GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak
gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia
menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan
untuk menarik perhatian lelaki.
Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas
dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya
tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.
Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang
meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini
di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami
kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima
bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan
minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.
PERANAN BAPA
Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap
lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus
dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya
ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa
terhadap anak itu sejak kecil.
====================================================================
PERKHIDMATAN KATERING DI NILAI,SEPANG,SALAK TINGGI HUBUNGI
PN. QIMA (019-289 7445) & EN.SHAHRIL (019-288 9445)
====================================================================
Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan
ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau
'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan
kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang
lelaki.
Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini
juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan
semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak
kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang
boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita
tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan
dimasak.
Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih
matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk
menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk
untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak
ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau
melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.
LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL
Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan
mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak
mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu
yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak
kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.
Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk
mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance
hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa
teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak
Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.
Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas
bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi.
Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil
agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan
izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai,
terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.
Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara
kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang
ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak
gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.
Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak
kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan
bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di
kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa
mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu
tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang
melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.
KESIMPULAN
Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu
bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil
kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.
Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki
syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak
itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut
petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita
di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan
ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.
Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam
diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil,
sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan
pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita
takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.
Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda
adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu
mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk
merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan
lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda
peluk ciumnya.
Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian
sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa
tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan
menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.
Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu
ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di
ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah.
Semuga bermanfaat.
Kudap Parenting
WARGA PRIHATIN
Sumber
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
1 comment:
Oooo… gedik. Ingat gedek…
huhuhu
Post a Comment