Gambar hiasan dari google
Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba2 datang
seorg kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja
saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2
tak?
Saya jawab: Kalau adik ambil banyak,
kena la bayar lebih.
Beliau
terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda
anggap saya sombong atau angkuh.
Mungkin ada yg berkata: Ala Max ice-cream
mcm tu pun nak berkira., belikan la aje kat budak tu."
Gambar hiasan dari google
Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata "Awak culik anak saya ye"...budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia.
Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis.
"Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Utk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu.
Mereka hilang setelah mendapat RM1k.
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti
sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream. .?
Sumber : email
Comment using Facebook