Feb 21, 2012

KISAH LANJUT MENGENAI GAMBAR LAMA 'SAMI BUDDHA MEMBAKAR DIRI'

Katakanlah: "Hai orang-orang yang kafir,
aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
UNTUKMULAH AGAMAMU DAN UNTUKKU LAH AGAMA KU
(AL KAAFIRUUN ayat 1 hingga 6) 



Gambar diatas ialah antara gambar paling terkenal didunia. Jika anda peminta kugiran Rage Against The Machine, gambar diatas digunakan untuk muka depan album pertama mereka. I first saw this image on an RATM album and always wondered what the hell was the picture about. I totally forgot about it until The Wife asked me "Kenapa lelaki ini membakar diri diatas jalan?" while on our wy to Lagkawi. What a good question by Miss Mean. So mari kita selidik kisah disebalik gambar ini.

Gambar dibawah ialah gambar Sami Thich Quang Duc yang membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap kerajaan pimpinan Presiden Vietnam Selatan Ngô Đình Diệm. Ngô Đình Diệm seorang Kristian Katolik mengamalkan prosekusi terhadap warga Vietnam yang beragama Buddha. Penganut Buddha dilayan seperti rakyat kelas kedua walaupun mereka terdiri dari 80% penduduk Vietnam Selatan. Minoriti menindas majoriti dan hak beragama mereka dihadkan. Sebagai contoh bendera Buddha tidak boleh dikibarkan pada Hari Wesak tetapi bendera Vatikan boleh dikibarkan semasa hari keraian Katolik. Ramai pegawai kerajaan Vietnam Selatan menganut agama Katolik semata-mata untuk memastikan mereka tidak dipecat.

Sami Thich Quang Duc membakar diri beliau bagi mendapatkan perhatian dunia yang menutup mata terhadap ketidak adilan Presiden Ngô Đình Diệm yang pada ketika itu mendapat sokongan Amerika Syarikat didalam peperangan Vietnam ketika itu.

Sami Thich Quang Duc membakar diri beliau diatas jalan di bandar Saigon pada 11 Jun1963. Pada hari tersebut beliau dan 350 sami Buddha yang lain berarak beramai-ramai . Setibanya di persimpangan jalan berhampiran Istana Presiden, Sami Thich Quang Duc keluar dari kereta yang dinaikinya. Seorang sami lain meletakkan bantal diatas jalan dan Sami Thich Quang Duc duduk diatasnya. Kemudian seorang lagi sami menuangkan 5 galon minyak keatas tubuh Thich Quang Duc. Beliau membaca mantra memuji Buddha sebelum menyalakan mancis dan membakar dirinya.



Thich Quang Duc terbakar dengan marak tetapi menurut saksi yang hadir beliau langsung tidak bergerak dari posisi meditasi lotus beliau maupun mengeluarkan bunyi. Semasa beliau terbakar pihak polis cuba memadamkan api tetapi sami-sami yang berarak berjaya menghalang mereka. Apabila api semakin marak orang ramai dan juga beberapa orang polis mula menyembah Thich Quang Duc yang sudah hangus terbakar. Selepas 10 minit api terpadam dengan sendirinya dan mayat Thich Quang Duc dibawa ke sebuah kuil oleh sami-sami yang lain untuk dibakar dengan sempurna.

Lapan hari kemudian jasad Thich Quang Duc dibakar sekali lagi dalam sebuah upacara pengkebumian.. Disni berlaku kejadiban dimana jantung beliau tidak terbakar walaupun bahagian tubuh beliau yang lain terbakar menjadi abu. Para penganut Buddha Vietnam percaya ini petanda beliau seorang lelaki suci. Sejak dari hari tu beliau diangkat menjadi seorang Bodhisattva , sebuah pangkat seakan WALI didalam agama Buddha. Beribu-ribu warga Saigon juga mengaku melihat wajah Buddha menangis di atas langit pada petang hari kematian Thich Quang Duc .


Selepas beliau maut dan berita jantung beliau tidak dimamah api pihak kerajaan Vietnam Selatan cuba merampas abu dan jantung beliau tetapi tidak berjaya. Pelbagai taktik digunakan kerajaan Ngô Đình Diệm untuk menghalang penganut Buddha dari bangkit mementang kerajaan. Gambar yang anda lihat diatas sekali ialah gambar yang diambil oleh Malcolm Browne dan ianya tersebar ke seluruh dunia dan menjadi simbol penentangan terhadap kerajaan Ngô Đình Diệm. Malcolm Browne sendiri memenangi anugerah Pulitzer dalam kategori Gambar Tahunan Terbaik




Tapak dimana Thich Quang Duc membakar dirinya kini terbina sebuah memorial. Kereta yang beliau naiki kini disimpan disebuah pagoda sebagai peringatan kepada generasi akan datang.


So there you go. Cerita disebalik antara gambar yang paling terkenal dunia.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...