Kita sering mengeluh kekurangan material terutama wang
ringgit tanpa kita sedar kita sudah diberi rezeki dn kelebihan yg jauh lbh
banyak dari org lain. Insaf dan bersyukurlah kerana kita masih jauh lbh baik
dan maju dari orang lain. Sedikit kekurangan tdk dapat dibanding dgn lbh ramai
lg yg mwngurus dirinya pn tidak mampu.
Foto ini adalah contoh kecekalan hati dn jiwa seorang
pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yg tidak cukup sifat fizikal dengan kecacatan
tangan dan kaki yg kurang berfungsi. Berat mata memandang, berat lg bahu
memikul. Dia hanya boleh menulis Jija berbaring dgn jarinya yg berada di
tangannya yg lbh pendek. Maka sehingga meja khas yg ditempah pihak Pengurusan
kolej tiba. Dia terpaksalah dibaringkan di atas meja setiap kali mengikut
kuliah.Syukurlah ada kawan2 yg sentiasa sudi membantu. Pensyarah2 jg turut
memberi bantuan material dn tenaga utk menjaganya semasa PdP.
Agak sayu juga melihatnya di dalam kelas dalam keadaan bgni
apalagi memikirkan urusan pribadi dn kebersihan dirinya jg terpaksa dibantu
kawan2nya yg berhati mulia kerana dia tdk dpt melakukan urusan berkenaan
sendiri termasuk disuapkan makanan, dimandikan dn sebagainya. Namun demikian
semangatnya tetap waja untuk belajar. Pelik dibandingkn beberapa pekajar lain
yg cukup sifat fizikal tetapi liat utk mengikuti kuliah dn tutorial
Pelajar yg berasal dari Sandakan ini bukan dari keluarga
senang. Ibunya surirumah dan bapanya pekerja biasa di Lembaga Pelabuhan. Agak
sukar membayangkan bagaimana dia akan hadapi cabaran2 yg lbh besar di masa akan
datang. Apabila ditanya apa yg dia mahu untuk hari raya. Dia hanya menjawab
cuma mahu ibubapanya bahagia dan dia dapat hidup untuk membantu keluarganya dgn
menamatkan pengajian di Universiti nanti. Mulia sungguh hati anak ini.
Sayangnya cabaran menanti terlalu besar untuk ditanggung. Jika pelajar Sarawak
yg layak boleh menerima bantuan dermasiswa khas dari Yayasan Sarawak dlm
lingkungan 1500 satu semester. Malang sedikit Yayasan Sabah tidak ada bantuan
kepada pelajar2 dari negeri berkenaan pula. Jika ada bantuan untuk pelajar2
susah sebagai tambahan kepada elaun yg diberikan Kerajaan Malaysia kpd kumpulan
dari keluarga daif dn yg cacat fizikal setidak2nya boleh mengurangkan beban
kerana pelajar2 OKU byk keperluan tambahan khususnya utk keperluan pribadi.
Di bulan mulia ini. Jika kita ambil iktibar dari aoa yg
dilihat dn berlaku di sekekiling kita pasti byk yg boleh dipelajari utk
mengingatkan rasa bersyukur kpd Allah kerana setidaknya kita masih mempunyai
hidup yg lbh baik. Moga dgn melihat orang2 yg kurang Upaya membuka pintu
kesedaran dn keluhuran jiwa untuk berkongsi empati kpd golongan ini. Moga
keikhlasan kita membantu golongan susah terbalas dgn rezeqi yg melimpah.
Sesuatu yg dilakukan ikhlas akan datang semula kpd kita kadangkala dgn cara tdk
kita duga.
sumber
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment
Ape yang kamu nak komen ni? Giler ahh!! nanti aku reply ye..