Assalamualaikum WBT.Tabloid Britain,Dailymail
semalam melaporkan seorang remaja 14 tahun di Russia telah membunuh
diri dikatakan setelah melihat karekter kegemarannya dalam siri anime Naruto mati.Watak yang dimaksudkan tersebut ialah Uchiha Itachi abang kepada rogue ninja,Uchiha Sasuke.Remaja tersebut,Leonid Hmelev
dikatakan melompat dari bumbung apartmennya yang berketinggian lebih
kurang 100 kaki dan pihak polis telah mengesahkan bahawa dia mati serta
merta disitu.
Leonid Hmelev,14 Tahun |
Dailymail menyatakan,Leonid berasa sangat kecewa apabila Itachi mati selepas bertarung dengan adiknya,Sasuke dalam episod 393 'My Eyes' bagi manga dan episod 138 'The End' bagi anime.Dilaporkan juga,sebelum terjun dari bumbung apartmennya,dia telah menghilangkan diri selama 2 hari dan juga meninggalkan mesej di laman sosial yang secara ringkas menyatakan bahawa dia juga turut
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
'merancang
sebuah penghabisan'.Mayatnya akhirnya ditemui dan dikenalpasti sebagai
remaja yang hilang tersebut dan individu yang paling kecewa pastilah
bapanya,Ivan 38 tahun.Bapanya menyatakan 'Leonid terlalu banyak
menghabiskan masa untuk menonton TV,sehinggakan dia tidak lagi mampu
membezakan yang mana realiti dan yang mana fiksyen.Itachi,Sebelum Kematiannya |
Peringatan :
Sebagai umat islam,kita dilarang mempercayai bahawa maut itu disebabkan
oleh kuasa lain.Yang boleh mendatangkan maut hanyalah Allah SWT.Yang
lainnya adalah asbab penyebab sahaja.Lagipun agama Islam sangat melarang
umatnya membunuh diri dengan apa sebab sekalipun dan mereka yang
membunuh diri dijanjikan azab yang pedih di Akhirat kelak.
sumber : http://muhafida.blogspot.com/2012/11/kematian-itachi-menjadi-penyebab.html
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.