Jul 25, 2013

OKU yang berjiwa Kental


Kita sering mengeluh kekurangan material terutama wang ringgit tanpa kita sedar kita sudah diberi rezeki dn kelebihan yg jauh lbh banyak dari org lain. Insaf dan bersyukurlah kerana kita masih jauh lbh baik dan maju dari orang lain. Sedikit kekurangan tdk dapat dibanding dgn lbh ramai lg yg mwngurus dirinya pn tidak mampu.

Foto ini adalah contoh kecekalan hati dn jiwa seorang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yg tidak cukup sifat fizikal dengan kecacatan tangan dan kaki yg kurang berfungsi. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul. Dia hanya boleh menulis Jija berbaring dgn jarinya yg berada di tangannya yg lbh pendek. Maka sehingga meja khas yg ditempah pihak Pengurusan kolej tiba. Dia terpaksalah dibaringkan di atas meja setiap kali mengikut kuliah.Syukurlah ada kawan2 yg sentiasa sudi membantu. Pensyarah2 jg turut memberi bantuan material dn tenaga utk menjaganya semasa PdP.


Agak sayu juga melihatnya di dalam kelas dalam keadaan bgni apalagi memikirkan urusan pribadi dn kebersihan dirinya jg terpaksa dibantu kawan2nya yg berhati mulia kerana dia tdk dpt melakukan urusan berkenaan sendiri termasuk disuapkan makanan, dimandikan dn sebagainya. Namun demikian semangatnya tetap waja untuk belajar. Pelik dibandingkn beberapa pekajar lain yg cukup sifat fizikal tetapi liat utk mengikuti kuliah dn tutorial

Pelajar yg berasal dari Sandakan ini bukan dari keluarga senang. Ibunya surirumah dan bapanya pekerja biasa di Lembaga Pelabuhan. Agak sukar membayangkan bagaimana dia akan hadapi cabaran2 yg lbh besar di masa akan datang. Apabila ditanya apa yg dia mahu untuk hari raya. Dia hanya menjawab cuma mahu ibubapanya bahagia dan dia dapat hidup untuk membantu keluarganya dgn menamatkan pengajian di Universiti nanti. Mulia sungguh hati anak ini. Sayangnya cabaran menanti terlalu besar untuk ditanggung. Jika pelajar Sarawak yg layak boleh menerima bantuan dermasiswa khas dari Yayasan Sarawak dlm lingkungan 1500 satu semester. Malang sedikit Yayasan Sabah tidak ada bantuan kepada pelajar2 dari negeri berkenaan pula. Jika ada bantuan untuk pelajar2 susah sebagai tambahan kepada elaun yg diberikan Kerajaan Malaysia kpd kumpulan dari keluarga daif dn yg cacat fizikal setidak2nya boleh mengurangkan beban kerana pelajar2 OKU byk keperluan tambahan khususnya utk keperluan pribadi.


Di bulan mulia ini. Jika kita ambil iktibar dari aoa yg dilihat dn berlaku di sekekiling kita pasti byk yg boleh dipelajari utk mengingatkan rasa bersyukur kpd Allah kerana setidaknya kita masih mempunyai hidup yg lbh baik. Moga dgn melihat orang2 yg kurang Upaya membuka pintu kesedaran dn keluhuran jiwa untuk berkongsi empati kpd golongan ini. Moga keikhlasan kita membantu golongan susah terbalas dgn rezeqi yg melimpah. Sesuatu yg dilakukan ikhlas akan datang semula kpd kita kadangkala dgn cara tdk kita duga.

sumber

Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...