Dec 18, 2011

PASTIKAN TIDUR ANAK ANDA MENCUKUPI

Sekarang ini manusia semakin kurang tidur. Kesibukan melampau
menyebabkan manusia tidak ada masa yang cukup untuk tidur.
Tidur adalah antara elemen yang penting dalam kehidupan kerana
ia akan memberi kesegaran kepada minda dan fizikal kita.



Oleh itu, ajar anak anda untuk mendapat tidur yang cukup supaya
mereka akan membesar dalam keadaan yang segar. Tidur yang cukup
juga mengajar anak anda untuk lebih berdisiplin dalam kehidupan.

Masa tidur anda juga penting kerana tidur yang cukup akan
menjadikan anda segar dan sudah tentu anda akan menjadi ibu bapa
yang lebih baik.


Masa tidur untuk anak-anak anda adalah berbeza mengikut umur mereka.
Berikut adalah panduan masa tidur yang anda perlu ketahui:

Usia setahun – Memerlukan tidur 10 – 16 jam sehari.
1 hingga 3 tahun – Memerlukan tidur  10 – 13 jam sehari.
4 hingga 6 tahun – Memerlukan tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
7 hingga 9 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 10 jam sehari.
10 hingga 12 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 9 jam sehari.
Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari
.

Masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari.
Selebihnya anda perlu bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang.
Ajar anak anda untuk tidur pada waktu yang betul. Waktu untuk tidur
bergantung pada pukul berapa anda mahu mereka bangun.

Teman anak anda ketika mereka hendak tidur. Kadang-kadang mereka
tidak mengantuk dan memerlukan ransangan untuk tidur. Bagi anak kecil,
temani ketika dia hendak tidur. Bagi remaja, jika mereka rasa tidak
mengantuk, mungkin anda boleh menyuruh mereka untuk membaca
sesuatu sebelum tidur.

ATAU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...