Berdasarkan keterangan video, sebuah kedai di Long Island, New York dimasuki lelaki bersenjatakan kayu besbol. Walau bagaimanapun pemilik kedai itu, Mohammad Sohail tidak panik. Dia kemudiannya mencapai dan mengacukan senapang 9 mm ke arah lelaki itu. Tindakan pantas Sohail menyebabkan lelaki itu melutut lalu mengaku bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain kecuali merompak untuk membeli makanan keluarganya dikatakan sudah kelaparan. Lelaki itu juga mengaku bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan dan menceritakan kesusahannya.
Sohail yang bersimpati dengan lelaki itu memberinya roti dan wang sebanyak $40. Beliau juga meminta lelaki itu berjanji agar tidak merompak lagi pada masa akan datang. Yang mengejutkan apabila apabila lelaki pada awalnya berniat untuk merompak kedai Sohail meminta beliau mengislamkan dirinya.
Cerita yang cukup mengujakan saya ini tidak berakhir di situ. Lelaki tersebut mengirimkan sepucuk surat kepada Sohail. Di dalam surat itu ada duit $50, selain ucapan terima kasih, lelaki itu turut menjelaskan kehidupannya yang semakin baik sejak kejadian itu.
"Sekarang saya dikurniai anak baru, memperoleh pekerjaan yang baik, menjauhi masalah/jenayah, dan menjaga keluarga saya dengan baik. Anda memberi saya empat puluh dolar dan terima kasih kerana membiarkan saya hidup. Disebabkan kejadian itu, anda telah mengubah hidup saya."