Sep 15, 2012

PERBEZAAN ANTARA KOREA UTARA DAN KOREA SELATAN

 klik gambar untuk zoom

=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

SAMSUNG BAYAR APPLE GUNA DUIT 5 SEN?

duit Samsung Bayar Apple Guna Duit 5 Sen?

Aku tak tahu nak gelak ataupun entahlah. Inilah akibat apabila genius bergaduh sesama genius sudahnya macam drama kat tv pon ado. Kali ni pihak samsung yang kalah dengan Apple terpaksa membayar  USD1 Billion kepada pihak Apple tapi uniknya pihak samsung menggunakan syiling 5 sen. Genius betul dorang. Isk isk!

Lebih 30 trak berisi syiling 5 sen kepada Apple.. Petikan daripada Pengerusi Electronics, Lee Kun-hee;
syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
“Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang,”
Amacam? Genius betul idea dorangkan? Lepas ni boleh carik syiling 1 sen buat bayar hutang orang. Ecehhhh macam ado jek. Huuuu.

=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Sep 13, 2012

KENAPA LANTAI MASJIDIL HARAM TIDAK PANAS?


 
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) pada waktu malam dan siang memang berbeza. Jika pada waktu malam, cuaca cukup sejuk. Orang sekitar Mekah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada waktu malam.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga bandar yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Mekah, biasanya akan keluar pada waktu petang agar boleh solat Maghrib berjamaah serta melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Mekah untuk umrah pada pagi hari,” kata pemandu arah MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Mekah kebelakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panas puncak berada sekitar 37 darjah celcius. Puncak waktu panas biasanya berlaku pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga pada waktu malam.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika pada waktu malam, melakukan tawaf tidak terlalu mengerah tenaga. Ini berbeza jika tawaf dilakukan pada waktu siang. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas yang menyengat.

Walaupun begitu, semasa mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, telapak kaki tidak akan terasa panas sama sekali. Sedangkan tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari memancar terus lantai marmar.
Ini berbeza dengan lantai di laluan keluar dari pintu Marwah. Ketika berjalan, telapak kaki berasa sangat panas. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelak panas tersebut.
Oleh itu kenapa lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu pekerja (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan bahawa di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang penghawa dingin agar telapak kaki peziarah tidak melepuh kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berjubin marmar seperti ketika ini. Dulu hanyalah hamparan pasir. Pada masa Abdullah Ibnu Zubair, jubinnya ketika itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M. Pada masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus mendapat sambutan. Kini lantai untuk tawaf diperbuat dari marmar terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Pada zaman Raja Faisal, pengubahsuaian dilakukan lanjutan tempoh pengubahsuaian Raja Saud, di antaranya meruntuhkan bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan kawasan untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan berdekatan serambi masjid sebelah timur. Itulah sebabnya kawasan tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Oleh itu wajarlah lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5

carian :

kaabah
masjid
masjid mulia
kaabah hebat
islam
kiblat islam
rumah allah


=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

OPPA GANGNAM STYLE

Gangnam Style ke KL Style?


Oppa Gangnam style!

60 juta penonton video sejak mula diletakkan di Youtube pada 15 Julai 2012.
Bagi mereka yang tidak memahami bahasa Korea, video muzik ini hanyalah video muzik yang kelakar atau video budaya kuning (sebab penyanyi ini ada pandang punggung perempuan seksi) atau just another youtube video.


Rupa-rupanya gaya Gangnam ini adalah merujuk kepada satu gaya hidup di tempat yang sangat mewah di Seoul yang mewakili $84 bilion kekayaan Korea Selatan pada 2010, mewakili 7% dari keseluruhan KDNK. Keluasan Gangnam ini cuma 15 batu persegi.


Muzik video ini merupakan satu kritikan sosial kepada gaya Gangnam yang mengejar kekayaan palsu. Di Korea Selatan, secara purata hutang kad kredit mencapai 155% disposable income dan setiap orang dewasa mereka mempunyai 5 kad kredit.

Antara lirik awal adalah merujuk kepada gaya hidup urban mengenai kopi. Lawak orang Korea antaranya adalah bagaimana wanita urban di Korea sanggup membelanjakan $2 untuk mi ramen tetapi $6 untuk minum kopi di tempat seperti Starbucks.

Sama tak macam gaya KL?
RM 5 untuk nasi bungkus dan RM 15 untuk menikmati Starbucks.
Ulasan lanjut disebalik video muzik yang viral ini dapat kita baca di sini.
Dari sudut pemasaran, PSY Gangnam Style ini adalah sesuatu yang bersifat “purple cow”. Istilah yang digunakan oleh Seth Godin untuk sesuatu produk, servis yang remarkable.

Mereka yang suka cerita Korea, K-POP mesti sentiasa disajikan dengan watak-watak lelaki hensem, macho dan bergaya. Tiba-tiba muncul satu video Korea lain yang memaparkan seorang penyanyi yang secara fizikalnya tidak seperti artis Korea yang lain dengan gaya yang tidak macam KPOP.
Ingat lagu Asereje oleh Las Ketchup? Itu dulu, sekarang …
Oppa Gangnam Style!




video oppa gangnam style





carian :

oppa gangnam style
gangnam style
oppa style
korea pop
k-pop
kpop
oppa k-pop
oppa korea
lagu korea hits
lagu korea hebat
lagu korea popular
lagu korea paling popular
lagu oppa gangnam unsur yahudi
Oppa Gangnam Style Menghina Islam ?

sumber pakdi. net
=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Aug 26, 2012

PERLUKAN TENAGA KERJA DARI NEPAL?

Tenaga Kerja Murah
tenaga kerja dari Nepal
Agent mencari pekerjaan
mahukan tenaga kerja dari nepal untuk bisnes anda? semua jenis sektor pekerjaan,asalkan ianya sah disisi undang-undang malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...