Daun Pisang Tiruan Di Restoran Mamak Merbahaya.
Kementerian Kesihatan akan meneliti dakwaan bahawa “daun pisang tiruan” yang digunakan oleh beberapa restoran India membahayakan kesihatan.
“Kami akan mengesahkan apa bahan-bahan yang digunakan untuk membuat daun tiruan ini,” kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman ketika dihubungi, Rabu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab tuntutan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa “daun” telah dicelup dengan warna hijau dan mungkin mengandungi sisa dakwat sisa yang membahayakan.
Dalam sidang akhbar, Rabu, Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata “daun pisang tiruan” yang digunakan oleh restoran-restoran boleh membahayakan kesihatan kerana dibuat daripada surat khabar yang dikitar semula.
Beliau berkata bahan tambah yang digunakan boleh mengeluarkan bahan kimia apabila makanan panas dihidangkan di atas daun.
“Saya mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan terhadap pengusaha restoran yang menghidang makan di atas daun pisang palsu,” katanya.
“Saya mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan terhadap pengusaha restoran yang menghidang makan di atas daun pisang palsu,” katanya.
“Kajian menunjukkan bahawa permukaan daun pisang juga mempunyai ciri-ciri antibakteria. ”Ianya terbiodegradasi, tidak seperti daun kertas yang tidak mesra alam,” kata Mohamed Idris
Beliau mendakwa pengusaha restoran cuba mengurangkan kos kerana kos daun pisang kertas hanyalah RM5.50 setiap timbunan yang mengandungi 100 helaian berbanding daun sebenar yang menelan kos sehingga 30sen setiap helaian. Sementara itu, pengendali restoran India yang popular di sini berkata daun pisang kertas telah disahkan oleh Sirim.
“Kami telah menghantar sampel untuk ujian awal tahun ini dan diberitahu bahawa ia mematuhi kehendak Akta Makanan Malaysia,” kata Pengurus Restoran Kanna Curry House, Muthu Kumar. Restoran itu berkata perubahan itu dibuat demi kebersihan dan kerana kekurangan daun pisang di negara ini.- Sumber : melvister.com
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
No comments:
Post a Comment