Sedang anda memandu, tiba-tiba motosikal lalu minta anda berhenti
katanya tayar anda berasap. Bila anda check memang betul ada kesan minyak di
tayar anda. Apa selanjutnya yang anda lakukan?
Artikel berikut mungkin akan
membantu anda jika berlaku kejadian yang sama dan kerugian beribu ringgit atau
mungkin nyawa juga boleh melayang. Juga ingat betul-betul muka suspek sindiket
penipu tu. Biar lepas ni kalau dia nak buat jahat lagi, dia kena keluarkan modal
lebih untuk buat plastic surgery.
Dlm prjlnan dr Bangi ke UMKL, saya
singgah di Hentian Serdang, utk ke bilik air. Lps tol Sg Besi, lelaki kanan (yg
agkt tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar
depan kereta. Saya pn brhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg
berasap. Saya tgok dr dlm kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, mcm myk
brek.
Lps tgok myk meleleh tu, rasa cuak jga.
Sbb brek mmg ada bunyi sikit sblm ni. Lelaki India yg agkt tgn tgi tu pakai baju
Honda, mgaku kerja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & ofer
nk bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kwsn lpg, nanti kalau org/kwn Honda
nmpk, dia kena tindkn disiplin.
Oleh krn mcm bole prcaya, saya pun pergi
ekori dia pegi kwsn ksong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check
set brek (calipter). Dia kata mungkin bocor. Tp nmpk mcm ok je. Myk yg meleleh
pun nmpk sikit je, tak merebak pd seluruh rim tyr. Tp, x berani nk bwk, takut
risiko. Dia kata boleh tolg repair, @ kalau abg x percaya, abg boleh hntr kt
pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya pulak baru tukar fuel pump
(RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalau ambil fuel pump
Honda RM1,836.00.
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Lelaki ni kata, dia call kwn dia di
Pusat Servis utk ambilkan brg di spare part yg biasa. Boleh dpt harga kurang
sikit. Sy tnya harga, dia kata x tau. Lps 10 minit, kwn dia (Ramesh) sampai, bwk
brg dgn resit RM1500. Wa.. ni pun dh mahal. Mula timbul ragu sikit. Saya tegur
dia knpa x bgtau awal2 harga. Dia minta maaf. Lps tu diorg psg, buka yg lama,
letak dlm boot blkg.
Sy kata boleh byr kemudian tak, sy x
cukup cash. Nti ptg sya singgah kt Global Amity. Diorg kata x bole. Abg ambil la
kt mana ATM, diaorg nk ikut. Dlm hati makin ragu. Sy kata ATM pun x cukup, kena
ambil di kaunter. You ikut saya pegi UM dulu, lps tu kita ambil duit. Kwn you
tu, suruh la dia masuk kerja balik.
Bila masuk kreta, sy bwk dia masuk UM,
tp Ramesh (yg sorg lg) follow kt blkg naik motor. Masa ni, saya rasa mmg diaorg
ni tipu & brsungguh nk duit cash, bukan tolg. Sampai UM, sy kta nk masuk
library pulang buku. Diorg tgu kt parking. Kreta saya kunci.
Lps pulang buku, sy call salesman kt
Honda (GLobal Amity) & tnya, ada tak staf nama Ramesh. Dia kata mcm xda,
knapa? Sy kata brek sy bocor, dia tolg repair. Salesman kata, oh itu tipu tu,
sbb sblm ni ada customer Honda dh kena, tp dia pegi ke pusat servis. Kreta ok
je.
Sy pun minta bantuan pihak keselamatan
UM & balai polis Pantai. Takut2 kena belasah ke. Polis & guard UM dtg
& tgu kt kreta. Lelaki 2 org tu buat x tau je. Lps tu, baru saya turun. Sy
kta kt diorg, you tipu! Honda kata you x kerja kat situ. Ramesh jwb, Honda ada
byk, bang. Abg buang masa saya je la. Ktaorg cuma mau tolg. Masa ni, saya snap
gmbr diorg. Polis pun tanya, apa yg saya x puas hati. Lps tanya diorg pulak, apa
x puas hati. Lps tu, polis kata, Ok kalau dua2 x puas hati, kita pegi buat
report kat balai.
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Polis suruh diorg pegi ke balai dulu. Sy
pegi follow kt blkg patrol car. Smpai kat balai, sya buat report. Dua lelaki tu
x muncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lps tu sy send gmbr diorg kt
salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2
dulu.
Ada rasa lega, syukur sbb Allah
selamatkan dr ditipu/ dibelasah. Bimbang, kalau2 terjumpa diorg lg. Tp, 1 lg,
rasa puas hati sbb 2 penipu terkena kali ni. Dh buat kerja & tukar brg, tp x
dpt apa2. Cuma, polis mcm x berminat nk tahan diorg.
Ada org sebut kata2 Sydna Ali: Aku bukan
penipu, tp penipu x bole tipu aku.
- Abu Alfatih Zaki (1 November
2012)
Jadi lepas ini kalau ada kejadian sama berlaku kepada anda, anda tahu apa yang nak dibuat. Apa sahaja kerosakan pada kereta, pergilah ke Service Centre (SC). Janganlah kita kemut sangat nak membayar lebih sedikit untuk yang berkualiti dan terjamin. Kalau jadi macam ni, tak pasal-pasal je ditipu dan silap haribulan, dibelasah pula oleh si penyangak sampah masyarakat tu.
Apapun hati-hatilah ya?
Jadi lepas ini kalau ada kejadian sama berlaku kepada anda, anda tahu apa yang nak dibuat. Apa sahaja kerosakan pada kereta, pergilah ke Service Centre (SC). Janganlah kita kemut sangat nak membayar lebih sedikit untuk yang berkualiti dan terjamin. Kalau jadi macam ni, tak pasal-pasal je ditipu dan silap haribulan, dibelasah pula oleh si penyangak sampah masyarakat tu.
Apapun hati-hatilah ya?
sumber : email
using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.