Mar 20, 2013

Darah belangkas bernilai rm17 ribu seliter



Berita yang amat menarik untuk diketahui dan mungkin akan membantu mereka yang sering menjalankan perniagaan belangkas. Menurut satu info yang diperolehi darah belangkas yang berwarna biru  1 liter berharga rm17.500 wahh mewah nya kalau dapat 1 liter darah belangkas ni kan.
Ni kalau angkat moto LC135 1 leh jadi juga ni hehe... tapi nak dapatkan belangkas tu masalahnya. Memanjang je kerja macam mana nak cari belangkas ...

Si nelayan juga yang untung kan, kalau dia orang tahu darah belangkas tu berharga mesti dia orang tak lepas kan peluang cari.. kena pula memang si nelayan yang jadi usahawan penternak belangkas mesti dia le orang nya yang dapat durian runtuh. Ape-ape pun tu rezeki masing-masing.

DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURAN YANG DISERTAKAN BERSAMA SIMPANAN DAN TABUNG SIMPANAN MENGERJAKAN IBADAH HAJI/UMRAH


oh ye,,, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa darah menatang belangkas ni berharga sampai beribu-ribu. sebab bahan dalam badan belangkas ni boleh digunakan untuk mengesan virus, bateria dan toksin.Kit-toksin mengunakan belangkas telah berkembang di eropah Amerika Syarikat,Jepun dan asia Barat.

Tapi nak dapatkan seliter darah biru belangkas tu nelayan kena menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di semenanjung Malaysia. Dan hanya 45 ekor diperlukan diperairan sabah. Darah biru belangkas tu dikeluarkan tanpa membunuh belangkas tersebut.

Ape lagi,,, jom kita cari belangkas,,, jangan jadi belangkas dah le haha,, gurau je ;)

sumber
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

1 comment:

Anonymous said...

Sy boleh sapply belangkas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...