Jan 1, 2013

KENAPA SAYA PERLU DAPAT TIKET PERCUMA SEMINAR HARTANAH PIE 2020

Kali ni aku nak try masuk peraduan seminar percuma yang dianjurkan oleh seorang Jutawan Hartanah dan juga seorang blogger (http://www2.pie2020.com/blog) iaitu Shafie Bustan atau lebih dikenali sebagai Pie 2020. Korang boleh klik image "SEMINAR JUTAWAN HARTANAH" kat sebelah kiri blog ni atau klik http://www.seminarjutawanhartanah.com/ . Beliau buat seminar percuma ni khas untuk 3 peserta bertuah sahaja, ia mungkin sempena tahun baru dan hari jadi beliau yang akan tiba beberapa hari saja lagi.


Aku tahu, agak ganjil bila blog ni masuk peraduang yang agak jauh menyimpang dari tema kewujudan blog ini, Sepatutnya aku perlu join peraduan ni melalui blog aku yang lagi satu tu, baru sesuai, blog tu aku buat khas untuk aku catitkan pengalaman peribadi atau "copy & paste" maklumat2 yang aku rasa amat penting sebagai rujukan aku dari semasa ke semasa dalam bidang hartanah dan lain2, tapi blog tu aku hide dari pandangan ramai, sebab ia agak peribadi.



Pie ni aku kenal hanya melalui alam maya jer, samada menerusi blog atau facebook, dan juga melalui percakapan dari member2 aku yang sama minat...aku jer yang kenal dia, dia comfirm hapah pun tak kenal aku, tak perlu tahu pun sape aku, sebab aku bukan sape2 pun, memang jauh beza aku dengan dia.  Selain tu, aku pernah bersemuka dengan Pie dan juga seorang lagi otai dalam bidang pelaburan hartanah iaitu Bennie dengan tujuan untuk projek joint venture rumah lelong di Melaka awal Disember 2012, aku sanggup tunggu mereka 1 jam setengah lebih awal dari waktu temujanji di kedai mamak, masa tu dorang dari UiTM Shah Alam sebab ada kelas master property, giler punye respect aku kat dorang ni, sambung master sebab nak ilmu bukan sebab nak apply kerja atau apa2,  tapi nasib tak menyebelahi aku, takde rezeki sebab kalah. Diaorang mesti pelik sebab tak pernah kenal aku, tapi tiba2 nak joint venture projek rumah lelong di Melaka atas pelawaan Bennie.


Tulisan2 Pie mengenai ilmu pelaburan, pengalaman dan catitan peribadi beliau telah lama aku follow sejak tahun 2010 lagi, rasa2 start bulan Mac atau April 2010 kot. Beliau adalah antara blogger2 hartanah kat Malaysia ni yang telah membuatkan aku jatuh cinta terhadap bidang pelaburan terutamanya hartanah, dan aku dah anggap beliau sebagai guru aku dalam bidang pelaburan hartanah ni melalui perkongsian maklumat & pengalaman beliau sepanjang terlibat secara serius dalam pelaburan hartanah ni… serius, aku memang minat giler bidang hartanah ni..dan banyak ilmu yang aku dapat dari penulisan beliau.

Gambar kat bawah ni aku ambil dari web site Seminar hartanah beliau, semua harta yang beliau miliki ini adalah dari hasil pelaburan bersistematik yang telah lama beliau jalankan...korang boleh klik gambar "SEMINAR JUTAWAN HARTANAH" kat sebelah kanan blog ini..

Koleksi motor dan kenderaan saya. Hobi saya menunggang motorsikal berkuasa tinggi.

MPV hasil 100% daripada Pelaburan Hartanah saya

Percutian percuma di homestay kepunyaan sendiri
 

Berbalik kepada tajuk entri kali ni, “KENAPA SAYA PERLU DAPAT TIKET PERCUMA SEMINAR HARTANAH PIE 2020”, seperti yang aku nyatakan sebelum ni, aku memang sangat sangat sangat sangat sangat berminat dengan pelaburan, terutamanya bidang hartanah, sebelum ni aku pernah beli rumah secara sub sale, tapi aku beli pakai main redah je,bukak iklan kat mudah lepastu call, nasib baik aku tak kena tipu atau rugi, aku memang zero knowledge dalam bab2 nak beli rumah ni, aku beli pun sebab nak “lari” dari suasana kehidupan rumah bujang, aku nak merasa tinggal sendirian di rumah sendiri, memang nasib menyebelahi aku.



 
 


Oleh kerana terlalu dahagakan ilmu pelaburan hartanah, maka dengan itulah aku amat amat amat amat memerlukan tiket percuma seminar hartanah anjuran  guru aku ni, harga yang ditawarkan untuk seminar ni adalah sangat2 berpatutan jika nak dibandingkan dengan ilmu yang disampaikan, samada pembelian rumah secara lelong, sub sale, teknik2 pengurusan homestay, kereta sewa dan lain2 lagi yang aku rasa memang sangat berbaloi, tapi kata orang, rezeki jangan ditolak, mana lah tahu kot2 aku terpilih menyertai seminar guru aku ni secara percuma, untung batu tenggelam, untung sabut timbul,..bagi aku jika aku terpilih... itu dah dikira sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan... 

aku hanya laburkan masa aku untuk menaip jer.. tapi jika ditakdirkan aku berjaya terpilih, ia adalah satu keuntungan yang amat besar..satu bentuk keuntungan yang boleh digunakan pada bila2 masa, kalau pun keuntungan itu tidak dapat dinikmati pada diri sendiri, tapi sekurangnya aku akan gunakan keuntungan itu kepada orang2 yang terdekat dengan aku, terutamanya bini aku, kaum keluarga aku atau sesiapa yang datang bertanya....keuntungan yang aku maksudkan itu adalah ILMU...

Ok lah, aku memang sangat2 berharap agar aku berjaya terpilih menyertai seminar ni, walaupun aku tahu entri ni memang hancuss dan tak menarik, tapi apakan daya, aku takde bakat menulis..hehe

Apa2 hal, bagi korang nak  tahu dengan lebih lanjut berkaitan pelaburan hartanah ni, korang boleh klik gambar bawah blog ni atau klik http://www.seminarjutawanhartanah.com/


 klik gambar




 atau korang boleh ikuti penulisan beliau dalam blog http://www2.pie2020.com/blog/

klik gambar



ok lah, layan lagu ni plak, aku tuju khas untuk bini aku..



www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...