Dec 4, 2012

Rukun Membaca al-Quran Dan Panduan Sebelum Membeli al-Quran

Alhamdulillah, hari ini saya nak berkongsi topik pengajian semalam.  Kebetulan semalam saya lihat ada kawan yang berkongsi maklumat mengenai apps android yang dikatakannya ada kesalahan.
Sebagaimana semua ibadah di dalam Islam yang mempunyai rukun-rukunnya, membaca al-Quran juga ada rukunnya.
Rukun membaca al-Quran ada 3


------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------

 

  • 1) Sah Sanad
Sanad bermaksud sandaran, iaitu bacaan al-Quran yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w yang diturunkan kepada sahabat-sabahat baginda kemudian kepada ulama-ulama hingga sampai kepada kita. Sebab itulah kita kena mempelajari Al Quran secara bertalaqqi dan musyafahah ( face to face ).
Belajar ilmu tajwid itu Fardhu Kifayah tetapi membaca Al Quran dengan tajwid yang betul adalah Fardhu Ain. Sebab itu penting sebenarnya untuk belajar secara berdepan dengan guru. Tujuannya supaya guru dapat membetulkan setiap sebutan huruf dari makhrajnya atau tanda bacaan. Jangan bergantung kepada cd, youtube atau apps dalam telefon pintar. Kalau sebagai bantuan selepas kita berguru,  itu tidak menjadi kesalahan.
Terus terang, dari pengalaman saya sebutan bunyi Ikhfa’ Haqiqi yang paling sukar untuk disebut. Perlukan guru untuk mengajar dan menegur berkali-kali. Cara bacaan Ikhfa’ Haqiqi adalah dengan sembunyikan bunyi tanwin atau nun sukun ( nun mati) beserta dengung 2 harakat. Macam mana kedudukan hujung lidah yang diangkat tetapi tidak menekan gusi gigi depan untuk membaca Ikhfa’ Hakiki.  Kaedah nak membunyikan setiap hukum itulah yang menyebabkan kita sangat perlu berguru.
Nasiblah dapat ustazah yang sabar dengan anak murid tuanya ini… :p
  • 2) Bertepatan dengan kaedah Rasm al-’Uthmani .
Zaman dulu saya membaca al-Quran Majid.  Agak susah kalau tak ada asas tajwid.  Alhamdulillah sekarang al-Quran sudah lengkap dengan tanda baris, tanda waqaf dan simbol-simbol tertentu untuk bacaan khas sebagai panduan.
Panduan mudah  untuk mengenal al-Quran  sebelum membeli.
Lihat ejaan الرحيم  dalam Basmalah atau ayat ke-3 surah al-Fatihah, jika tidak ada tanda sukun ( tanda mati ) di atas huruf Ya, maka ia adalah kaedah Rasm al-’Uthmani.
tanda  sukun
Ada tanda sukun ( tanda mati ) di atas huruf Ya
tanda kaedah Rasm al-'Uthmani
Tidak ada tanda sukun ( tanda mati ) di atas huruf Ya, ini adalah kaedah Rasm al-’Uthmani
  • 3 ) Bacaan mestilah bertepatan dengan satu wajah daripada wajah-wajah Nahwu ( tatabahasa Arab ).

------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
 

Bacaan al-Quran yang tidak memenuhi tiga rukun tersebut tidak dikira sebagai bacaan al-Quran yang betul meskipun ia terdapat dalam imam qiraat yang tujuh.
Saya tak pandai sebenarnya nak menerangkan bab-bab begini.  Biasanya saya belajar dan terima untuk diri sendiri tetapi ada beberapa perkara  asas yang ingin dikongsi.    Semoga dapat membantu serba sedikit.
Wallahu a’lam.


sumber : http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/rukun-membaca-al-quran-dan-panduan-sebelum-membeli-al-quran.html

Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...