Tahukah korang maksud tiang yang berwarna putih biru merah yang berputar
di depan kedai gunting rambut? Sebenarnya trademark kedai gunting
rambut itu mempunyai sejarah yg tersendiri, mari baca kat bawah nih..
Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut yang boleh dipotong di
"barber shop" tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut
gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu lazimnya
penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan)
Penguasa Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah
profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yang ada di barber shop)
Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai pekerja
dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu bedah profesional di
fakulti kedoktoran di Paris University.
Ambroise Pare yang merupakan tokoh bedah moden yang juga ahli bedah
kerajaan Perancis juga sebenarnya bermula sebagai tukang bedah barber
Shop.
Pada mulanya penggunaan tiang lampu berwarna putih dengan warna merah
dan biru yang berputar melilit adalah kebiasaan bagi para tukang
penyedut darah yang menjemur pembalut/bandage yg telah digunakan dan
berlumuran darah didepan klinik mereka.
Lalu pembalut/bandages yang dijemur itu di tiup angin sehingga berputar
melilit menimbulkan variasi warna merah putih, lama kelamaan kebiasaan
itu menjadi trademark di setiap klinik sekaligus juga merupakan
pemberitahuan kepada khalayak ramai bahawa tempat itu adalah klinik
Barber Shop.
Seiring dengan berjalannya waktu, pemandangan itu buat sebahagian orang
tampak menjijikkan, maka dibuatlah tiang putih yang di cat dengan warna
merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.
Tiang warna putih menggambarkan pembalut/bandages, warna merah adalah
aliran darah sedangkan warna biru menggambarkan urat/pembuluh vena
tempat darah disedut, bulatan diatas tiang menggambarkan bekas untuk
penyimpanan lintah, sementara bulatan dibawah adalah bekas untuk
menampung darah, tapi waktu itu modelnya masih lagi statik, iaini masih
tidak berputar
1950an: Amerika menghasilkan model lebih sempurna, iaitu yang boleh
berputar dan bekas yang diatas tiang diganti dengan bola. Sementara
pemakaiannya bukan lagi untuk klinik sedut darah tapi untuk tempat
memotong rambut sahaja
1950 - 1967: Dari hanya satu perusahaan saja telah terjual sebanyak
50,000 buah tiang tanda Barber Shop ini, seiring dengan percambahan
Barber Shop di Amerika maka pada tahun 1996 penjualannya mencapai
rata-rata 70,000 buah.
Namun sehingga tahun 1996 penjualannya merosot teruk kerana ada
peraturan yang membatasan pemakaian tiang ini dengan alasan boleh
memusingkan/memeningkan kepala jika terlalu banyak dipinggir jalan dan
boleh menganggu penumpuan pemandu-pemandu
Walaupun demikian, model tiang ini merebak pesat ke seluruh dunia dan
hampir seluruh dunia juga sepakat bahawa tiang ini adalah sebagai tanda
menunjukkan tempat memotong rambut atau Barber Shop
Akhir sekali, jika tiang berputar bererti barber shop itu buka, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.
#Cikgu aku tiada ajar semua ni. PHAILED!
sumber
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment