Kalau pergi Mid Valley mesti akan singgah beli Durian Crepe ni. Kalau
sesiapa yang hantu durian memang akan jadi hantu durian crepe lah pulak.
Makan seketul mesti nak ambil lagi berketul-ketul ngapp masuk mulut.
Nak beli,satu pek dalam 10 hengget selalunya orang jual. Asyik beli je,
apa kata try buat pulak. Pulak-pulak sekarang ni musim durian, memang
merata lah ada durian. So gunakan lah durian yang ada ni selagi tengah
musim durian
Bahan-bahan nak buat Durian Crepe. Senang je ok bahan-bahan dia:
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur
Untuk filling:
1 cawan whipping cream (aku memang suka gila brand yg dekat atas
ni,sebab tak yah susah nak bubuh gula dah, sebab dia dah memang sedap)
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Dan isi durian yang telah dilenyek. Dah nama pon durian crepe, wajib lah
ada durian kan? Tak kan nak lenyek buah kedondong pulak. ye dak?
Cara-caranya senang je. Aku guna stand mixer je. Masuk tepung, tuang
santan dan air. Gaul-gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen
vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah siap. Eh
senang nya? ye memang senang je ok
Yang whipping cream tu pon jangan lupa pukul kasi kental dan gebu hokayyyy
Pastu tapis ah benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang
halus mulus. Sebab takut kulit crepe tu menggerutu je. Kalau tak nak
tapis pon iolsss ok je.
Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan
butter sikit dekat pan tu,pastu boleh letak adunan tadi. Pastu goyang
gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis crepe itu. Alahh masak ni
macam masak lempeng je. Tapi kalau boleh, buat ah crepe tu senipis yang
boleh
Masak crepe ni yang belah bawah je tau. Yang belah atas tu kalau dah
kering, boleh angkat. Sebab yang part licin ni nak buat belah atas
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas masak sehelai (sehelai??) crepe ni, aku alas dengan plastik supaya
tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pon boleh. Ikut
kreativiti masing-masing lah ok
Jadi lah macam ni. wahhh gebu nya durian crepe aku.kehkehkeh. Pastu
boleh sejuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Nak buat
crepe tu bagi nipis adalah benda yang sangat mencabar sekali untuk
resepi kali ni.Bila terlampau nipis, crepe senang koyak. Crepe yang
koyak-koyak tu boleh lah makan sambil cicah dengan sambal ikan bilis. So
pada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba uolsss
ok bye!
sumber : http://cikepal06.blogspot.com/2012/11/resepi-durian-crepe-gebu.html#.UMSWU3dpe58
RESEPI DURIAN CREPE #2 [klik]
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.