Nov 20, 2012

إن شاء الله dan إنشاء الله Perbezaan antara

Assalamualaikum Muslimin & Muslimat......

Untuk makluman bersama akan datang....
Saudara dan saudari yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى, seringkali kita menyebut Insya-Allah dalam kehidupan harian kita malah ianya sudah pun dilagukan seperti yang dinyanyikan oleh Maher Zain.
Menyebut Insya-Allah memang dituntut oleh Islam terutama apabila kita ingin atau berhasrat melakukan sesuatu yang belum pasti berlaku melainkan dengan izin Allah. 

Allah berfirman dalam Al-Quran, ayat 23-24 dalam surah Al-Kahfi :

وَلاَ تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَداً {23} إِلاَّ أَن يَشَاءَ اللَّهُ
Maksudnya "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah".



Para mufassirin berkata, tatkala orang Yahudi bertanyakan Nabi -صلى الله عليه وآله وسلم - tentang roh, Ashabul Kahfi dan Dzul Qarnain, Nabi - صلى الله عليه وآله وسلم - menjawab kepada mereka "Saya akan beritahu kamu semua esok", Nabi -صلى الله عليه وآله وسلم - tidak menyebut Insya-Allah. Lalu wahyu tertahan daripada turun selama 15 hari lamanya . Kemudian Allah menurunkan ayat ini menyuruh baginda - صلى الله عليه وآله وسلم - dengan menambah istisnaa (pengecualian) dengan menggunakan "dengan kehendak Allah". Jadi, jika seseorang berkata: aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti, maka sebutlah Insya-Allah. [rujukan: فتح القدير الجامع بين فني الرواية والدراي & تفسير القرطبي]



Daripada ayat di atas jelas menunjukkan kepentingan penggunaan Insya Allah dalam pembicaraan seorang muslim pada setiap masa. 


Fokus utama yang saya ingin bicarakan di sini ialah bagaimana untuk menulis "Insya Allah" dengan cara yang betul dalam tulisan Arab. Ini kerana, ada yang menulisnya sebagai إنشاء الله, dan ada yang menulis dengan إن شاء الله. Jadi, mana satukah yang tepat ejaannya?


Dalam kitab شذور الذهب karangan Ibnu Hashim ada menyebutkan bahawa makna kata kerja إنشاء yang menjadi asas penulisan إنشاء الله ialah "mengadakan/mewujudkan/mencipta" sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Waqi'ah, ayat 35:
إِنَّـآ أَنشَأنَهُنَّ إِنشَـآءً 


Maksudnya "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa".
Jadi, jika kita menulis Insya-Allah dalam tulisan Arab sebagai إنشاء الله, maka ia memberi maksud "menjadikan Allah", - Maha Suci Allah daripada bersifat demikian - dan ini adalah salah sama sekali, kerana Allah tiada makhluk yang menjadikanNya. Ia bersifat Azali, Qidam, Baqa'.
Jika demikian, maka tulislah Insya-Allah itu dengan إن شاء الله, bukannya إنشاء الله .

Lafaz
إن شاء الله memberi pengertian kemahuan Allah. Dalam kitab Mu'jam Lisaan al-Arab (معجم لسان العرب), makna kata kerja شــاء ialah "mahu/kehendak". Jadi, apabila kita menulis إن شاء الله, seolah-olah kita berkata "dengan kehendak/keinginan Allah kami berbuat sekian..sekian.." Firman Allah Taala dalam surah al-Insan, ayat 30:
وَمَا تَـشَـآءُونَ إِلا أَنْ يَـشَـآءَ اللهُ 


Mafhumnya: "Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah..."


Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang ketara daripada segi makna antara perkataan إن شاء الله dan إنشاء الله . Oleh itu, hendaklah kita melazimi penulisan Insya-Allah dalam bahasa Arab itu dengan ejaan إن شاء الله .

Kalimah إن شاء الله bermaksud "jika Allah kehendaki" atau biasa diterjemahkan sebagai "jika Allah izinkan". Terjemahan secara terperincinya ialah:
إن=Jikaشاء=mahu/kehendaki/ingin-(ini adalah kata kerja)الله = Allah
Sekian. Mudah-mudahan bermanfaat.




sekian, terima kasih....



=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

SAKIT URAT BELIKAT


Scapulocostal Syndrome


Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Wah sudah hampir seminggu Suri sakit urat belikat. Kata orang sakit tulang urat belikat ataupun akan rasa sengal-sengal di bahu atau di belakang badan kita itu dikira seperti urat itu terbenam maka kita kena minat orang yang pandai bab urut ini tarik urat tu semula dan kembali pada keadaan asalnya.

Hurm..Serius masa anak dara selalu juga terkena tapi waktu itu ayahlah yang selalu tarik urat belikat tu. Lagi lama sakit lagi payah nak teraik itu urat ho..Perit pedih bagai. Suri siap jerit-jerit menahan sakit. Sukar ingin di bayangkan ada sekali tu sampai menitik air mata
gua.





Nov 17, 2012

Apakah Tanda-Tanda Awal Masalah Sakit Jantung?



Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

Nov 16, 2012

Soal-jawab Isu-isu Umum Perjanjian Jual Beli Rumah

Soalan.
Bolehkah Penjual meminda mana-mana terma atau Fasal dalam Jadual 3?

Jawaban.
Samada terma-terma dalam Jadual 3 boleh dipinda atau tidak perlu dilihat dari dua aspek.

a. Keujudan suasana luarbiasa
Terma-terma dalam Jadual G boleh dipinda jika ianya mematuhi syarat-syarat yang diperuntukkan dalam Akta. Kuasa untuk membenarkan pindaan diberi kepada Pengawal dan tidak boleh sekali-kali dibuat secara unilateral oleh Penjual. Di bawah Klausa 11 Kontrak Jualan, Penjual boleh memohon untuk meminda terma-terma yang terdapat dalam Perjanjian. Kelulusan bertulis adalah pra-syarat untuk sebarang pindaan dibolehkan.

Sijil Layak Menduduki Sementara

BANTAH...sebahagian penduduk Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang memprotes pemaju.
BANTAH...sebahagian penduduk Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang memprotes pemaju.
AMPANG: Kira-kira 10,000 penduduk Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang, di sini, berdepan risiko ‘mati katak’ berikutan rumah mereka duduki sejak lapan tahun lalu tidak memiliki Sijil Layak Menduduki (CF).
Penduduk mendakwa pinjaman mereka diluluskan untuk membeli pangsapuri berharga kira-kira RM41,000 itu kerana mempunyai CF sementara bagi tempoh enam bulan pertama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...