Nov 5, 2012

PERKARA YANG HARUS DITITIK BERAT SEBELUM MEMBELI HARTANAH LELONG

BERIKUT ADALAH  TIPS YANG DIBERI OLEH SEORANG EJEN BERTAULIAH KEPADA SAYA

Hi En.Asrul, 
 
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, membeli hartanah menerusi lelongan boleh dianggap sebagai satu peluang untuk mendapatkan asset pada harga yang murah dari pasaran. Jika kena pada gayanya, pulangan yang boleh diperolehi amat besar. Saya pasti anda sudah membaca email saya sebelum ini. 
 
Namun, tanpa persiapan rapi, ia boleh mengundang padah jika anda tersilap membuat pembelian. Kerugian yang bakal dialami juga amat besar dan boleh membantutkan usaha anda untuk membina kekayaan.
 
Di sini saya cuba ringkaskan perkara2 yang perlu anda ambil tahu sebelum melibatkan diri dalam sebarang proses lelongan awam. 
 
1) Proclamation of Sales (POS) - Kontrak jualan
 
POS ni merupakan satu dokumen yang amat penting dalam setiap lelongan hartanah. Anda perlu mendapatkan dokumen ini sama ada dari pelelong atau pun agent. Dalam dokumen ini, anda boleh mendapatkan maklumat2 penting berkenaan lelongan tersebut seperti : 
 
- nama peminjam
- alamat hartanah
- berapa nilai deposit yang diperlukan
- bank pelelong
- nama pelelong
- tempat dan masa lelongan 
- jangka masa untuk selesaikan pembayaran penuh
- syarat2 jualan yang lain seperti pihak mana yang menanggung sebarang tunggakan jika ada.
 
2) Buat lawatan tapak
 
Membuat lawatan ke hartanah yang ingin dibida amat penting untuk mengurangkan risiko2 kesilapan pembelian. Kita perlu kaji kejiranan kawasan tersebut, rumah tu ok atau tidak, siapa yang duduk etc.  
 
Kita mungkin tidak dapat melihat keadaan dalam hartanah namun sekurang2nya kita dapat membuat taksiran kasar dan ini boleh mengurangkan risiko kesilapan. 
 
Selain itu kita juga perlu membuat taksiran modal yang diperlukan jika perlu membuat sebarang baikpulih.
 
 
UNTUK MENGETAHUI TEKNIK-TEKNIK PELABURAN HARTANAH SAMADA SECARA LELONGAN ATAU SUB-SALE ATAU SEBAGAINYA KLIK SINI
 
 
 
 
3) Sekatan kepentingan
 
Jika boleh, terutamanya bagi lelongan yang dibuat di mahkamah atau pejabat tanah, buat carian hakmilik bagi hartanah tersebut. Kita tidak mahu kejadian apabila kita menang bidaan hartanah tersebut, rupanya ada sekatan kepentingan pihak ketiga (private caveat) yang akan menyukarkan kita membuat proses pindah milik. Sila rujuk rakan2 peguam untuk maklumat lanjut berkenaan perkara ini. 
 
4) Tunggakan2 cukai taksiran, yuran penyelengaraan, utiliti etc
 
Dapatkan maklumat2 kos2 tunggakan yang mungkin ada dan lihat siapa yang perlu membayar tunggakan2 tersebut. Masukkan kos2 ini dalam pertimbangan kita sebelum kita membida. 
 
5) Tetapkan had maksima bidaan 
 
Sebelum lelongan bermula, kita mesti ada satu anggaran had maksima harga yang kita akan bida. Jangan bida melebihi had yang telah kita tetapkan semata2 kerana terlalu beremosi semasa bidaan dijalankan. Kalah menang memang adat lelongan. Ada hari kita menang, ada hari kita kalah. 
 
Yang penting kita jangan berputus asa dan kecewa. Jika kalah, teruskan mencari hartanah lain dan teruskan proses bidaan sehingga kita berjaya menang hartanah yang diidamkan. Ingat! Objektif kita adalah untuk mendapatkan hartanah pada harga yang murah dan bukan untuk memuaskan ego kita menang pada harga yang tidak munasabah. 
 
 
Diharap dengan adanya panduan2 di atas, anda akan lebih bersedia untuk memasuki dunia lelongan hartanah dan seterusnya berjaya mendapatkan hartanah idaman anda pada harga yang diinginkan. 


"Rakan Pelaburan Hartanah Anda"

Mohd Izwan Bin Abdul Latiff
019-2488883
Eezone Resouces
E-25-25 Flora Damansara,, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor 47820, MALAYSIA

UNTUK MENGETAHUI TEKNIK-TEKNIK PELABURAN HARTANAH SAMADA SECARA LELONGAN ATAU SUB-SALE ATAU SEBAGAINYA KLIK SINI
 


=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...