Jan 17, 2013

KAMIKAZE JEPUN BERSAMA TENTERA SYIRIA

 
Bosan dengan pekerjaannya sebagai pemandu lori dengan rutin memandu dari Osaka hingga Tokyo atau Nagasaki, mengangkut beban tangki petrol, air atau bahkan coklat, Toshifumi Fujimoto memutuskan untuk "bercuti" ke medan perang.


Fujimoto (45), lelaki berperawakan cukup gemuk ini mengambil risiko dengan melalui detik-detik yang memacu adrenalin dengan melakukan perkara yang tidak biasa dalam hidupnya sebelum ini. Lelaki ini menjadi pelancong perang.

Kebosanannya menjalani rutin sebagai pemandu telah berganti dengan hari-hari yang menegangkan dan "seru" di jalan-jalan Syria di mana di negara itu adalah tempat dia dicabar ketika ini. Tempat baru yang mencabar setelah melalui kawasan konflik lain di Timur Tengah, dia mengambil foto dan merakam video sambil mengelakkan peluru.

Sebelum sampai ke Syria, tahun lalu dia berada di Yaman semasa demonstrasi rakyat berlaku di depan kedutaan besar AS di Kaherah Mesir, berikutan kejatuhan Presiden Husni Mubarak. Pada akhir tahun ini, Fujimoto merancang untuk menemui Mujahidin Taliban di Afghanistan.

Tetapi ketika ini, dia telah dua minggu menikmati pelancongan di bandar Aleppo, salah satu medan perang paling sengit di Syria, "bermain-main" dengan para Mujahidin di bawah bunyi dentuman bom dan tembakan.


Dengan memakai pakaian seragam ala tentera Jepun dan "bersenjatakan" kamera dan video, Fujimoto berada di hadapan medan tempur. Setiap pagi dia mendokumentasikan perang yang sedang berlangsung di salah sebuah bandar yang terbesar Syria itu.

Fujimoto, yang tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Arab, hanya boleh diwawancara dengan Google Translate.

"Saya selalu pergi sendiri, kerana tidak ada pembantu pelancong yang mahu pergi ke medan perang ini. Ini sangat menarik, dan adrenalin terpacu tidak seperti biasanya," katanya bersemangat.

"Di Syria, lebih bahaya untuk menjadi wartawan daripada pelancong," katanya, menggambarkan bagaimana "setiap pagi saya berjalan 200 meter untuk berada di barisan hadapn dan saya di sana berada di barisan tempur bersama para tentera Pembebasan Syria (FSA)."

"Ini membuat saya kagum, dan saya menikmatinya," katanya. Dalam suatu kesempatan, Fujimoto juga mengambil gambar para Mujahidin Syria yang bertebaran di jalan-jalan bandar Aleppo.

"Kebanyakan orang mengira saya ini orang Cina, dan mereka menyapa saya dengan bahasa Cina," kata beliau sambil tersenyum.

Toshifumi Fujimoto bersama mujahidin suriah (gambar ini diambil dari akaun facebook Toshifumi Fujimoto)

Semasa pertempuran sedang sengit berlaku, dia mengambil kesempatan untuk mendokumentasikannya, namun jika situasi bahaya para Mujahidin memperingatkan para orang awam atau sesiapa yang bukan pejuang untuk beredar.

Namun dia sering mengabaikan peringatan itu dan tetap berusaha mengambil gambar yang kemudian akan dishare di Facebooknya. Dia tidak takut mati.

"Saya bukanlah sasaran para penembak tepat kerana saya adalah pelancong, tidak seperti kalian para wartawan," katanya kepada wartawan AFP. "Selain itu, Saya tidak takut sama ada mereka menembak saya atau mereka mungkin membunuh saya. Saya adalah kombinasi samurai dan kamikaze."

Fujimoto bahkan tidak menggunakan helmet atau jaket anti peluru sebagai pelindung.

"Itu sangat berat ketika digunakan untuk berlari dan lebih menyenangkan jika pergi ke kawasan pertempuran tanpa mengenakan apa-apa (pelindung). Selain itu, ketika mereka menembak itu sangat menyenangkan dan menarik."

Dalam foto-foto yang dishare di akaun Facebooknya, kelihatan dia sering bersama Mujahidin dan kanak-kanak Syria. Di antara fotonya menunjukkan dia sedang menembak bersama Mujahidin, namun tidak ada maklumat sama ada dia sedang belajar menembak atau turut menembak pasukan rejim.

Fujimoto berkata bahawa majikannya tidak tahu dia sekarang berada di Syria. "Saya hanya memberitahu kepada mereka saya pergi ke Turki untuk bercuti. Jika saya mengatakan mereka yang sebenarnya, mereka akan mengatakan kepada saya bahawa saya benar-benar gila."
Toshifumi Fujimoto bersama mujahidin Syria (Gambar ini diambil dari akaun Facebook Toshifumi Fujimoto)

Mungkin banyak orang mengatakan dia gila, tetapi orang-orang tidak tahu bahawa pekerjaan dan kehidupan keluarga adalah akar kesedihannya yang membuat dia ingin mencari hidup baru.

Fujimoto telah bercerai dengan isterinya, dan berkata"Saya tidak mempunyai keluarga, tidak ada teman, tidak ada teman wanita. Saya bersendirian dalam hidup ini."

Tetapi dia mempunyai tiga anak perempuan yang tidak pernah dia lihat selama lima tahun, "bahkan tidak di Facebook atau Internet, tidak ada. Dan itu adalah kesedihan saya yang mendalam," katanya sambil mengusap air matanya.

Sebab itulah dia membayar insurans nyawa dan "Saya berdoa setiap hari bahawa, jika sesuatu terjadi pada saya, anak-anak perempuanya mungkin akan mendapatkan wang insurans dan mampu hidup dengan selesa."

Fujimoto tidak menjual gambar-gambar atau rakaman yang dia ambil selama dia melancong di medan perang ini. Dia telah menghabiskan wang hingga USD 2500 dari poket peribadinya untuk terbang ke Turki. Kemudian mengeluarkan USD 25 sehari untuk bayaran penginapan di sana.

Selama di Aleppo, dia telah pergi pelbagai medan tempur seperti di daerah Amariya, Salahuddin, Saif al-Dawlah, Izza. Walaupun dia senang mengambil gambar di tempat konflik ini dan menyebarkannya, tetapi ada gambar yang membuatnya terpaku dan berkaitan dalam fikirannya.

Ketika dia membuka fail di laptopnya, dia menunjukkan sebahagian tubuh anak perempuan kecil berumur 7 tahun mati di Saif al-Dawlah akibat ditembak oleh penembak tepat rejim. Dia membayangkan, betapa sedihnya kehilangan puteri yang dicintai.

"Saya sayang kepada kanak-kanak, tetapi Syria bukanlah tempat bagi mereka. Sebuah bom boleh meragut nyawa mereka bila-bila masa," katanya yang kemudian diajak oleh mujahidin untuk bergabung dengan mereka di Salahuddin dan akan turun ke jalan menuju tempat di mana bunyi tembakan terdengar untuk melanjutkan "cutinya" di mana dia boleh merasakan hidup yang lebih hidup.

Inilah Fujimoto, orang Jepun yang rela menghabiskan wang untuk pergi ke medan perang. Demi mencari kehidupan yang lebih hidup, melupakan segala kepenatan dan kesedihan dalam hidupnya. Tidak takut mati atau takut rugi harta.

Namun bagi seorang Muslim, medan Jihad bukanlah seperti filem aksi di Hollywood yang hanya untuk ditonton, atau "tempat pelancongan" yang hanya untuk "refreshing." Ada perniagaan sejati yang menggiurkan di sana yang ditawarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui . Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar. " (Q.S As-Saff [61]: 10-12).

Maka tidak Tertarikkah dengan janji ini?

"Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan (nya) dari pada Allah?" (Q.S An-Nisaa '[4]: 87)
 
Diterjemah dari arrahmah




Sumber:  http://silverheritage.blogspot.com/2013/01/kamikaze-jepun-bersama-mujahidin-di.html



Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...