Saya pun hairan kenapa Singapura nak sangat
Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysia ni saya pun
nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padang
bola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padang bola kat situ. Bila
cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu
tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi
perdagangan dan juga ketenteraan.
Yang hairan bin ajaibnya, pulau ni duduk
dekat sangat dengan Malaysia. Ukur jarak ke Singapura lagi 2 kali ganda
lagi dari Malaysia. Rasanya kalau naik sampan kayuh pun boleh sampai.
Kalau Dato Malik Mydin berenang pegi balik pun takde masalah. Tapi
macamana Singapura boleh dapat pulak tu? Fakta sejarah tak boleh
membuktikan ke? atau penghujah-penghujah Malaysia kurang meyakinkan ke?
atau ada campurtangan kuasa ghaib lain dalam perbicaraan? tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui.
(Gambar Pulau Batu Putih dalam Utusan Malaysia)
Cuma kekesalan yang terpahat dihati ni, kita
tidak pernah tahu yang lokasi pulau batu putih ni sebegitu. Ini aje
sumber maklumat yang saya boleh dapat. Jika salah, salah la saya. Tetapi
sepatutnya kerajaan memaklumkan kepada ramai tentang lokasi pulau ni.
yang dipaparkan hanya gambar rumah api yang kita semua tahu rupanya.
Mungkin tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Tetapi dunia
semakin canggih. Lambat laun rakyat akan tahu juga. Dan kesannya lebih
mendalam. Harapannya, selepas ni pihak bertanggungjawab perlu buat kerja
cari balik mana-mana pulau ke sempadan ke dan jaga elok-elok dari
sekarang supaya tahun 2050 nanti takde pulak la pulau ke tanah air kita
akan diserahkan kepada orang lain pulak.
(Lokasi middle rocks-sumber: kerenahdunia.blogspot.com)
Jangan nanti di masa akan datang
tiba-tiba Singapura tuntut kata Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar
(WPI) ni diorang punya sudah la. Alasan penghakiman mereka
ialah semua tanah ini telah dibeli dengan hakmilik kekal semuanya. Oleh
itu, mahkamah membuat kesimpulan menyerahkan Johor Bahru dan kawasan
sekitarnya kepada Singapura. termasuklah Istana Sultan Johor kat tepi
laut tu. Semua orang Johor Bahru diminta pindah ke tempat atau negeri
lain sebab kerajaan Singapura nak buat rumah flat untuk rakyat dia.
Harap-harap sultan dan bakal-bakal sultan pun baca tulisan saya ni. Kepada
sesiapa yang ada email sultan johor atau Tengku Mahkota Johor (TMJ)
tolong forwardkan artikel ni supaya Tuanku buat kerja sikit. Jangan asyik naik motor dengan main kuda aje.
Harap Tuanku ni pegi tanya YB-YB Johor dan
menteri-menteri ni diorang buat kerja ke tak. Isu tanah ini adalah isu
maruah dan kedaulatan negara. Kat Palestin sana tu orang pertahan negara
dengan nyawa takkan kat Malaysia ni kita nak buat amal jariah dengan
serah macam tu aje.
sumber asal
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment