Nov 28, 2012

TOP 10 JERSEY PEMAIN NFL YANG TELAH BERJAYA DIJUAL

Forbes.com: Top 10 NFL Jerseys Sold Since the Nike and NFL Partnership
1. Peyton Manning, Denver Broncos
2. Robert Griffin III, Washington Redskins
3. Tim Tebow, New York Jets

Contest | Peraduan Mereka Cipta Nama Blog

Salam semua,


kali ni aku nak try join "Contest | Peraduan Mereka Cipta Nama Blog" anjuran qiostestblog.blogspot.com pulak.

peraduannya cukup mudah agak sukar jugak la, sebabnya peserta kene bagi idea untuk beri nama yang berseuaian dengan konsep diaorang ni, walaupun kita bagi nama yang tahap gaban punya best, tapi kalau tak kena dengan selera dorang atau konsep dorang, tak guna jugak kan…

Mengikut kajian aku..[cewah] dorang ni terdiri daripada beberapa orang aweks2 comel, pekataan QIOS sendiri adalah gabungan daripada nama 4 sahabat iaitu Qila, Izan, Oya dan Syaza..(bestnye ade geng sehati sejiwa camni kan)..gambar2 dorang ade kat bawah ni..cun siott!!


Qila [klik]
Ijan [klik]
Oya [klik]
Syaza [klik]


Konsep QIOS ni adalah berniaga dalam talian atau online business, korang boleh try usha dalam blog atau facebook dorang.







facebook QIOS klik



  

Blog QIOS klik


memang aku respect saspek la kat aweks2 ni, muda2 lagi dah ada mentaliti nak berniaga, perempuan plak tu..kalaulah adik2 aku macam ni...harapan aku agar dorang semua akan lebih berjaya & sihat, sebab apa sihat? sebabnya kesihatan adalah kekayaan sebenar setiap insan..hehe



owkayhh..berbalik kepada contest dorang tu, pada pandangan aku, nama yang dah ada pada dorang sekarang dah cukup best dah..QIOS..simple je.. tapi dorang nak ada sambungan pada nama tu, apa boleh buatkan..cadangan aku nak taruh nama bersesuai ialah....


QIOSFRIEND'S SHOP


tengok pada nama tu je korang dah boleh agakkan kenapa aku suggest nama tu..hehe
ikutkan banyak lagi nama2 yang aku nak suggest tapi dorang nak satu aje..huahh...atau pun dorang boleh letak pelbagai nama dengan bermulakan nama "QIOS" diawal perkataan untuk setiap folder jualan, contohnya QIOSJEANS (kalau nak jual seluar jeans), QIOSTUDUNG (Kalau nak jual tudung) dan sebagainya..tapi terpulang lah pada dorang, ni cadangan aku je yang xde basic marketing ni..hehehe


dan kepada pembaca semua, kalau korang nak sertai peraduan ni, memang amat2 dialukan, dan syarat2nya korang boleh selak2 kat SINI,

aku join peraduan ni bukanlah nak sangat ganjaran yang ditawarkan (kalau nak bagi, aku terima je..hehe), tapi lebih kepada menyokong apa yang dorang sedang lakukan sekarang, itu je..
 
ok lah, kepada adik2 manis QIOS, harap korang akan berjaya, kaya, sihat & sentiasa merendah diri ok..caiyok2..sori lah kalau ayat tunggang langgang & banyak typing error..hehe

wasalam
-Derok-


Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Nov 27, 2012

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran




Entry ni membuatkan aku berangan sekejap, berangan konon-kononye aku ada seorang kawan yang gila babi punye best macam dalam entry ni..tapi malangnya...... aku masih mencari mereka yang selayaknya bergelar SAHABAT bagi aku..!










kredit gambar ke google


Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

INILAH TENTERA PALING HEBAT

Sekarang ni heboh diperkatakan tengtang penderitaan saudara Islam di GAZA Palestin,  ada juga kata cacian menghina pemimpin Islam sendiri kerana masih berdiam diri terhadap isu Palestin, teringat aku kisah tentera Islam yang dikatankan zalim oleh puak2 kafir dan ianya turut disokong oleh orang Islam sendiri!!!



Nov 22, 2012

Program ijazah di politeknik tahun depan



22 November 2012
SEREMBAN - Beberapa program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.
 
Beliau berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada langkah stategik untuk memperkasa lulusan diploma politeknik.
 
"InsyaAllah, tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di sini hari ini.
 
Md Nor berkata di peringkat kolej komuniti pula, pihaknya akan melaksana 'diploma pembelajaran berasaskan kerja' tahun depan di 81 buah kolej komuniti di seluruh negara.
 
"Program diploma ini dibuat dengan kerjasama industri. Jadi kita akan cari rakan industri. Pembelajaran pelajar ialah lebih di industri.

"Apabila pelajar selesai dengan program ini, peluang mereka untuk diserap terus dalam bidang pekerjaan sangat tinggi. Buat masa ini kita telah mengenal pasti industri minyak dan gas di Miri, Sarawak untuk kolaborasi dengan kita," katanya.
 
Sementara itu beliau berkata kebolehpasaran pekerjaan lulusan politeknik tahun lepas adalah sekitar 71 peratus dan disasarkan 85 peratus tahun ini.
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
 
"Untuk itu, kita berusaha ke arah itu dengan mengadakan pelbagai program kebolehpasaran pekerjaan. Selain daripada memperkasakan kurikulum, kita akan memperkasa penyampaian di dalam bilik kuliah dan kolaborasi dengan industri agar pelajar kita sama ada di politeknik atau pun kolej komuniti menjadi rebutan majikan," katanya.
 
Md Nor berkata permintaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk mengikuti pengajian di politeknik dan kolej komuniti memang tinggi dan tahun ini lebih 100,000 yang memohon, namun tempatnya terhad.
 
Mengenai pelancaran buku itu, beliau berkata ia dirangka untuk membantu warga kerja politeknik dan kolej komuniti merencana pembangunan kerjaya mereka.
 
Kini terdapat kira-kira 14,000 PPPT di Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. - Bernama

sumber http://www.sinarharian.com.my/nasional/program-ijazah-di-politeknik-tahun-depan-1.106093


Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...