Mar 19, 2012

PEMANDU KES LANGGAR LARI PELUMBA BASIKAL RAFIZI HAMDAN AKHIRNYA MENYERAH DIRI

Pemandu Langgar Pelumba Basikal Rafizi Hamdan SERAH Diri

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya,  suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian difahamkan suspek  enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.


rakaman CCTV



Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Gilerah : - Adakah pemandu tersebut akan menyerah diri jika plat keretanya tidak tercicir di tempat kejadian?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...