : "xpelah bro,aku dah keluar keje j0hor..len kali lah" sent 7.49pm

aku sengaja mengatakan ke Johor,kerana menyangkan beliau akan terus meninggalkan tawaran beliau kepada aku, akan tetapi beliau mengatakan beliau telah beli semua barang yang diperlukan, oleh itu aku mengatakan bahawa aku kan pulang pada petang selasa 22 Mei 2012


Bagi aku, dalam kes ini, Yuzz tidak bersalah, Remy lah punca segala-galanya..kesian Yuzz..kalau ko terbaca artikel ini, aku nak ucapkan terima kasih kat ko Yuzz, aku tahu kerja ko macam mana, tapi nasihat aku, ko kena lah tepati masa, jangan beri janji kalau tidak mampu untuk tepati, sakit hati oooo menunggu orang ni..!!!


Artikel berkaitan


=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

May 17, 2012

KONTRAKTOR PENIPU #3

Berikutan kejadian "macam sial" kene tipu dengan Yuzz dan Remy dan seolah-olah dipermainkan, satu laporan polis telah aku buat di IPD Petaling Jaya pada 17 Mei 2012, dibawah adalah laporan nya







JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIANIAYA!!

Artikel berkaitan


=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

May 16, 2012

KONTRAKTOR PENIPU #2


Seperti dalam tulisan aku sebelum ini (KONTRAKTOR PENIPU), Yuzz telah berjanji akan datang ke rumah aku pada petang 15 Mei 2012 untuk membaiki paip yang kembali bocor iaitu kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh rakan perniagaannya.

Tidak seperti yang dijanjikan, Yuzz tidak dapat datang dan  memberikan alasan jalan terlalu sesak.

Untuk rekod, pada 14 Mei 2012 sekitar jam 6.30 petang aku telah menghubungi Yuzz untuk mengesahkan kehadirannya pada petang 15 Mei 2012 seperti yang telah dijanjikanya pada 11 Mei 2012 yang lalu, dan beliau bersetuju untuk hadir.

Pada hari yang dijanjikan iaitu 15 Mei 2012 aku sekali lagi menghubungi Yuzz melauli Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sekitar jam 12:00pm.

Berikut adalah perbualan antara aku dengan Yuzz melalui SMS  selepas berjanji bahawa beliau akan hadir pada petang 15 Mei 2012



Aku : “Comfirm petang ni jam 6pm di No 19,tkt 18,#########,PJ.tq” sent 12:02pm

Yuzz : “Awal sikit abg,jam 5 x ley,tkt maintenance dn guard house x bgy buat krja” receive 12:03

Aku : “Jgn risau,maintenance ofc n guard x kcau,guard xde…sy kluar ofc jam 5.15pm” sent 12:06


Selepas itu beliau tidak membalas SMS aku,sehinggalah aku menghantar SMS pada sebelah petang


Aku : “Sy on the wy.” Sent 5:37pm

Yuzz : “Sy dri key el ampunk,pn 0ntheway,jalan agak sesak” receive 5:37

Aku : “Ok,sy tunggu” sent 5:53pm


Tunggu punya tunggu,beliau masih tidak datang atau menghubungi aku. Waktu ni aku dah mula rasa “kene kencing” lagi dengan mamat ni. Kemudia aku terus menelefon beliau dan berikut adalah perbualan kami pada jam 7:20pm



Aku : “hello..hah mane.?

Yuzz : “hello bang, saya on the way lagi ni..jem teruk ni bang, saya dari Ampang bang, jem ni..abang jangan risau,saya datang punya..ok ye bang,saya datang,abang jangan risau..

Aku : “ok..”


Perbualan tamat,

Akan tetapi selang Satu minit kemudian, beliau kembali menghubungi aku




Yuzz : “hello bang, abang yang nak pindah astro tu kan..? abang nak pindah astro dari 10 ke tingkat 4 kan..?
Aku : “hello..bukan laaa, ni nak repair paip bocor tu..
Yuzz : “Oh..tukar paip tu ye..oh..sorry sorry,nanti saya datang ye bang
Aku : “Pukul berapa nak da…..”




Belum sempat aku habiskan ayat “pukul berapa nak datang”  beliau terus memutuskan perbualan..kemudian beliau menghantar SMS kepada aku




Yuzz : “Abg,kamiz sempat x,jalan jem truk sgt dari ampunk nie,sy nk ke sna buat astr0 customer pn trpksa tunda” receive 7:32pm

Aku : “Aduhh..ok.kalau mcm tu,khamis jam 5pm” sent 7:34pm

Yuzz : “5 x per,sy ada kt sna j,tp sy kna tgk part yg sumbt,sbb warranty Ander remy,sy free charge bla part 2 x melibtkn kos”  receive 7:36pm

Aku : “Ok,kalau mcm 2 ko dtg tgk sendiri,atau suruh remy dtg sini,aku dah bnyak kali call dia x jawap” sent 7:39pm



Selepas itu sehingga artikel ini ditulis, beliau masih tidak membalas SMS aku.



untuk rekod, ketika mula-mula aku menjumpai iklan beliau ini didalam Mudah.my, nama syarikat beliau adalah Yuzzalamsetia Enterprise, akan tetapi sekarang bila aku periksa semula iklan beliau, didapati terdapat pelbagai nama yang digunakan seperti  "fairuzzspecialistmaintenance" (kepala hotak la ko specialist!!) beralamat di Sunway Mentari Court, Blok F,Sunway,Petaling Jaya,Selangor dan Yuzzmesraconstruction (mesra la sangat!! pala butuh lu la!! ) beralamat di Blok B,23-23A-23,Damansara Perdana,Petaling Jaya,Selangor (Jika dilihat pada alamat ini, mungkin ia bertempat di Flora Apartment )

Berikut adalah gambar-gambar “print screen” iklan beliau yang diambil dalam Mudah.my dengan carian menggunakan nombor telefon 0173258761 atau nama beliau "Yuzz",








Sesuai dengan gambar "trademark" syarikat beliu, gambar seperti wajah orang mati/pengsan/sakit/murung, dan aku sebagai pelanggan, telah mengalami situasi yang bersesuaian dengan wajah ini

Dibawah ini pula adalah gambar-gambar ketika mereka sedang melakukan kerja yang aku ambil dari website Mudah.my ,mungkin salah seorang dari mereka aadalah Yuzz. Gambar ketika Remy sedang melakukan kerja dirumah aku tempoh hari aku tidak pula aku ambil kerana tidak sangka perkara ini akan terjadi, akan tetapi wajah Remy masih aku cam, jika jumpa dimana-mana,aku tidak pasti apa akan berlaku ;-)




 

Jika hari khamis ini (17 Mei 2012) beliau masih tidak dapat hadir dan menunda tarikh, maka aku tidak teragak-agak untuk laporkan kepada pihak yang berwajib.

 Tujuan aku menulis artikel ini bukanlah untuk menganiaya atau apa-apa, tetapi sebagai luahan ketidakpuasan hati aku terhadap mereka (Remy & Yuzz), kerana kontraktor melayu kecil-kecilan seperti ini lah rosak nama kontraktor melayu yang serius dan berdedikasi diluar sana.

dan sebagai pengguna/pelanggan, kita tidak seharusnya berdiam diri apabila telah ditipu/diperdaya,kita seharusnya menggunakan hak sebagai pengguna.

haram jadah punya budak!!

Artikel berkaitan

KONTRAKTOR PENIPU
KONTRAKTOR PENIPU #3 
KONTRAKTOR PENIPU #4

=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

May 14, 2012

Senarai Terkini Orang Terkaya Didunia

Majalah Forbes yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan nama manusia yang terkaya di dunia pada bulan mac 2011. Kekayaan ini ditentukan oleh nilai kekayaan dan juga nilai asset yang dimiliki oleh manusia tersebut. Kebanyakan orang kaya yang disenaraikan oleh Forbes adalah muka lama yang selama ini mendominasi carta lelaki terkaya. Disini saya akan memuatkan 10 manusia yang terkaya diatas muka bumi pada tahun 2011.
10. Mukes Ambani
Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children
9. Eike Batista
Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children
8. Amancio Ortega
Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children
7. Lakhsmi Mittal
Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children
6. Lawrence Ellison
Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children
5. Bernard Arnault
Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children
4. Warren Buffett
Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children
3. Bill Gates
Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children
2. Carlos Slim Helu
Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children
1. Orang Yang Solat

Rasulullah s.a.w bersabda :

“2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya” H.R. Muslim & Tarmizi
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud” “Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :” Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. “Tidak..”
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya ‘Muhammad.” Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:” Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..
“Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”

=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...