Dec 28, 2012

PENDEDAHAN DATA SULIT PELANGGAN BANK KEPADA PIHAK KETIGA HARUS DIBERHENTIKAN


Selama ini, ramai antara kita dihubungi oleh individu bertugas sebagai telemarketer tidak dikenali melalui telefon.
Lazimnya pelbagai alasan kita kemukakan untuk menepis pujuk rayu mereka.
Satu daripada kaedah berkesan, katakan ...
"Oh! Saya sekarang ini di London, bermesyuarat"
Namun pada masa sama spontan tercetus persoalan di minda kita ...
Bagaimanakah telemarketer mengetahui nombor telefon bimbit saya?
Adakah kakitangan syarikat telekomunikasi bersekongkol membekalkan atau menjual data peribadi kita kepada sebilangan agensi telemarketing?"
Jawaban soalan itu telah dihuraikan oleh Elis di entri ini.
"Syarikat telekomunikasi hanya mempunyai data seperti nama penuh dan alamat kita sahaja. Justeru telemarketer sukar untuk mendapatkan nombor kad kredit atau debit berserta security code. Maklumat itu perlu untuk kami mengecaj bayaran ke akaun pemilik kad," ujar Elis.
"Adakah setiap senarai data peribadi perbankan dibeli lengkap dengan security code?," soal saya.
"Tidak. Terdapat juga data pelanggan bank kami terima tidak disertakan security code," balas Elis.
Lihat informasi berhubung security code di barisan menegak di bawah.
Lihat lebih banyak lagi senarai data pelanggan bank, di sini, Terbukti maklumat sulit pelanggan bank didedahkan sewenang-wenangnya kepada agensi telemarketing kini masih beroperasi.
Perhatikan baris ke 17, data sulit pemilik kad kredit, anggota POLIS juga didedahkan dengan harga maksimum RM1.50 sahaja.
Selain anggota polis, data perbankan peribadi guru, jururawat, pegawai, kerani, operator, peniaga, juruteknik, pemandu juga turut didedahkan.
"Sebelum ini awak memaklumkan saya, telemarketer menjual skim insuran menyalahgunakan nama institusi perbankan serta syarikat insuran, walhal itu satu penipuan, kan?," soal saya.
Elis mengangguk.
"Bagaimanakah jika selepas pemilik kad kredit bersetuju membayar premium dan kemudian membuat tuntutan," tanya saya lagi.
"Oh! Contohnya kalau tuntutan setakat RM5,000, memang agensi menjelaskan tanpa sebarang masalah.  Melalui pengalaman, bos tahu, bukan semua mangsa akan membuat tuntutan. Duit hasil penipuan agensi banyak, keuntungan mencecah ribuan ringgit sehari," jelasnya. 
Tambah Elis, sebilangan mangsa berasa curiga cuba berkunjung ke pejabat tempat dia bekerja sebelum ini.
"Ada mangsa berasa sangsi, memaklumkan untuk datang ke pejabat bertujuan menyelidik hal sebenar. Waktu itu pihak pengurusan pantas mengarahkan pejabat ditutup, semua pekerja bercuti di antara satu dan dua minggu. Sebenarnya saya berasa amat kasihan kerana setelah dipujuk oleh telemarketer, sebilangan mangsa, tanpa berfikir panjang terus membeli kononnya 'insuran' ditawarkan untuk semua ahli keluarga. Dia berkata, oh! murahnya skim insuran ini, tolong buatkan sekali coverage untuk isteri dan dua anak saya. Berikutan persetujuan itu, agensi akan mengenakan bayaran  RM399 kali empat melalui kad kredit mangsa. Jumlah keseluruhan, RM1,596. Telemarketer tersenyum lebar sampai ke telinga kerana mendapat empat sale sekaligus dan dia meraih RM400 sebagai insentif  manakala agensi buta buta meraih RM1,196," ujarnya.


Apapun Elis berkata, bukan semua telemarketer berpeluang mendapat durian runtuh seperti itu 
"Untuk lebih menyakinkan mangsa, selepas itu telemarketer akan berkata, dalam tempoh seminggu kakitangan syarikat insuran akan menghubungi encik untuk tujuan pengesahan. Walhal, sebenarnya kakitangan agensi menyamar sebagai kakitangan syarikat insuran. Dia kemudian akan menghubungi mangsa. Selain daripada skim insuran palsu, bekas syarikat saya bekerja juga kononnya menawarkan pakej percutian bernilai RM599. Antara ayat digunakan, sebagai pemilik kad kredit, encik telah terpilih untuk menyertai pakej pecrcutian dan untuk itu kami akan memberikan encik kad diskaun istimewa untuk bayaran hotel di pelbagai lokasi. 
"Adakah kad diskaun itu memang boleh digunakan?," tanya saya seterusnya.
"Memang tidak boleh dipakai. Kad itu dikeluarkan oleh kakitangan agensi sama. Mangsa terpedaya dan pergi bercuti bersama keluarga kemudian akan menghubungi agensi, tidak berpuas hati. Telemarketer dilatih memberikan alasan. Contohnya begini, oh! Untuk menggunakan kad itu encik mesti membuat tempahan sebulan lebih awal. Kalau tidak, memang kad terbabit tidak boleh digunakan. Apapun, bukan semua telemarketer mengetahui fakta sebenar bahawa tawaran kad diskaun untuk sewaan hotel itu hanya satu kegiatan penipuan licik," tambah Elis lagi. 
Tambah Elis lagi, semua telemarketer terbabit dilapor diwajibkan memakai pakaian pejabat sewaktu bertugas untuk mengaburi pandangan masyarakat.
Selama ini, majoriti kita barangkali hanya sekadar mendengar dakwaan berhubung kegiatan pendedahan maklumat sulit pelanggan bank kepada pihak ketiga. 
Kini dakwaan itu terbukti.
Pihak Bank Negara Malaysia dan semua institusi perbankan terbabit harus menjalankan siasatan terperinci sekaligus memberhentikan kegiatan terbabit ...
... agar kredibiliti bank di Malaysia tidak terus tercalar.

SILA KONGSIKAN ENTRI INI DI MEDIA SOSIAL



sumber : http://www.mazidulakmal.com/2012/12/pendedahan-data-sulit-pelanggan-bank.html

www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...