Nov 5, 2012

Berapa peratus ROI (Return on Investment) apabila beli rumah tanpa modal?



Artikel di bawah telah saya terima dari seorang pelabur hartanah yang berjaya dan juga seorang penulis, berikut adalah  apa yang beliau terangkan :-

 Salam dan Hai rakan-rakan SK.com,
Semalam SK dah kongsikan dengan anda secara ringkas bagaimana anda boleh kira pulangan pelaburan anda atau pun return on investment secara kasar.

Hari ini SK nak kongsikan dengan anda bagaimana anda boleh dapat Peratus PPA yang tinggi dengan membeli rumah tanpa modal.


Kepada yang belum baca ebook PHTM, SK sarankan dapatkan segera ebook PHTM ini ya. SK berikan 6 teknik yang berkesan untuk anda buat Pelaburan Hartanah Tanpa Modal.
Kes Studi 1:
Anda mahu membeli rumah yang berharga RM270,000.  Dan anda berjaya mendapatkan diskaun rumah sehingga 10%. Jadi apa yang perlu di buat ialah membuat pinjaman sehingga 90% iaitu pinjaman perumahan sebanyak RM 243,000.

Mari kita lihat berapa peratus Pulangan Pelaburan Anda, PPA atau ROI.

-------------------------------------------------------
UNTUK MENGETAHUI TEKNIK-TEKNIK PELABURAN HARTANAH SAMADA SECARA LELONGAN ATAU SUB-SALE ATAU SEBAGAINYA KLIK SINI
 
--------------------------------------------------------------


Contoh kiraan PPA atau ROI:-

Berikut adalah contoh anggapan kiraan terhadap rumah yang bakal anda beli dengan PHTM.
1. Pelaburan awal = RM 0.00 ( Pelaburan Hartanah Tanpa Modal)
2. Pinjaman Pada Bank selama 30 tahun = RM 243,000 ( interest 6.6% dan -BFR 2.4%)
3. Bayaran ansuran bulanan = RM1,300 
4. Bayaran ansuran tahunan = RM 1,300 x 12 bulan = RM 15, 600
5. Harga sewa setiap bulan = RM 1,500 (fully furnish dan lokasi di Pusat Bandar KL)
6. Harga sewa tahunan = RM 18,000


PPA atau ROI % setahun =  Keuntungan setahun / Bayaran ansuran rumah tahunan anda x 100
                                                 =  ( RM18,000 – RM15,600 ) / RM 15,600  x 100
                                                 =  15.4 %     – PPA yang tinggi berbanding pelaburan amanah saham :)

Jadi, jika anda beli rumah tanpa modal dan menyewakannya, sudah tentu anda untung. Tetapi kalau beli rumah dan tidak menyewakannya, aliran tunai anda sudah pun menjadi negatif.
Cuba elakkan daripada berlaku aliran tunai negatif. Objektif kita buat pelaburan hartanah adalah untuk mendapatkan aliran tunai yang positif, melainkan anda beli rumah untuk menjualnya kembali dan dapat merasa keuntungan disebabkan kenaikan harga (capital appreciation) rumah tersebut.

 

Click here to read this post at Saufikarim Official Blog.



SK.com a part of Velocity Muse Network Bandar Baru Bangi, Selangor Malaysia



UNTUK MENGETAHUI TEKNIK-TEKNIK PELABURAN HARTANAH SAMADA SECARA LELONGAN ATAU SUB-SALE ATAU SEBAGAINYA KLIK SINI


=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
           
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...