Jan 15, 2012

PERANGAI ANAK-ANAK ADALAH BERBEZA

Setiap perangai anak anda adalah unik. Ia memang tidak akan sama.
Perangai dan cara anak anda berfikir adalah tidak sama. Anda tidak
boleh menganggap anak pertama rajin belajar, anak kedua juga akan
rajin belajar. Ia berbeza untuk setiap individu. Sudah pasti anda
juga mempunyai perangai yang berbeza dengan adik beradik anda yang lain.

Anda perlu gunakan dua elemen dalam mendidik anak iaitu kawal dan
kasih sayang. Perangai anak-anak adalah berbeza, anda juga
mempunyai persepsi berbeza, maka, cara terbaik adalah anda kawal
emosi anda dan beri kasih sayang kepada mereka.



Untuk anak yang pemarah, anda perlu pandai menenangkan mereka.
Untuk anak yang sensitif, anda perlu berhati-hati ketika berkata-kata.
Untuk anak yang degil, anda perlu disiplinkan mereka.

Ia adalah berbeza untuk setiap anak. Anda perlu berhadapan dengan
anak-anak menggunakan cara yang berbeza berdasarkan perangai mereka.

Ketika kecil memang mudah untuk anda memahami mereka, tetapi apabila
mereka meningkat dewasa, mereka akan berjumpa dengan ramai orang
dan tanggapan mereka mengenai kehidupan akan berubah.

Seorang remaja selalunya sangat memberontak, mereka akan menunjukkan
kepada dunia bahawa mereka adalah berbeza dan bagus.



Kawal perasaan memberontak anak-anak anda dengan membimbing mereka
ke arah yang betul. Cakap dengan anak anda, beri cadangan kepada
anak anda bagaimana hendak mencapai impian dia. Setiap anak akan
memberontak dengan cara yang berbeza. Anda perlu mengawalnya sebelum
terlambat.

Menjadi ibu bapa adalah salah satu pengembaraan anda di dunia ini.
Kita hidup hanya sekali dan berilah yang terbaik untuk anak anda.
Hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Anda perlu tenang dalam
mendidik anak anda kerana mereka adalah anugerah yang sangat
bernilai dari tuhan. Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...