Nov 2, 2012

Potensi Keuntungan Pelaburan Rumah Lelong

Artikel ini di ambil dari http://rumahlelongpanas.blogspot.com/p/potensi-keuntungan-pelaburan-rumah.html

Kali ni saya nak buat posting yang berlainan sedikit. Apa kata kalau saya cerita pasal potensi keuntungan yang boleh diperolehi dengan membeli rumah lelong? Saya percaya ramai yang suka mendengar cerita2 sukses sebegini. Sekurang2nya boleh dijadikan motivasi untuk para pembaca yang bercita2 hendak memulakan pelaburan hartanah tapi takut untuk mengambil langkah yang pertama. 


Gambar Hiasan





Ok kita mula dengan kes client 1 ( En A) : 


Tahun beli : 2009
Harga beli : RM 67k
Jenis rumah : Apartment 3 bilik
Market value : RM 130k ( bank valuation)
Total modal awal (deposit + legal fee + repair + tunggakan etc) : RM 13200
Monthly installment : RM 320
Maintenance fee : RM 80
Rental income : RM 600
Extra cashflow sebulan (kasar) : RM 200


Tahun jual : 2011
Harga jual : RM 115k ( sengaja jual below market value sebab nak jual cepat)
Untung kasar : RM 115k - RM 67k = RM 48000
Jumlah extra cashflow sepanjang tempoh sewaan : RM 5400

Total untung kasar : RM 53400

Mari kira berapa % keuntungan yang dibuat : 

Cash on Cash Return  = [(RM 53400 - RM 13400)/ RM 13400 ] x 100% =  298%

% keuntungan setahun = 298% / 3 = 99.5% setahun


Ini kes client 2 ( En B) pula : 


Tahun beli : 2009
Harga beli : RM 52k
Jenis rumah : Apartment 3 bilik
Market value : RM 120k ( bank valuation)
Total modal awal (deposit + legal fee + repair + tunggakan etc) : RM 11200
Monthly installment : RM 220
Maintenance fee : RM 90
Rental income : RM 500
Extra cashflow sebulan (kasar) : RM 190



UNTUK MENGETAHUI TEKNIK-TEKNIK PELABURAN HARTANAH SAMADA SECARA LELONGAN ATAU SUB-SALE ATAU SEBAGAINYA KLIK SINI

Tahun jual : 2011
Harga jual : RM 106k ( sengaja jual below market value sebab nak jual cepat)
Untung kasar : RM 106k - RM 52k = RM 54000
Jumlah extra cashflow sepanjang tempoh sewaan : RM 4370

Total untung kasar : RM 58370

Mari kira berapa % keuntungan yang dibuat : 

Cash on Cash Return  = [(RM 58370 - RM 11200)/ RM 11200 ] x 100% =  421%

% keuntungan setahun = 421% / 3 = 140% setahun


Wau! Sangat menguja kan? ASB pun hanya beri sekitar 7% sahaja setahun. Ini baru cerita pasal rumah2 yang dalam kategori sederhana rendah. Bayangkan pulangan yang bakal diperolehi untuk rumah2 yang lebih mahal harganya. Pasti pulangannya jauh lebih tinggi. 

Namun tidak semuanya indah dalam bidang pelaburan hartanah lelong. Banyak perangkap dan onak duri dalam dunia lelongan ini. Kalau tersilap langkah, pasti akan terduduk. Jangankan nak untung besar, malah boleh rugi besar. 

Selain dari itu, bukan senang nak dapat deal seperti yang diatas. Kena cuba berpuluh2 kali baru dapat satu deal yang macam tu. Anda sanggup? Kalau baru cuba sekali dua sahaja tapi tak berjaya lepas tu nak terus berputus asa, saya harus katakan bidang pelaburan ini bukan untuk anda.


UNTUK MENGETAHUI TEKNIK-TEKNIK PELABURAN HARTANAH SAMADA SECARA LELONGAN ATAU SUB-SALE ATAU SEBAGAINYA KLIK SINI

=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...