Nov 27, 2011

Analisis Fundamental & Analisis Teknikal - satu kaedah untuk menilai pasaran saham

Jika anda berminat untuk melabur dalam pelaburan saham, maka kita perlu tahu dua cara asas untuk menganalisis pelaburan yang selalu diguna oleh para pelabur dan penganalisis pelaburan. Kedua-dua cara analisis ini adalah berbeza antara satu sama lain dan ia memainkan peranan dalam membantu membuat keputusan apabila melabur.  Di akhir artikel ini, anda akan tahu perbezaan utama di antara dua cara asas analisis ini dan bagaimana ia dapat membantu dalam membuat keputusan pelaburan.


Analisis Fundamental

Analisis fundamental mengenal pasti sebuah saham melalui nilai intrinsiknya. Ia memfokuskan pada faktor-faktor pendasar yang mempengaruhi prestasi kewangan syarikat dan potensi perkembangan perniagaannya. Analisis ini juga melihat pada perkembangan aktiviti mikro dan makro sebuah syarikat, di mana secara kesuluruhannya ia melihat pada kekuatan kewangan dan pihak pengurusan sebuah syarikat. Para penganalisis fundamental akan memulakan analisis mereka dengan mengumpul penyata kewangan, kunci kira-kira, penyata pendapatan dan aliran tunai. Setelah itu, mereka akan  menggabungkannya dengan faktor pendasar bagi memperolehi nilai intrinsik sebuah syarikat. Sekiranya  saham sebuah syarikat itu dijual pada harga yang lebih rendah berbanding nilai intrinsiknya, maka saham itu dikira sebagai saham terkurang nilai (undervalued stock).





Analisis Teknikal

Analisis teknikal adalah berbeza daripada analisis fundamental. Ini kerana keputusan analisa ini berpandukan kepada andaian yang akan berlaku pada harga sebuah saham pada masa akan datang. Ini bermakna analisis fundamental tidak diperlukan. Para penganalisis teknikal ataupun dikenali sebagai “chartis” akan menganalisis perubahan harga sesuatu saham secara harian, minguan dan bulanan bagi mengenal pasti corak harga saham akan datang. Dengan memantau carta harga dan jumlah dagangan di pasaran penganalisis akan cuba membuat andaian yang tepat dan jelas berkenaan dengan harga saham pada masa depan. Penganalisis akan memantau perkembangan nilai saham tersebut dengan mengunakan kiraan matematik dan carta. Dengan kiraan ini, maka dapatlah mereka mencadangkan keputusan sama ada ia sesuai untuk dibeli ataupun tidak.




Jadual di bawah menunjukkan perbezaan utama di antara dua cara analisis tersebut:


Terdapat beberapa komen mengenai analisis teknikal ini. Oleh kerana semua matlumat saham masa lalu telah digambarkan oleh harga saham, analisis data terdahulu tidak memberi sebarang petunjuk terhadap pergerakan harga masa depan. Sikap pelabur juga boleh memberi kesan kepada analisis teknikal. Kenyataannya, analisis ini berhasil apabila kebanyakan pelabur membeli saham berpandukan kepada satu laporan analisis yang sama pada sebuah saham. Maka dengan tindakan itu, ia akan menyebabkan nilai sebuah saham itu meningkat tinggi daripada nilai intrinsiknya.


Bagi analisis fundamental pula, pelbagai andaian akan dibuat dalam proses mengenal pasti nilai instrinsik sebuah saham. Disebabkan oleh pelbagai jangkaan yang dibuat oleh penganalisis, maka ia akan memberi keputusan yang tidak sama. Walaupun mereka memperolehi nilai intrinsik yang hampir sama dengan nilai sebenar sebuah syarikat itu, tidak jelas berapa lama masa yang diperlukan oleh harga saham untuk mencapai nilai terbabit.

Walau bagaimanapun, kedua-dua cara analisis ini telah banyak digunakan dalam menilai sebuah saham.
Kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kekurangannya tersendiri. Akhirnya sebagai pelabur, kita perlulah memahami kedua-dua analisis ini dan memadankannya dengan prinsip pelaburan kita.


.....................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................

Dipetik dari

© Securities Industry Development Corporation. Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan bijak, layari laman Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...