Showing posts with label DIDIK ANAK. Show all posts
Showing posts with label DIDIK ANAK. Show all posts

Jan 15, 2012

PERANGAI ANAK-ANAK ADALAH BERBEZA

Setiap perangai anak anda adalah unik. Ia memang tidak akan sama.
Perangai dan cara anak anda berfikir adalah tidak sama. Anda tidak
boleh menganggap anak pertama rajin belajar, anak kedua juga akan
rajin belajar. Ia berbeza untuk setiap individu. Sudah pasti anda
juga mempunyai perangai yang berbeza dengan adik beradik anda yang lain.

Anda perlu gunakan dua elemen dalam mendidik anak iaitu kawal dan
kasih sayang. Perangai anak-anak adalah berbeza, anda juga
mempunyai persepsi berbeza, maka, cara terbaik adalah anda kawal
emosi anda dan beri kasih sayang kepada mereka.



Untuk anak yang pemarah, anda perlu pandai menenangkan mereka.
Untuk anak yang sensitif, anda perlu berhati-hati ketika berkata-kata.
Untuk anak yang degil, anda perlu disiplinkan mereka.

Ia adalah berbeza untuk setiap anak. Anda perlu berhadapan dengan
anak-anak menggunakan cara yang berbeza berdasarkan perangai mereka.

Ketika kecil memang mudah untuk anda memahami mereka, tetapi apabila
mereka meningkat dewasa, mereka akan berjumpa dengan ramai orang
dan tanggapan mereka mengenai kehidupan akan berubah.

Seorang remaja selalunya sangat memberontak, mereka akan menunjukkan
kepada dunia bahawa mereka adalah berbeza dan bagus.



Kawal perasaan memberontak anak-anak anda dengan membimbing mereka
ke arah yang betul. Cakap dengan anak anda, beri cadangan kepada
anak anda bagaimana hendak mencapai impian dia. Setiap anak akan
memberontak dengan cara yang berbeza. Anda perlu mengawalnya sebelum
terlambat.

Menjadi ibu bapa adalah salah satu pengembaraan anda di dunia ini.
Kita hidup hanya sekali dan berilah yang terbaik untuk anak anda.
Hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Anda perlu tenang dalam
mendidik anak anda kerana mereka adalah anugerah yang sangat
bernilai dari tuhan. Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.

Jan 10, 2012

SENTIASA LIBATKAN DIRI DENGAN ANAK-ANAK

Kesilapan utama ibu bapa adalah tidak melibatkan diri dengan
anak-anaka mereka. Anak-anak di biarkan bersendirian untuk berfikir
dan melakukan keputusan. Abaikan anak anda adalah sama dengan anda
melepaskan tanggungjawab terbesar anda sebagai manusia.

Peruntukkan satu waktu pada setiap hari untuk bercakap dan mendengar
masalah dari anak-anak anda. Periksa tahap kesihatan mereka,
perkembangan hidup mereka, tanya mengenai rakan-rakan mereka dan
yang paling penting kongsikan perjalanan hidup anda pada hari itu
dengan anak-anak anda.

[klik banner untuk maklumat lanjut]

Libatkan diri ketika mereka menelaah pelajaran. Walaupun anda lemah
dalam pelajaran, anda boleh menolong mereka dengan membeli buku
rujukan yang sesuai dan setiap kali mereka menalaah pelajaran,
periksa sama ada buku yang anda beli membantu atau tidak perkembangan
anak anda.

Setiap kali anak anda memerlukan anda, anda perlu bersama dengan mereka.
Ia adalah mudah sahaja. Anda perlu tahu setiap aktiviti anak anda
dan bahagikan masa supaya anda boleh bersama-sama dengan mereka
pada masa yang betul. Seorang anak yang masuk pertandingan nasyid
sudah pasti memerlukan sokongan dari anda.

[klik banner untuk maklumat lanjut]


Jika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja. Pastikan ketika makan
anda mampu meluangkan masa untuk makan bersama-sama mereka.

Jan 2, 2012

TETAPKAN HAD UNTUK ANAK ANDA

Kanak-kanak tidak tahu sesuatu perkara itu salah jika mereka tidak
di beritahu secara jelas. Seperti yang anda tahu kanak-kanak tidak
boleh berfikir secara rasional kerana bahagian otak yang di tugaskan
untuk melakukan proses itu masih belu membesar dengan sepenuhnya.

Oleh itu, anda perlu setkan had untuk anak anda. Kanak-kanak sangat
suka bermain, mereka akan bermain sehingga mereka penat. Untuk itu
anda perlu setkan had untuk mereka.



Setiap petang, benarkan mereka untuk bermain di luar selama sejam sahaja.
Apabila sudah di peringkat remaja, ajar anak anda untuk balik 30 minit
sebelum maghrib.

Anda perlukan setkan had supaya anak anda lebih berdisiplin dalam hidup.
Pada hari cuti, ajar anak anda untuk bangun pagi. Setkan had untuk mereka.
Ajar anak anda untuk merendahkan suara apabila bersuara dengan
mereka yang lebih tua.

Apabila anak anda masih tidak mendengar nasihat anda, berikan ia
satu peluang sahaja lagi sebelum memberi hukuman. Memberi hukuman
adalah penting supaya anak anda tahu bahawa apa yang mereka lakukan
adalah salah. Setelah hukuman di jalankan pujuk anak anda dan
beritahu mereka kenapa mereka di berikan hukuman. Hubungan dua hala
sebegini adalah bagus untuk perkembangan keluarga anda.


Seorang manusia perlu saling menghormati dan ia adalah kemahiran
yang perlu ada pada anak anda. Setiap kali anak anda meminjam
barang dari rakan-rakan mereka, pastikan anak anda memulangkannya
pada masa yang di tetapkan.

Sebagai manusia kita perlu menghormati hak orang lain.

Itulah sahaja tips untuk kali ini... dapatkan lebih banyak tips
dan panduan di dalam ebook "Panduan Mendidik Anak"

Dec 28, 2011

6 CARA UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN KASIH SAYANG

Dalam sesuatu hubungan mesti ada pahit dan manis. Kita yang memainkan peranan untuk menyerikan kembali hubungan yang kian hambar. Mungkin kita tidak sedar akan kekurangan diri kita yang menyebabkan hubungan kita menjadi hambar dan mungkin dengan mengikuti 6 cara ini, hubungan kita dapat diselamatkan.



1. Jadi seorang yang kelakar

Orang yang bersifat kelakar mudah untuk didekati kerana mereka lebih didsenangi. Begitu juga di dalam perhubungan, ia dapat membantu untuk meredakan situasi yang tegang, membantu untuk mengelakkan pertengkaran, dan melupakan sebentar tekanan yang sedang dihadapi. Sekiranya kita selalu serius, formal, cuba menunjukkan sifat kematangan yang terlampau dan sebagainya, hubungan akan menjadi bosan dan menyebabkan jurang komunikasi antara pasangan itu sendiri.



2. Ciuman

Ciuman akan menambahkan lagi keintiman hubungan pasangan tersebut. Tunjukkan rasa hormat pada isteri/suami dengan memberi ciuman kepada mereka. Walaupun perkara ini adalah mudah, tetapi ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tidak mengamalkannya. Disebabkan faktor ambil mudah inilah kadang-kadang dapat dilihat hubungan pasangan yang sudah lama berkahwin itu menjadi tidak mesra. Tetapi ada juga pasangan tua yang sudah lama berkahwin tetapi masih lagi romantik. Kemesraan di dalam hubungan perlu dipupuk dan ia tidak datang dengan sendirinya.



3. Penghargaan

Setiap manusia amat suka dihargai kerana ia akan membuatkan diri terasa bernilai. Walaupun sesuatu perkara itu nampak mudah untuk dilakukan seperti menyediakan makanan dan sebagainya, ucapan terima kasih penting sebagai tanda penghargaan. Semakin kerap anda mengucapkan kata-kata penghargaan kepada seseorang, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan itu.



4. Memberikan kejutan

Kejutan dapat memberikan suatu ingatan dalam hidup seseorang. 98% menyatakan bahawa mereka masih mengingati lagi terhadap kejutan yang diberikan terutamanya daripada orang yang tersayang. Dalam perhubungan kadang-kadang memerlukan kejutan. Ia akan menghasilkan memori indah buat pasangan. Sekiranya hubungan itu terdapat perselisihan faham dan sebagainya, mengenang kembali memori indah yang dilalui dapat membantu untuk meredakan kemarahan.



5. Jadi seorang yang gemarkan sejarah

Kenangan manis atau pahit yang dilalui bersama pasangan perlu untuk diceritakan semula untuk menunjukkan bahawa anda masih mengingati dirinya dan sebagai tanda penghargaan kepada dirinya kerana setia menemani anda. Setiap kali pasangan bercerita kembali mengenai sejarah yang telah mereka lalui, pasti akan menimbulkan sesuatu perasaan yang sangat positif dan dapat membantu untuk menambahkan lagi kemesraan di dalam perhubungan itu.



6. Jadi seorang yang pemaaf

Setiap yang dipanggil manusia pasti akan melakukan kesalahan dan anda perlu sentiasa bersedia untuk memaafkannya. Kesukaran untuk memaafkan seseorang akan mengeruhkan lagi perhubungan itu. Apabila anda sudah memaafkan seseorang, jangan sesekali mengungkit kesalahan yang telah mereka lakukan kerana ini akan membuatkan mereka berasa rendah diri dan putus asa. Maaf dan lupakan kesalahan yang telah dilakukan. Dan sebaiknya memberikan mereka semangat untuk meneruskan kehidupan dan menasihati mereka untuk tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.

Dec 18, 2011

FAHAMI ANAK ANDA

Untuk pengetahuan anda, anak anda tidak dapat berfikir secara
matang atau rasional selagi umur mereka tidak menjangkau 20-an.



Ini kerana bahagian hadapan kortex di otak anak anda yang berfungsi
untuk membantu manusia berfikir secara rasional dan matang tidak
membesar dengan sepenuhnya sehingga mereka berumur 20-an.

Jadi, tugas ibu bapa adalah untuk memahami apa yang anak mereka
fikirkan dan bimbing mereka untuk melakukan perkara yang tepat
dan betul. Jadi, ibu bapa di galakkan untuk sentiasa berinteraksi
dengan anak-anak mereka supaya mereka faham apa yang tersirat
di sebalik pemikiran anak mereka.

==> Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!



Katakan anak anda berminat untuk bermain bola, anda perlu berikan
sokongan penuh walaupun anak anda tidak hebat dalam bersukan.
Anak-anak memang suka bermain, asalkan ia dapat memenuhkan impian
mereka, mereka akan lakukannya.


Ramai remaja yang minat untuk belajar bermain gitar kerana menganggap
ia sesuatu yang perlu, sedangkan ia tidak. Ibu bapa patut selalu ada
untuk menjawab semua persoalaan atau kekeliruan yang ada pada anak-anak mereka.

Berikut adalah apa yang selalunya berlaku pada anak-anak anda mengikut umur:-


-------------------------
Umur 1 hingga 3 tahun.
-------------------------
Ketika ini anak anda memang tidak mampu untuk melakukan sebarang
keputusaan dan mungkin ia adalah waktu paling leceh untuk anda
menjaga mereka. Menangis adalah pekerjaan utama mereka pada
ketika ini. Ibu bapa perlu sentiasa tahu apa kemahuan si kecil ini
terutamanya masa mereka ingin bermain, makan, tidur dan buang air kecil.
Anda perlu konsisten meramal kemahuan si kecil ini.

==>Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

-------------------------
Umur 3 hingga 5 tahun.
-------------------------
Ketika ini anak anda selalunya sudah mula berfikir untuk kemahuan
diri mereka. Mereka akan mendapat mimpi yang menakutkan, mereka
sudah ada rasa takut, ceria dan sedih. Pada ketika ini, mereka
mula ingin mempelajari perkara yang kompleks. Anda perlu menjawab
setiap soalan yang mereka tanya dengan bijak.

Pada ketika ini juga, anak anda sudah mula ingin mempelajari sesuatu
dan berkomunikasi dengan manusia lain. Bimbing anak anda untuk
berkomunikasi dengan sopan dan tertib. Sentiasa bermain permainan
dengan anak anda untuk meningkatkan daya pemikiran mereka.


Jadi, fahamilah anak anda, agar mereka dapat membesar dengan lebih
baik dan sempurna.

Dapatkan lebih banyak tips & panduan di dalam ebook "Panduan Mendidik
Anak"di bawah...

ATAU

PASTIKAN TIDUR ANAK ANDA MENCUKUPI

Sekarang ini manusia semakin kurang tidur. Kesibukan melampau
menyebabkan manusia tidak ada masa yang cukup untuk tidur.
Tidur adalah antara elemen yang penting dalam kehidupan kerana
ia akan memberi kesegaran kepada minda dan fizikal kita.



Oleh itu, ajar anak anda untuk mendapat tidur yang cukup supaya
mereka akan membesar dalam keadaan yang segar. Tidur yang cukup
juga mengajar anak anda untuk lebih berdisiplin dalam kehidupan.

Masa tidur anda juga penting kerana tidur yang cukup akan
menjadikan anda segar dan sudah tentu anda akan menjadi ibu bapa
yang lebih baik.


Masa tidur untuk anak-anak anda adalah berbeza mengikut umur mereka.
Berikut adalah panduan masa tidur yang anda perlu ketahui:

Usia setahun – Memerlukan tidur 10 – 16 jam sehari.
1 hingga 3 tahun – Memerlukan tidur  10 – 13 jam sehari.
4 hingga 6 tahun – Memerlukan tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
7 hingga 9 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 10 jam sehari.
10 hingga 12 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 9 jam sehari.
Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari
.

Masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari.
Selebihnya anda perlu bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang.
Ajar anak anda untuk tidur pada waktu yang betul. Waktu untuk tidur
bergantung pada pukul berapa anda mahu mereka bangun.

Teman anak anda ketika mereka hendak tidur. Kadang-kadang mereka
tidak mengantuk dan memerlukan ransangan untuk tidur. Bagi anak kecil,
temani ketika dia hendak tidur. Bagi remaja, jika mereka rasa tidak
mengantuk, mungkin anda boleh menyuruh mereka untuk membaca
sesuatu sebelum tidur.

ATAU

4 CARA MEMBINA HUBUNGAN


--------------------------------------------
Sentiasa peluk dan cium anak anda.
------------------------------
--------------
Sentiasa peluk dan cium anak anda sejak kecil lagi. Ia akan
membentuk satu hubungan yang sangat hebat antara anda dan anak anda.
Pelukan akan memberi satu perasaan perlindungan kepada anak anda.
Anak anda akan lebih yakin kerana dia percaya, dia ada perlindungan
dari anda. Ciuman pula akan membentuk satu hubungan kasih sayang
antara anda dan anak anda.


------------------------------
--------------
Simpan rahsia anak anda.
------------------------------
--------------
Kadang-kadang anak anda ingin perhatian dari anda dan mereka akan
menceritakan sesuatu yang peribadi kepada anda seperti teman wanita
atau lelaki idaman mereka, atau mungkin juga masalah rakan-rakan.
Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada anda, mereka
sebenarnya mahukan anda rahsiakannya dari adik beradik yang lain.
Maka, eloklah anda rahsiakannya.

------------------------------
--------------
Jangan mengutuk kelemahan anak anda.
------------------------------
--------------
Jangan banding-bandingkan antara anak anda dengan anak anda yang
lain. Jangan juga bandingkan antara anak anda dengan kanak-kanak
yang lain. Anak-anak menganggap anda adalah pelindung besar mereka.
Jika anda mula tidak menyokong mereka, anda akan hilang hormat
dari mereka.



------------------------------
--------------
Beri perhatian jika anak-anak bercakap dengan anda.
------------------------------
--------------
Pastikan anda melihat mata anak anda ketika anda berkata dengan mereka.
Anak-anak sangat suka mengadu, jadi layan sahaja aduan mereka
dengan penuh kasih sayang. Setiap kali anda mendengar aduan dari
mereka, mereka akan semakin rapat dengan anda.
ATAU

JAGA KELAKUAN ANDA SEBAGAI IBU BAPA

Tahukah anda? Anak-anak sentiasa menganggap tindakan yang di
lakukan oleh ibu-bapa adalah yang terbaik dan betul.

Mereka akan sentiasa terikut-iktut apa yang ibu bapa mereka lakukan.
Oleh itu jagalah kelakuan anda kerana ia amat penting dalam
mendidik anak-anak anda.


Jika anda perhatikan kebanyakan ibu bapa dan mungkin anda sendiri,
akan melakukan perkara yang sama apa yang ibu bapa anda lakukan
pada anda.

Ketika kecil anda mungkin akan di rotan kerana melakukan kesalahan.
Ibu bapa anda juga mungkin seorang yang tegas, baik dan bijak.

Namun, lebih elok jika anda mendidik anak anda, dengan cara yang
tersendiri. Ini kerana anda lebih mengenali anak anda berbanding
orang lain.

Sejak anak anda kecil, mereka akan sentiasa mengikuti apa yang
anda lakukan. Cara anda bercakap, cara anda menyelesaikan sesuatu
masalah, cara anda bercakap dengan ibu bapa anda.


Semuanya mereka akan jadikan sebagai panduan dalam kehidupan mereka.
Oleh itu, sentiasalah menjaga kelakuan anda di hadapan anak-anak anda.

Kelakuan & tingkah laku anda, adalah merupakan sumber pembelajaran
utama bagi anak-anak anda.
 



Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! 
ATAU

4 KATEGORI IBU BAPA

A----------------------------
#1: Tidak peduli.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak peduli
dan tidak langsung memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Asalkan mereka hidup, cukuplah. Ia memang banyak terjadi sekarang
dan sememangnya ibu bapa yang mempunyai sikap ini mempunyai anak
yang berperangai liar.

----------------------------
#2: Tegas
----------------------------
Ibu bapa di dalam kategori adalah sangat tegas dengan anak-anak mereka.
Mereka mempunyai set pantang-larang yang perlu di ikuti oleh anak-anak
mereka. Semua anak-anak perlu mengikut perancangan yang di peruntukkan
oleh mereka. Mereka jarang bermanja dengan anak-anak mereka.

----------------------------
#3: Manja.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak terlalu
tegas kepada anak-anaknya. Anak-anak selalu di beri kebebasan untuk
melakukan apa sahaja yang mereka suka.

----------------------------
#4: Seimbang.
----------------------------
Ini adalah golongan ibu bapa yang ideal. Mereka tidak terlalu garang
dan juga tidak terlalu memberi ruang kepada anak-anak mereka.
Kebanyakan manusia genius di dunia membesar dengan keluarga sebegini.
Ibu bapa dalam golongan seperti memahami apa yang anak mereka mahukan.
Keluarga mereka adalah keluarga bahagia.


Kadang-kadang kita terlalu terikut-ikut dengan gaya ibu bapa kita
semasa kecil. Kita juga terlalu terikut-ikut dengan keadaan sekeliling.
Namun, semuanya bergantung kepada kita. Anak akan jadi yang terbaik,
jika didikan kita betul.

Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...