Hi En.Asrul,
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, membeli hartanah menerusi
lelongan boleh dianggap sebagai satu peluang untuk mendapatkan asset pada harga
yang murah dari pasaran. Jika kena pada gayanya, pulangan yang boleh diperolehi
amat besar. Saya pasti anda sudah membaca email saya sebelum ini.
Namun, tanpa persiapan rapi, ia boleh mengundang padah jika anda tersilap
membuat pembelian. Kerugian yang bakal dialami juga amat besar dan boleh
membantutkan usaha anda untuk membina kekayaan.
Di sini saya cuba ringkaskan perkara2 yang perlu anda ambil tahu sebelum
melibatkan diri dalam sebarang proses lelongan awam.
1) Proclamation of Sales (POS) - Kontrak
jualan
POS ni merupakan satu dokumen yang amat penting dalam setiap lelongan
hartanah. Anda perlu mendapatkan dokumen ini sama ada dari pelelong atau pun
agent. Dalam dokumen ini, anda boleh mendapatkan maklumat2 penting berkenaan
lelongan tersebut seperti :
- nama peminjam
- alamat hartanah
- berapa nilai deposit yang diperlukan
- bank pelelong
- nama pelelong
- tempat dan masa lelongan
- jangka masa untuk selesaikan pembayaran penuh
- syarat2 jualan yang lain seperti pihak mana yang menanggung sebarang
tunggakan jika ada.
2) Buat lawatan tapak
Membuat lawatan ke hartanah yang ingin dibida amat penting untuk
mengurangkan risiko2 kesilapan pembelian. Kita perlu kaji kejiranan kawasan
tersebut, rumah tu ok atau tidak, siapa yang duduk etc.
Kita mungkin tidak dapat melihat keadaan dalam hartanah namun sekurang2nya
kita dapat membuat taksiran kasar dan ini boleh mengurangkan risiko
kesilapan.
Selain itu kita juga perlu membuat taksiran modal yang diperlukan jika
perlu membuat sebarang baikpulih.
UNTUK MENGETAHUI TEKNIK-TEKNIK PELABURAN HARTANAH SAMADA SECARA LELONGAN ATAU SUB-SALE ATAU SEBAGAINYA KLIK SINI
3) Sekatan kepentingan
Jika boleh, terutamanya bagi lelongan yang dibuat di mahkamah atau pejabat
tanah, buat carian hakmilik bagi hartanah tersebut. Kita tidak mahu kejadian
apabila kita menang bidaan hartanah tersebut, rupanya ada sekatan kepentingan
pihak ketiga (private caveat) yang akan menyukarkan kita membuat proses pindah
milik. Sila rujuk rakan2 peguam untuk maklumat lanjut berkenaan perkara
ini.
4) Tunggakan2 cukai taksiran, yuran penyelengaraan, utiliti
etc
Dapatkan maklumat2 kos2 tunggakan yang mungkin ada dan lihat siapa yang
perlu membayar tunggakan2 tersebut. Masukkan kos2 ini dalam pertimbangan kita
sebelum kita membida.
5) Tetapkan had maksima bidaan
Sebelum lelongan bermula, kita mesti ada satu anggaran had maksima harga
yang kita akan bida. Jangan bida melebihi had yang telah kita tetapkan semata2
kerana terlalu beremosi semasa bidaan dijalankan. Kalah menang memang adat
lelongan. Ada hari kita menang, ada hari kita kalah.
Yang penting kita jangan berputus asa dan kecewa. Jika kalah, teruskan
mencari hartanah lain dan teruskan proses bidaan sehingga kita berjaya menang
hartanah yang diidamkan. Ingat! Objektif kita adalah untuk mendapatkan hartanah
pada harga yang murah dan bukan untuk memuaskan ego kita menang pada harga yang
tidak munasabah.
Diharap dengan adanya panduan2 di atas, anda akan lebih bersedia untuk
memasuki dunia lelongan hartanah dan seterusnya berjaya mendapatkan hartanah
idaman anda pada harga yang diinginkan.
"Rakan Pelaburan Hartanah Anda"
Mohd Izwan Bin Abdul Latiff
019-2488883
Eezone Resouces
E-25-25 Flora Damansara,, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor 47820, MALAYSIA
UNTUK MENGETAHUI TEKNIK-TEKNIK PELABURAN HARTANAH SAMADA SECARA LELONGAN ATAU SUB-SALE ATAU SEBAGAINYA KLIK SINI
=================================================================================================================================================================