Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

Mar 15, 2012

KAEDAH BARU PENGURUSAN MAYAT - MELARUTKAN MAYAT DALAM AIR


Melarutkan jenazah mereka dalam air kimia....tunggu dulu..dilarutkan dalam  air kimia??


Ya anda tidak salah dengar, menghancurkan jenazah ini tidak dengan cara dibakar, namun jenazah akan ditempatkan di dalam sebuah tabung berisi air dan asam sampai seluruh jenazah ikut mencair. Pembuat UU di California merancang mengesahkan Undang-undang yang akan melegalkan rumah mayat menggunakan cairan Alkaline Hydrolysis untuk melarutkan jenazah. California Assemblyman Jeff Miller salah satu pengusung RUU ini menganggap cara ini lebih ramah lingkungan atau mesra alam.



 Prosesnya sendiri adalah dengan mencampur air dengan Potassium Hydroxide yang dipanaskan selama 3 jam, organ tubuh dan jaringan akan larut dalam air, sementara tulang akan menjadi abu mirip seperti membakar mayat biasa. Air sisa akan diolah dan kemudian dibuang ke saluran pembuangan.



Masalahnya adalah banyak orang merasa mencairkan jenazah lalu membuang air sisanya seperti membuang jasad ke sungai. Patrick McGee, jurubicara Roman Catholic Diocese of Manchester, mengatakan kepada Associated Press bahawa cara ini tidak bermartabat.

Ketika ini baru 4 lokasi yang menggunakan teknik ini iaitu

 1. The University of Southern California,
 2. The University of Florida
 3. The Mayo Clinic in Minnesota.
 4. Edwards Funeral Service in Columbus, Ohio

MACAM HARITH ISKANDAR LA PULAK

KURA-KURA BERLEHER ULAR DITEMUI

Kura-Kura Berleher Ular
Kabupaten Rote Ndao Indonesia memiliki jenis reptilia unik yang tidak terdapat di tempat lain di dunia. Reptilia ini adalah Kura-kura Leher Ular Rote atau Chelodina mccordi. Reptilia ini termasuk ordo testudines dari keluarga chelidae dan subfamili chelodina.


Kura - Kura Pelik



  • 0
     
    Share
Kura-kura kecil leher panjang ini dinyatakan sebagai spesies baru tahun 1994 setelah dilakukan penelitian oleh lembaga ilmiah bekerja sama dengan Departemen Kehutanan. Spesies ini merupakan pecahan dari C. Novaeguineae.


Snake-necked turtle
Kura-kura ini termasuk jenis yang sekarang sukar dicari. Kura kura leher panjang ini banyak juga ditemukan di Kalimantan dan makanan utama adalah ikan. Kura-kura leher panjang jarang memotong ikan (makanan) menjadi bahagian-bahagian yang kecil. Biasanya langsung ditelan bulat-bulat (seperti ular).

Panjang leher sama panjang badan dan boleh dimasukkan kedalam tubuh. Leher dilipat diluar dari badan dan yang menarik kalau diperhatikan, pada waktu makan dan membidik ikan. Kura-kura ini sangat mirip dengan gerakan ular. Pertama yang dilakukan membidik ikan lalu dengan kecepatan tinggi, ikan disambar sangat cepat.

PANDU KERETA TERUS KEDALAM TASIK KERANA GPS


WASHINGTON: Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).


Gambar menunjukkan kenderaan utiliti sukan (SUV) ditarik keluar dari dalam tasik.

Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.

Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.

Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.

Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.

Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. -
Agensi

Tanda – Tanda Lelaki Serius Dalam Percintaan



*Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

*Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

*Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat
bermaksud mengingati.

*Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

*Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

*Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

* Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
*Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

*Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

*Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

*Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

*Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

*Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

*Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.

*Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

*Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

*Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

Hati-Hati Wanita Taktik Terbaru Perogol


Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

» Kesan dadah ini adalah KEKAL terhadap si mangsa.
» Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Kisah Benar Akibat Marah Apabila Ibu Suruh Sembahyang


Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Nauzubillah!!

p/s: Kisah benar yang di ceritakan oleh seorang ustaz yang tugasnya memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital

Mar 12, 2012

CARA PENYIKSAAN OLEH REJIM POL POT

Ketika rejim Khmer Rouge(Khmer Merah) yang diterajui oleh Pol Pot(Saloth Sar) memerintah Kemboja sekitar tahun 1975 sehingga 1979, dianggarkan lebih daripada 1.7 juta rakyat Kemboja terkorban akibat kekejaman rejim tersebut. Jika dihitung, ia bersamaan dengan suku juta daripada keseluruhan populasi Kemboja pada masa itu.

Ia terbukti selepas analisis yang terperinci dilakukan oleh University of Yale daripada Amerika Syarikat. Di kalangan mereka yang terkorban terdiri daripada masyarakat Islam Kemboja yang dikenali Melayu Champa, Etnik Vietnam, Etnik Thai, sami-sami Buddha, mubaliqh-mubaliqh Kristian dan sebilangan etnik China.

Disebabkan kekejaman tersebut, ramai mengaitkan Pol Pot iaitu pemimpin Khmer Rouge dengan gelaran ‘Hitler of Kampuchea’. Ironinya, Pol Pot yang mempunyai darah China ini adalah seorang yang terpelajar dan pernah melanjutkan pelajaran di Paris dalam bidang Radio Elektronik. Miskipun begitu, Pol Pot gagal menggenggam segulung Ijazah kerana begitu aktif dalam berpolitik sepanjang berada di Eropah.

Idealogi Pol Pot dan Khmer Rouge yang ekstrem sangat memberhaya dan mampu memusnahkan negara. Beliau begitu menggagumi idealogi sosialis yang dipandangnya sebagai mendokong golongan kelas pertengahan dan bawahan. Ideanya yang ingin membasmi etnik lain di Kemboja akhirnya menyebabkan Pol Pot disenarai sebagai salah seorang insan paling kejam pernah hidup di muka bumi. Dan ia menghantuinya sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 15 April 1998.

Di bawah adalah beberapa cara rejim Khmer Rouge menyeksa para tahanan. Dan kebanyakan mereka maut disebabkan oleh penyeksaan tersebut.







takusahrisau

Mar 11, 2012

CARA SOLAT SAMBIL DUKUNG BAYI



ISLAM ITU MUDAH.. KEPADA KAUM LELAKI..
TIADA ALASAN TINGGAL SOLAT SEBAB JAGA ANAK TAU..

CARA MENDUKUNG BAYI KETIKA SOLAT..

1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis (maknanya, tukarkan dahulu dengan lampin @ pampers yang bersih)

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mengendong bayi

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dah tidak perlu diletakkan di atas dada, kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat
bacalah apa sahaja yang perlu dibaca dalam keadaan berdiri

4. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya

5. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian diDUKUNG kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya

6. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai

** namun sebelum itu, pastikan pampers bayi tu bersih dari najis

NOTA:
Untuk sesiapa yang berdua bersama anak kecil yang asyik nak berkepit aje..contohnye mcm anak sedara aku ngn akak aku..nak berkepit jew memanjang...hoho

AKIBAT CERMIN KERETA TERLALU GELAP, MATI DALAM KERETA TANPA DISEDARI

Baru-baru ini seorang lelaki di Taiwan telah bergaduh besar dengan
isterinya.

Keesokan harinya dia telah menghantar SMS kepada anak perempuannya
dengan menyatakan yang dia ‘sangat kepenatan’.

Sehari selepas dia menghantar SMS itu, isterinya menemui suaminya itu di
dalam kenderaan mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah
kawasan letak kereta.

Rupa-rupanya si suami telah pun meninggal dunia.


Yang ‘menariknya’, tiada siapa pun sedar ada mayat dalam kereta
berkenaan, termasuk atendan yang menjaga kawasan parkir tersebut.*

*Malah atendan tersebut sempat meletakkan tiket parkir di cermin kereta
itu selama tiga hari berturut-turut!*

” Mana saya tahu…cermin kereta itu gelap,” katanya dalam nada gementar
sebaik saja mengetahui kejadian berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati mangsa, Liao Siming, 37, adalah seorang
pengarah tapak pembinaan.

Sejak akhir-akhir ini dia sering bertengkar dengan isteri yang
dikahwininya 12 tahun lalu. Semuanya disebabkan wang.

Sementara itu pihak pengendali parkir tersebut berjanji akan memberikan
lebih tumpuan terhadap kereta yang diletakkan di kawasan mereka…terutama
yang diparkir dalam tempoh yang lama.

Mar 10, 2012

KISAH DISEBALIK PEMBINAAN UNIVERSITI STANDFORD

Selain Oxford, Harvard, antara universiti lain yang kerap disebut namanya ialah Universiti Stanford. Tapi aku ada terbaca sebuah kisah bagaimana Universiti ini dibina.

Ianya mungkin dibina dengan sebuah cerita yang akan memberi pengajaran pada kita.

  Aku ringkaskan ceritanya..

Ianya bermula pada suatu hari di mana sepasang suami isteri telah pergi ke Universiti Harvard. Mereka tidak berpakaian seperti orang bangsawan, tidak seperti orang berada. Mereka pergi dalam keadaan seperti orang kebanyakan.

Apabila sampai ke pintu masuk Harvard, mereka telah meminta kebenaran dengan setiausaha untuk berjumpa dengan pengarah Harvard. Kerana S/u melihat pasangan suami isteri ini seperti orang susah, dia tidak mempedulikan permintaan malah membiarkan sahaja pasangan itu selama 4jam.. Tujuannya ialah menghalau mereka.

Kerana tidak berdaya menanti lagi, suami isteri telah menyerbu masuh secara paksa untuk berjumpa dengan pengarah universiti.

Nak tak nak, pengarah universiti terpaksa melayan..

  aku buat dialog k?

Pengarah : Kenapa datang incik..mak incikkk(pandangan sinis)
Pasangan : Kami datang sebab anak kami baru sahaja meninggal. Dia merupakan pelajar di sini.
pengarah : So, wat?
Pasangan : Kami ingat nak bina sesuatu untuk anak kami.. demi mengenangkan anak kami..
pengarah : No..no.. nooo.. tak boleh.. nanti Universiti ini jadi tempat tugu kematian.. serammm..
Pasangan : Tidak... kami nak bina sebuah bangunan.. dan menamakan bangunan itu anak kami.
Pengarah : Hahhaha.,. nak bina bangunan? tahu tak? nak bina Universiti ni menelan belanja 7.5 juta tahu!!

Bila terdengan 7.5 juta.. si suami berkata pada isterinya

Suami : 7.5 juta? baik kita buat sebijik universiti baru..
Isteri   : A'ah la bang,,. jom kita balik.. kita buat universiti..
 
Pasangan suami isteri yang dimaksudkan ialah Senator dan Pemimpin Parti Republik Leland Stanford dan isterinya, Jane Stanford.

Dan universiti telah dibina dengan nama Universiti Stanford sempena nama anak tunggal mereka..

Pengajarannnya? Fikir sebelum cakap.. jangan main lepas mulut je.. nampak cam sengkek ingat orang takde duit ke?huhh..

Mar 9, 2012

WANITA TERJUN BANGGUNAN UNTUK SELAMATKAN DIRI DARI KEBAKARAN

“Tanpa kekuasaan tangan Tuhan, tidak mungkin kami dan bayi kami boleh
selamat,” kata Sun Yanqing (20).

Kejadian ini berlaku ketika Sun yang hamil 5 bulan bersama dengan
suaminya berada di sebuah gedung di Changchun, Jiling.Tanpa diduga api
membakar bangunan tersebut dan mereka terperangkap di tingkat tiga
bangunan tersebut. Akhirnya keduanya nekad untuk terjun ke bawah untuk
menyelamatkan diri.

Dari sinilah keajaiaban terjadi, sesampai di bawah mereka berdua
dilarikan ke hospital. Ajaibnya setelah dibuat pemeriksaan oleh doktar ,
Sun Yinqing dalam keadaan sihat begitu juga dengan kandungannya

Mereka suami isteri bersyukur sampai menangis seolah tidak percaya
dengan hasil pemeriksaan tersebut.

Mar 7, 2012

Keburukan Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid

Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….

Mar 5, 2012

KODAK BANKRAP SELEPAS 131 TAHUN BEROPERASI

Kebanyakan penganalisa ekonomi meramalkan, pada tahun 2012 banyak syarikat-syarikat besar akan merasai kesan kegawatan ekonomi dunia akan menjadi lebih perlahan berbanding tahun sebelumnya.



Ia dimulakan dengan berita pengumuman penutupan bahagian kamera jenama Kodak sehingga terpaksa memfailkan perlindungan bankrup.

Pengumuman ini mengejutkan pemain-pemain industri korporat dunia terutama di Amerika Syarikat. Ini kerana syarikat Eastman Kodak Co. (Kodak) mempunyai reputasi sebagai salah satu syarikat global yang paling berinovasi.
Semenjak diasaskan 131 tahun yang lalu oleh George Eatsman, Kodak merupakan perintis dan pencetus kepada idea dan inovasi baru dalam industri fotografi.

5 Inovasi Kodak Sebelum Bungkus Tikar

Mula memperkenalkan kameranya pada tahun 1888 dengan slogan ‘You press the button, we do the rest’,  Kodak berterusan menghasilkan pelbagai inovasi baru yang menjadi standard baru dalam industrinya antaranya seperti berikut:
  1. Menghasilkan gulungan filem penggambaran yang mampu merakam filem dengan suara  (1929).
  2. Memperkenalkan filem Kodachrome yang mampu merakam gambar berwarna (1935).
  3. Memperkenalkan kamera ‘instamatic’ iaitu kamera pertama yang mudah digunakan oleh orang biasa malah oleh kanak-kanak dengan kaedah ‘point and shoot’ (1963).
  4. Menghasilkan kamera digital (1975).
  5. Melancarkan laman web yang membolehkan pengguna memuat naik gambar dan berkongsinya dengan pengguna lain (1997).
Malah ramai yang tidak menyedari kamera dan filem Kodak digunakan untuk mengambil gambar pertama di bulan pada tahun 1969.

 

Namun, apa yang menyebabkan syarikat gergasi Kodak, yang pernah menguasai 90% pasaran filem dan kamera Amerika Syarikat, ditinggalkan jauh oleh pesaingnya dalam industri kamera digital?

Terdapat dua faktor yang dikenalpasti oleh penganalisa industri menyumbang ke arah kegagalan Kodak yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mempunyai perniagaan sendiri:

Tidak Berani Berubah

Penganalisa industri bersependapat  ini adalah faktor utama kegagalan Kodak.

Kamera Digital Kodak

Walaupun Kodak merupakan syarikat pertama yang menghasilkan teknologi kamera digital, namun ia tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk menguatkan lagi cengkaman pasarannya yang pada ketika itu menguasai 85% peratus pasaran kamera di Amerika Syarikat.
Malah, jurutera Kodak yang menghasilkan teknologi tersebut pada tahun 1975, Steve Sasson, menggambarkan reaksi dingin pengurusan tertinggi Kodak terhadap inovasi tersebut seperti berikut :
‘But it was filmless photography, so management’s reaction was this, “that’s cute but don’t tell anyone about it.”
Sedangkan, ironinya, melalui kajian pasaran yang dijalankan Kodak sendiri pada tahun 1981, mereka menganggarkan era kamera digital bakal menggantikan era kamera berasaskan filem dalam tempoh sepuluh tahun lagi.

Pada masa yang sama, pesaingnya seperti Sony dan Canon melihat peluang tersebut dan membuat tepat dengan membuat pelaburan besar dalam pengeluaran kamera digital.
Menurut pakar pemasaran di Amerika Syarikat, Avi Dan, sebab utama pengurusan Kodak mengabaikan teknologi kamera digital adalah kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan jualan gulungan filemnya, dan kertas gambar Kodak yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan Kodak.

Pengurusan Kodak sedar sekiranya ia beralih kepada kamera digital sebagai produk utama, ini bermakna  bahagian pengeluaran gulungan filem dan kertas gambar Kodak akan ditutup sepenuhnya kelak.

Takut Rugi Besar

Disebabkan pelanggan tidak perlu lagi menggunakan gulungan filem dan mencetak gambar.

Gulungan Filem Kodak

Kedua-dua produk Kodak tersebut mempunyai margin keuntungan mencecah 80% pada masa itu, dan mereka tidak sanggup mengambil risiko ‘mengorbankan’ margin untung yang sangat tinggi ini.

Meskipun menyedari kamera digital mempunyai potensi besar untuk menjadi penjana utama pendapatan Kodak. 

Kesilapan pengurusan Kodak di sini ialah ia melihat perniagaan Kodak sebagai sebuah pengeluar produk semata-mata. Jika Disney merupakan perniagaan yang menjual keriangan dan kegembiraan, maka Kodak pula sebenarnya adalah perniagaan penceritaan (story telling)’ .

Di mana sesiapa pun berpeluang merakam setiap detik indah dalam kehidupan mereka untuk dipelihara, dikongsi dan diceritakan kepada teman-teman dan generasi akan datang. Bukankah sekeping gambar lebih bermakna daripada seribu perkataan (a picture is worth a thousand words)?

Penting Lagi Fokus Pada Kehendak Pelanggan

Apabila produk menjadi fokus utamanya, maka Kodak hanya mementingkan cara untuk menghasilkan gulungan filem yang lebih baik dengan teknologi digital.


Produk Kamera Mengikut Kehendak Pelanggan

Sewajarnya, Kodak  menggunakan teknologi digital untuk membolehkan pelanggan merakam gambar dengan lebih mudah serta pada kos yang lebih rendah.
Tambahan, pengurusan Kodak pada masa itu percaya strategi pemasaran mereka yang disokong oleh bajet yang besar, akan dapat mempengaruhi pelanggan untuk kekal menggunakan gulungan filem bagi mengambil gambar.

Sedangkan realitinya, sikap dan kehendak pelanggan berubah mengikut perubahan teknologi dan contoh terbaik adalah perubahan dari penggunaan komputer peribadi atau riba kepada tablet komputer yang sedang berlaku sekarang.

Walaupun akhirnya Kodak menghasilkan kamera digitalnya secara serius untuk bersaing dengan Nikon, Canon dan Sony namun ianya telah terlambat
.
Ini diakui sendiri oleh Antonio Perez, CEO Kodak pada Ogos 2011 yang mengatakan Kodak telah jauh ketinggalan di belakang pesaing-pesaingnya dalam era fotografi digital.
Pada yang sama kemunculan telefon bimbit berkamera turut menambah kesan negatif kepada jualan kamera digital Kodak.

Visi Syarikat yang Gelap Gelita

Dalam usahanya untuk mengekang kejatuhan pendapatannya dan penguasaan pasaran yang makin terhakis, Kodak membuat pelaburan dalam bidang-bidang perniagaan baru yang kebanyakannya tidak berkaitan dengan perniagaan terasnya, melalui pengambilalihan syarikat-syarikat lain.



Perniagaan Bahan Kimia

Antara perniagaan yang dibeli adalah perniagaan bahan kimia, bahan pencuci, peralatan pengujian perubatan dan perniagaan farmaseutikal.

Hampir kesemua  perniagaan-perniagaan ini mengakibatkan kerugian besar pada Kodak, dan terpaksa dilupus atau dijual termasuk perniagaan farmaseutikalnya.

Kodak ada turut melabur di dalam bidang perniagaan yang berkaitan iaitu pengeluaran kamera digital, mesin pencetak inkjet dan membeli  hakmilik  laman web perkongsian foto iaitu ofoto.com, yang dijenamakan semula sebagai Kodak Gallery.

Secara kasarnya ia kelihatan seperti pelaburan yang bersesuaian. Namun begitu terdapat satu masalah pada modul perniagaan produk-produk barunya, iaitu masih memfokuskan pada usaha untuk mendapatkan pelanggan mencetak gambar. 

Kebebasan Kepada Pengguna

Seperti contohya, kamera digital Advantix Preview hanya membolehkan pengguna melihat gambar yang diambil. Tetapi gambar tersebut tidak boleh disimpan secara digital. Sebaliknya ia masih menggunakan gulungan filem.


Fotografi Adalah Kebebasan Terhadap Pengguna

Kamera EasyShare Kodak pula djual bersama mesin pencetak gambar (snapshot thermal printers) dan ofoto.com pula diposisikan sebagai laman web, yang turut membolehkan pengunjung mencetak gambar mereka secara pesanan melalui talian (online) .
Kodak gagal atau mungkin juga enggan untuk memahami bahawa fotografi secara digital adalah mengenai kebebasan kepada pengguna, untuk memilih sama ada ingin mencetak atau menyimpan sahaja gambar secara digital.

Dan realitinya, kebanyakkan pengguna kini memilih untuk tidak mencetak gambar tetapi berkongsi dengan rakan-rakan di laman web melalui e-mel, Facebook, Flickr dan pelbagai lagi laman media sosial. Era ‘cuci gambar’ untuk disimpan di dalam album telah lama berlalu.
Bagi penganalisa industri, apa yang berlaku di Kodak merupakan pengajaran amat penting kepada syarikat-syarikat gergasi yang lain.

Apabila pengurusan Kodak menolak teknologi kamera digital atas alasan bimbang ia membunuh produk sedia ada, ia sebenarnya membuka ruang kepada pesaing mereka untuk membunuh produk tersebut bagi pihak Kodak dan meraih keuntungan dari situ.
Sekiranya Kodak menumpukan kepada penjualan kamera digital pada masa itu, keuntungan yang dijana akan dapat mengimbangi kerugian bahagian gulungan filem dan kertas gambarnya.

Kegagalan Kodak berubah mengikut perubahan semasa dan berasa selesa (complacent) dengan kedudukan mereka mengakibatkan jenama Kodak yang telah bertahan lebih 131 tahun dalam industri fotografi kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Sumber : Email
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...