Showing posts with label BIJAK WANG. Show all posts
Showing posts with label BIJAK WANG. Show all posts

Dec 19, 2011

PASARAN PERUMAHAN NEGARA (MALAYSIA) DALAM SITUASI KETIDAKTENTUAN

rumahcantik





PASARAN perumahan negara masih berada dalam situasi ketidaktentuan. Sejak tercetusnya krisis kewangan Asia pada 1997, pasaran perumahan masih belum stabil akibat tekanan dari faktor dalaman dan luaran.

Selepas sembilan tahun krisis kewangan melanda Asia, belum sempat ekonomi negara bernafas lega, krisis gadai janji sub prima Amerika Syarikat (AS) pula berlaku pada tahun 2006 dan terus menular menjadi krisis kewangan global pada Julai 2007.



Kronologi tercetusnya krisis sub prima sewajarnya memberi iktibar kepada kita betapa sensitif dan risikonya sektor perumahan dalam ekonomi negara yang mengamalkan pendekatan ekonomi pasaran. Keterbukaan sistem ekonomi pasaran secara global bererti faktor luar kini mampu menggugat ekonomi negara dan sektor hartanah. Ini yang masih berlaku di dunia hari ini.

Kenaikan harga minyak dunia kini kembali kepada trend seperti bermulanya krisis sub prima dahulu, berpunca dari krisis politik di Timur Tengah dan utara Afrika yang kembali memberi tekanan kepada pasaran minyak dunia. Ditambah pula dengan malapetaka yang menimpa Jepun, nasib ekonomi dunia dan Malaysia khususnya sebagai negara yang bergantung kepada sektor perdagangan antarabangsa berada di persimpangan.

Apa yang boleh dikatakan sektor perumahan kini berada dalam keadaan tidak menentu dan pasaran hartanah pula menekan permintaan atas alasan tekanan inflasi kos berpanjangan. Dengan trend harga rumah yang meningkat terutama di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang sejak berlakunya krisis kewangan global 2007 sehingga kini ditambah pula dengan dua krisis terbaharu, maka kesannya sudah dijangka ke atas harga rumah pada masa akan datang.

Mereka yang berada dalam industri perumahan dan pembinaan membuat ramalan dan kenyataan berbaur spekulatif mengenai kenaikan ketara dalam harga rumah kesan daripada kenaikan harga minyak dan bahan binaan. Mereka memainkan sentimen pasaran bagi memelihara kepentingan sendiri, seolah-olah walaupun kos pembinaan bakal meningkat akibat kenaikan harga minyak dunia dan bahan binaan, kenaikan harga rumah memang tidak dapat dielak dan akan berlaku secara relatif mengikut hukum pasaran.

Ini bererti pelarasan harga akan berlaku tetapi tidak akan menjejaskan kepentingan mereka dari segi keuntungan pembangunan.

Masalah Pemaju

Bagi pemaju perumahan, senario yang berlaku dalam pasaran walaupun lebih didorong oleh tekanan inflasi, faktor kebolehjualan hartanah yang ditawarkan dalam kategori sederhana-tinggi masih terjual memberi rangsangan untuk terus berada dalam pasaran.

Hakikatnya mereka tersalah tafsir tentang faktor yang menyokong permintaan ke atas perumahan selama ini, sebenarnya tidak berlandaskan hukum ekonomi fundamental tetapi lebih kepada faktor artifisial.

Permintaan ke atas perumahan harus didokong oleh pendapatan benar yang menentukan keupayaan membeli. Sebaliknya, permintaan semasa dipacu oleh skim pembiayaan pinjaman yang begitu mudah ditawarkan oleh institusi perbankan seperti kadar pinjaman yang rendah, tempoh pembayaran yang panjang dan peratus pinjaman sehingga 90 peratus harga rumah.
------------------------
 ------------------------
Selagi pakej pinjaman menarik masih kekal ditawarkan, selagi itulah pasaran perumahan masih mampu aktif walaupun berada di bawah tekanan inflasi kos yang meningkat. Pihak pemaju juga sebenarnya masih mudah mendapat pinjaman titian dari bank, selain dari melihat pasaran yang aktif, jumlah pinjaman adalah dalam peratus yang masih rendah dari kos pembangunan antara 30 peratus hingga 40 peratus.

Manakala 60 peratus hingga 70 peratus akan dibiaya oleh pembeli melalui pembayaran berkala mengikut progres pembinaan dalam sistem penyampaian beli kemudian bina yang selama ini lebih memihak kepada menjaga kepentingan pemaju. Bagi pihak bank, mereka juga yakin risiko yang ditanggung adalah rendah kerana dengan sistem penyampaian pasaran perumahan jual kemudian bina, kepentingan bank terjamin dalam dua lapisan jaminan, iaitu jaminan dari pihak pemaju dan juga pihak pembeli.





Tulisan : SHAHROM MD. ARIFFIN, Pensyarah Kanan Hartanah Ekonomi, Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, UiTM
Sumber: Utusan Malaysia

HUKUM PELABURAN EMAS


Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:


Harga Belian (al-Thaman)

1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.


Barang Belian (al-Muthman)

2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.


Sighah

5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.


Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.


Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.


Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.

b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.


Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.


Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas
www.e-fatwa.gov.my

SEBARANG PERSOALAN, SILA RUJUK KEPADA YANG PAKAR (MAJLIS FATWA KEBANGSAAN)

Dec 17, 2011

CARA MUDAH UNTUK MENYIMPAN

Susah ker nak buat simpanan tetap setiap bukan? Macam-macam la orang kata …..
~ Tak bolehla..bayar hutang nak bayar
~ Tak bolehla….nak beli itu dan ini
~ Nak buat apa simpan? penat-penat cari duit nak kene simpan pulak?
Alahai bukan banyak sangat nak simpan. Mungkin boleh mulakan simpanan tahun ini 10% sahaja dari pendapatan, tahun depan bila dah seronok menyimpan dan gaji dah naik, naikkan pula ke 20%. 

Jadi aku nak share beberapa cara untuk kita gunakan: 
1)Gantikan hiburan kepada aktiviti reakreasi. 
Korang boleh menggantikan aktiviti hiburan seperti movies, shows, teater dan theme park kepada aktiviti rekreasi yang lebih murah berbanding aktiviti hiburan yang berkos tinggi dan memberi kepuasan sementara sahaja (beberapa jam atau sehari). Jadi, jomlah kita bersiar-siar di taman permainan dengan keluarga di petang hari. Sambil korang bersama bini korang dapat berdua-duaan di kerusi panjang, anak-anak pula riang ria bermain gelongsor. 
2) Jauhi pusat membeli belah / shopping mall dan specialty shop
Memang susah nak elak betul tak? Kebarangkalian untuk kita membeli barang yang tiada dalam senarai sangat tinggi bila sampai shopping mall. Sampai-sampai pintu masuk dah ada salesman approach suruh beli barang itu ini, belum lagi dengan pelbagai banner promosi ’sales’ sana sini. Huhu, kalau goyah, maunya lebih 5 kali swipe kad kredit tu. (aku memang takde kad kredit, kad debit ada la)
3) Tetapkan matlamat simpanan anda!
Letakkan matlamat pada setiap matlamat korang. Sebagai contoh, untuk menunaikan ibadat haji, Orang dah biasa cakap, matlamat kita mestilah SMART (specific, measurable, achievable, realistic and can be accomplished on a timed basis). Bila anda dah mulakan simpanan tetap, lama-lama anda dah biasa dengan habit tersebut dan anda semakin rasa enjoy! Tak percaya? Cuba mulakan langkah anda hari ini! 
4) Kurangkan perbelanjaan dan jangan buat hutang
Mungkin kita boleh kurangkan perbelanjaan kat mana-mana yang patut. Paling mudah, kita boleh naik public transport ke pejabat dan bawa bekal ke pejabat. Kadang-kadang jika tiada urusan, ada juga aku selang seli menggunakan public transport dan membawa bekal. Ternyata sejumlah RMXXX dapat dijimatkan.
Selamat mencuba! 
5) Gunakan kupon/voucher.
Yang ni pasti ramai tak sedar atau tak ambil berat, bagi mereka yang kerap membeli surat khabar, kadang2 pasti akan terjumpa kupon2 yang ditawarkan oleh sesetengah pihak bagi mempromosikan perniagaan mereka, kadang2 kupon ni boleh dijumpai dalam peti surat kita sendiri, kadang2 kat depan cermin kereta, samada kupon promosi gunting rambut, sesi perlansingan badan, atau apa saja, silap2 hari bulan, kite tak payah kuar sesen pun...


jadi, kalau korang dapat amalkan tips2 jimat sen ni, insyaAllah, korang akan dapat menyimpan untuk keperluan yang lebih penting, lagi satu, kalau korang ni dah sah2 bergaji besar pun, kalau jenis yang boros, memang tak kemana la..

bagi orang Islam, kita adalah diwajibkan untuk mencari sumber rezeki yang halal dan diyakini, baru la rasa sentiasa cukup...

Biar la ape orang nak cakap, kita kedekut ke, jimat sen ke, sengkek ke..pergi mapos la..yang penting poket kite selamat..


selamat mencoba ok...

Nov 27, 2011

Skim Pelaburan Internet Tidak Sah - bagaimana kita harus melindungi diri

Malangnya, kebolehan memperolehi/memberi pengesahan dalam talian dengan mudah  inilah yang telah menyebabkan dunia Internet menjadi satu punca besar skim pelaburan tidak sah. Malah, ia telah menjadikan dunia Internet sebuah tempat berbahaya untuk pelabur yang kurang peka dan mudah terpedaya.. Lebih teruk lagi, saban hari skim pelaburan tidak sah menjadi semakin rumit dan sukar dikesan, menyebabkan pelabur berpengalaman pun turut ditipu juga.


Berbekalkan kesedaran ini, kita akan membincangkan cara-cara anda boleh melindungi diri daripada diperangkap kancah skim pelaburan tidak sah dalam dunia Internet yang semakin rumit. Di akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti cirri-ciri skim penipuan, langkah yang perlu diambil apabila ditawarkan skim sebegini dan bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan skim pelaburan tidak sah.

Terlebih dahulu, mari kita lihat ciri-ciri am skim pelaburan internet yang tidak sah:
  • Pemilik skim ini, yang mengaku diri sebagai “pakar pelaburan” akan mendakwa syarikat mereka mempunyai “rekod prestasi cemerlang” dan memberikan testimonial daripada “pelanggan” demi meyakinkan pelabur. Mereka juga akan menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding kadar pasaran dan berjanji bahawa skim tersebut mempunyai risiko rendah atau tiada risiko langsung.
  • Pemilik skim mempunyai identiti yang pada mulanya nampak seakan-akan benar, tetapi tidak dapat disahkan.
  • Bila disoal, kebanyakan pengendali skim pelaburan tidak sah akan berkata bahawa skim mereka beroperasi di luar negara dan tidak memerlukan lesen daripada pengawal selia di Malaysia, atau mengaku mereka sudahpun mempunyai lesen yang sepatutnya daripada pihak berkuasa. Malah, ada pengendali skim yang  berkeras bahawa aktiviti mereka tidak memerlukan lesen.
  • Mereka akan menyarankan untuk membeli/menjual saham tertentu dan khidmat nasihat mereka dihantar kepada pelanggan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web yang dilindungi kata laluan rahsia serta pertemuan peribadi.
  • Pengendali skim ini juga akan mengiklankan perkhidmatan mereka melalui e-mel secara rawakserta pesanan-pesanan yang ditinggalkan di papan kenyataan dan forum atas talian.
  • Laman web mereka direka khas untuk menyerupai perniagaan sah dan mungkin dilengkapi dengan harga saham masa nyata (real-time), ulasan pasaran, berita serta pautan ke laman web kewangan yang lain.
  • Sesetengah laman-laman web ini memberi perkhidmatan percuma seperti tutorial asas pasaran modal, e-buku serta laluan ke bilik bual (chatroom) dan papan buletin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    • Mangsa biasanya terpedaya apabila pengendali skim memberikan pulangan yang tinggi pada mulanya dan ini digunakan sebagai taktik untuk menjerat dan merekrut pelabur baru.
    • Jangka hayat skim pelaburan ini bergantung kepada pengambilan pelabur baru.  Dana yang diperolehi daripada pelabur baru akan digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur sedia ada. Skim pelaburan ini akan gagal sekiranya tiada pelabur baru.
    • Akan tetapi, pengendali skim pelaburan tidak sah ini akhirnya akan melarikan diri dengan wang yang dikumpul apabila dia berasa suatu yang tidak kena akan terjadi, dan sekaligus menyebabkan pelabur mengalami kerugian.

    Berhati-hati jika diberikan tawaran pelaburan dalam talian yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas! Pastikan anda merujuk kepada pihak berkuasa yang sepatutnya dahulu sebelum menyerahkan wang titik peluh anda. 








    APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN:

    Sebenarnya tidak sukar untuk melindungi diri apabila ditawarkan peluang melabur dalam skim pelaburan Internet! Ingat:
    • Jika ia sangat sukar dipercayai, kemungkinan besar ia adalah penipuan;
    • Berurusan hanya dengan institusi kewangan dan ejen yang berdaftar dan berlesen (rujuk laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia untuk senarai lengkap).
    • Minta maklumat penting – Tanya soalan berikut: jika anda mengirim emel kepada syarikat itu, adakah ia akan dijawab? Adakah alamat syarikat disenaraikan di laman web dan bahan-bahan promosi?Adakah syarikat pelaburan itu menggunakan nombor akaun bank yang jarang ditemui/sukar dikesan/Adakah syarikat tersebut benar-benar wujud;
    • Awas perangkap testimonial – Kebiasaannya, testimonial akan bermain dengan emosi dan rasa tamak; menggunakan cara yang sama iaitu pelanggan “A” sangat gembira dengan pelaburannya dan mahukan anda melabur secepat mungkin, melabur dengan syarikat mereka akan mengubah hidup anda, rakan dan keluarga mereka juga mengaut keuntungan daripada pelaburan tersebut, dll;
    • Rujuk kepada pihak berkuasa yang sepatutnya sebelum melabur/membayar wang pendahuluan. Antara pihak berkuasa tempatan yang boleh membantu anda ialah SC, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, CyberSecurity Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan lain-lain;
    • Jangan melabur dalam keadaan tertekan atau tergesa-gesa; ambil masa anda untuk berfikir dan bertanya dengan pihak berkuasa yang berkaitan terlebih dahulu. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
    • Sentiasa was-was jika tawaran pelaburan hanya dibeirkan secara lisan dan bukan  dalam bentuk bertulis. Minta untuk melihat sebanyak mungkin dokumen mengenai produk pelaburan itu supaya anda boleh menentukan kesasihan tawaran pelaburan itu; dan
    • Sekiranya anda telah melabur dalam skim itu, simpan kesemua rekod pelaburan dan perhubungan yang ada. Ia mungkin boleh digunakan di kemudian hari bagi tujuan laporan kepada pihak berkuasa.


    PERLINDUNGAN TAMBAHAN

    Memandangkan dunia Internet merupakan rangkaian global yang amat besar, sudah pasti pengendali skim pelaburan tidak sah juga mempunyai pengkalan di luar negara. Berbekalkan teknologi yang lebih maju, mereka juga pasti menggunakan kaedah penipuan yang lebih maju dan canggih. Oleh itu, kami juga menyarankan agar anda merujuk kepada pihak berkuasa di luar negara dengan melayari laman web seperti www.hksfc.org.hk (Hong Kong), www.fsa.com (UK), www.asic.gov.au (Australia), www.mas.gov.sg (Singapura), www.sec.gov (US) dan lain-lain untuk mengetahui skim –skim pelaburan tidak sah yang terbaru serta cara-cara melindungi diri anda.



    KESIMPULAN

    Dalam membanteras skim pelaburan tidak sah, ilmu, maklumat dan pertimbangan akal adalah “perisai” terkuat untuk melindungi diri. Kadangkala, agak sukar membezakan antara pelaburan yang sah dan tidak sah di Internet.  Tapi dengan mengamalkan langkah-langkah yang disebut di atas, kemungkinan besar anda boleh mengenal pasti pelaburan yang sah dan dan tidak sah. Sebelum membuat apa-apa tindakan,  pastikan syarikat itu mempunyai lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

    Analisis Fundamental & Analisis Teknikal - satu kaedah untuk menilai pasaran saham

    Jika anda berminat untuk melabur dalam pelaburan saham, maka kita perlu tahu dua cara asas untuk menganalisis pelaburan yang selalu diguna oleh para pelabur dan penganalisis pelaburan. Kedua-dua cara analisis ini adalah berbeza antara satu sama lain dan ia memainkan peranan dalam membantu membuat keputusan apabila melabur.  Di akhir artikel ini, anda akan tahu perbezaan utama di antara dua cara asas analisis ini dan bagaimana ia dapat membantu dalam membuat keputusan pelaburan.


    Analisis Fundamental

    Analisis fundamental mengenal pasti sebuah saham melalui nilai intrinsiknya. Ia memfokuskan pada faktor-faktor pendasar yang mempengaruhi prestasi kewangan syarikat dan potensi perkembangan perniagaannya. Analisis ini juga melihat pada perkembangan aktiviti mikro dan makro sebuah syarikat, di mana secara kesuluruhannya ia melihat pada kekuatan kewangan dan pihak pengurusan sebuah syarikat. Para penganalisis fundamental akan memulakan analisis mereka dengan mengumpul penyata kewangan, kunci kira-kira, penyata pendapatan dan aliran tunai. Setelah itu, mereka akan  menggabungkannya dengan faktor pendasar bagi memperolehi nilai intrinsik sebuah syarikat. Sekiranya  saham sebuah syarikat itu dijual pada harga yang lebih rendah berbanding nilai intrinsiknya, maka saham itu dikira sebagai saham terkurang nilai (undervalued stock).





    Analisis Teknikal

    Analisis teknikal adalah berbeza daripada analisis fundamental. Ini kerana keputusan analisa ini berpandukan kepada andaian yang akan berlaku pada harga sebuah saham pada masa akan datang. Ini bermakna analisis fundamental tidak diperlukan. Para penganalisis teknikal ataupun dikenali sebagai “chartis” akan menganalisis perubahan harga sesuatu saham secara harian, minguan dan bulanan bagi mengenal pasti corak harga saham akan datang. Dengan memantau carta harga dan jumlah dagangan di pasaran penganalisis akan cuba membuat andaian yang tepat dan jelas berkenaan dengan harga saham pada masa depan. Penganalisis akan memantau perkembangan nilai saham tersebut dengan mengunakan kiraan matematik dan carta. Dengan kiraan ini, maka dapatlah mereka mencadangkan keputusan sama ada ia sesuai untuk dibeli ataupun tidak.




    Jadual di bawah menunjukkan perbezaan utama di antara dua cara analisis tersebut:


    Terdapat beberapa komen mengenai analisis teknikal ini. Oleh kerana semua matlumat saham masa lalu telah digambarkan oleh harga saham, analisis data terdahulu tidak memberi sebarang petunjuk terhadap pergerakan harga masa depan. Sikap pelabur juga boleh memberi kesan kepada analisis teknikal. Kenyataannya, analisis ini berhasil apabila kebanyakan pelabur membeli saham berpandukan kepada satu laporan analisis yang sama pada sebuah saham. Maka dengan tindakan itu, ia akan menyebabkan nilai sebuah saham itu meningkat tinggi daripada nilai intrinsiknya.


    Bagi analisis fundamental pula, pelbagai andaian akan dibuat dalam proses mengenal pasti nilai instrinsik sebuah saham. Disebabkan oleh pelbagai jangkaan yang dibuat oleh penganalisis, maka ia akan memberi keputusan yang tidak sama. Walaupun mereka memperolehi nilai intrinsik yang hampir sama dengan nilai sebenar sebuah syarikat itu, tidak jelas berapa lama masa yang diperlukan oleh harga saham untuk mencapai nilai terbabit.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua cara analisis ini telah banyak digunakan dalam menilai sebuah saham.
    Kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kekurangannya tersendiri. Akhirnya sebagai pelabur, kita perlulah memahami kedua-dua analisis ini dan memadankannya dengan prinsip pelaburan kita.


    .....................................................................................................................................................................
    .....................................................................................................................................................................

    Dipetik dari

    © Securities Industry Development Corporation. Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan bijak, layari laman Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

    Melabur Dalam Waran - Apa Risikonya

    Waran merupakan produk pelaburan yang memberi peluang kepada pelabur untuk mempelbagaikan pelaburan mereka. Ia popular di kalangan pelabur runcit, kerana ia tidak memerlukan modal yang besar dan berpotensi memberikan pulangan yang tinggi. Ini sekaligus menjadikan ia pilihan kepada pelabur kecil-kecilan  yang tidak mempunyai banyak modal tambahan.
    Walau bagaimanapun, ramai yang melabur dalam waran tanpa memahami sepenuhnya bagaimana ia berfungsi dan risiko yang bakal dihadapi. Di akhir artikel ini, anda akan dapat memahami asas-asas pelaburan waran dan implikasinya ke atas keputusan pelaburan yang dibuat


    Jenis-Jenis Waran

    Waran memberikan pemegangnya hak tetapi bukan kewajipan, untuk membeli atau menjual saham biasa atau saham pendasar (underlying shares) pada harga dan tempoh tertentu. Dalam erti kata lain, apabila melabur dalam waran, pelabur seolah-olah membuat ‘tempahan’ untuk membeli sebilangan saham pada masa depan tetapi pada harga yang telah ditentukan lebih awal.

    Pemegang waran tidak mendapat hak mengundi atau hak memperolehi dividen seperti yang dinikmati oleh para pemegang saham biasa. Salah satu faedah utama melabur dalam waran ialah leveraj kos (cost leveraging). Ia bermakna dalam pelaburan waran, anda berpeluang mendapat pendedahan pergerakan harga seperti di pasaran saham dengan hanya sebahagian daripada kosnya.

    Waran yang telah mencapai tarikh matang/luput biasanya akan ditukar kepada saham induk dengan syarat pelabur membayar jumlah tertentu yang telah ditetapkan (conversion price atau nilai tebus). Proses ini dikenali sebagai ‘melaksanakan waran’.

    Terdapat dua jenis waran iaitu waran opsyen beli (call warrants) dan waran opsyen jual (put warrants).






    Waran opsyen beli adalah salah satu jenis waran yang paling lazim di pasaran saham tempatan dan hampir serupa dengan opsyen. Waran dikeluarkan oleh syarikat saham pendasarnya, manakala opsyen merupakan instrumen kewangan bursa saham. Waran biasanya dikeluarkan oleh syarikat-syarikat sebagai tawaran untuk menarik pelabur-pelabur membeli sekuriti yang baru diterbitkan. Waran juga dianggap sebagai jenis terbitan ekuiti derivatif kerana ia memperoleh nilainya daripada sekuriti pendasarnya.


    Harga laksana (exercise price/ strike price)

    Harga laksana merujuk kepada harga apabila pelabur membeli waran opsyen beli dan ini ditentukan apabila waran diterbitkan. Harga laksana akan menentukan sama ada waran anda berapa pada kedudukan, Berwang (In-the-Money), Tanpa Wang (Out-of-the-Money) atau Pada Wang (At-the-Money).








    Kesan Penggearan (Gearing effect)

    Antara sebab utama waran menarik minat pelabur adalah kosnya yang kecil berbanding dengan harga saham tetapi pada masa yang sama menawarkan pulangan yang agak besar, sama ada positif atau negatif.
    Mari kita lihat contoh saham ABC yang berharga RM2.00 seunit di pasaran. Pelabur A melaburRM2, 000 untuk membeli 1,000 unit saham. Pelabur B pula membuat keputusan untuk melabur modal yang sama sebanyak RM2, 000 dalam waran yang bernilai RM0.50 setiap waran. Dengan jumlah pelaburan yang sama, Pelabur B memiliki 4,000 saham.

    Jika saham ABC mendapat keuntungan RM0.30 atas setiap unit saham, maka harga tutup saham adalah RM2.30 memberikan peratusan keuntungan sebanyak 15%. Walau bagaimanapun, dengan keuntungan RM0.30 dalam waran itu, dari RM0.50 kepada RM0.80, peratusan keuntungan itu akan menjadi 60%.


    Inilah contoh kesan penggearan waran. Walau bagaimanapun, dengan adanya kemungkinan mendapat keuntungan yang besar, anda juga mungkin kerugian besar. Dalam jangka hayat sesuatu waran, lazimnya harga waran bergerak selari dengan harga saham pendasar. Namun, oleh kerana wujudnya kesan penggearan, penurunan kecil dalam harga saham pendasar akan mengakibatkan kejatuhan ketara dalam harga waran.

    Menggunakan contoh di atas, jika harga saham pendasar berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.80, penurunan peratusan ialah 10%. Tetapi, dengan jumlah yang sama iaitu pengurangan sebanyak RM0.30 dalam waran tersebut akan menyebabkan penurunan sebanyak 60% dalam nilai waran.


    Tempoh matang

    Semua waran mempunyai jangka hayat yang terhad. Sekiranya harga saham pendasar kekal di bawah harga laksana ketika tempoh matang waran tersebut, waran tidak akan mempunyai sebarang nilai dan pelabur akan kerugian.





    Kawalan risiko

    Dengan risiko tinggi sebegini, pelabur yang berminat dalam waran harus memahami sepenuhnya tahap toleransi risiko mereka sendiri. Pelaburan yang terlalu banyak dalam waran boleh menyebabkan portfolio pelaburan mereka terdedah kepada risiko yang berlebihan. Ramai pelabur cenderung untuk membeli waran yang sangat aktif dalam pasaran tanpa banyak pengetahuan mengenai produk pelaburan tersebut. Oleh kerana waran juga popular di kalangan spekulator jangka pendek, waran yang aktif didagangkan mungkin tidak sesuai bagi pelabur yang berhasrat untuk memegang waran untuk jangka masa panjang. Nilai yang sedia ada mungkin diwujudkan oleh pelabur-pelabur jangka pendek yang membuat spekulasi dan cuba untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat. Oleh itu, adalah penting bagi pelabur untuk memberi perhatian kepada jenis pelabur yang berminat dalam waran itu.

    Membeli waran pada kedudukan “berwang” boleh menawarkan keuntungan yang sedikit tetapi risikonya lebih rendah berbanding dengan waran “pada wang”. Apabila waran berkedudukan “pada wang”, ia kurang sensitif kepada pergerakan harga saham pendasarnya. Ini bererti walaupun harga saham meningkat, harga waran mungkin tidak mempunyai pergerakan yang ketara, seperti yang kita harapkan daripada waran “berwang”. Lebih teruk lagi, jika jangka hayat waran itu menghampiri dengan tempoh matangnya; nilai waktunya akan menurun secara drastik.

    Seperti dalam mana-mana pelaburan, seseorang pelabur harus memastikan bahawa mereka benar-benar memahami ciri-ciri waran sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam produk pelaburan tersebut. Ini akan membolehkan pelabur membuat keputusan yang bersesuaian dan mampu membuahkan hasil yang diinginkan.


    ...........................................................................................................................................................
    .............................................................................................................................................................

    Dipetik dari

    © Securities Industry Development Corporation. Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan bijak, layari laman Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

    Nov 25, 2011

    SILVER - Satu Lagi Kaedah Perlaburan (Video)

    Video 1



    Video 2

    SILVER - Satu Lagi Kaedah Perlaburan #7

    Kenapa kena simpan Silver?

    Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan
    silver , mesti tanya, "Kenapa perlu aku beli?"



    Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan
    dalam silver  ada sorang kawan opis kata:

    "Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust?
    Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun.
    Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak."

    Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya pulak
    tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan,
    silver  tak memberi dividen dan turun naik harga
    silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

    Sebab no. 1 kawan-kawan kena menyimpan dalam
    silver  ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion
    dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang
    kononnya dilabel negara maju. Dan 'champion' penghutang
    paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan: Amerika Syarikat.

    Jom cek sini berapa hutang Amerika sekarang: google: US Debt Clock
    Terkejut tak bila tengok hutang negara 'KAYA' USD14 trillion?

    "Lah, apa pulak kena mengena hutang diaorang
    dengan rakyat Malaysia?
    Apa kena mengena dengan kena simpan silver ?"





    Kalau kita ada kawan yang suka berhutang,
    bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit.
    Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan.
    Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain.
    Belanja sakan lagi.
    Bayar minimum sahaja lagi.

    Sampai satu hari, takde bank yang akan approve
    kad kredit. Pinjam pulak kat kawan-kawan.
    Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa
    bayar bila kawan tanya. Lama-lama isytihar bankrap.

    Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas,
    Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon
    tunjuk kaya. Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.



    Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi,
    tinggal masukkan masukkan command:
    'masukkan 1 trillion dalam bank' lepas tu tekan 'Enter'.

    Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga.
    Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi.
    Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang
    berlambak-lambak tapi takde nilai.
    Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

    Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis,
    manusia akan berpusu-pusu cari silver  untuk
    melindungi harta.

    Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah.
    Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.



    Cuba kawan-kawan google 'hyperinflation'.

    Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas
    yang cepat sangat susut nilai kepada silver ,
    harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan
    dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit,
    selagi tu la silver  akan naik harga.

    Bukan silver  je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.

    "Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta,
    Kita KENA juga beli silver  sebagai pelindung harta."

    Saya nampak kesedaran masih kurang menyimpan dalam bentuk silver. Untuk yang ada kesedaran pun, mereka tercari-cari cara memulakan pelaburan silver. Ebook 'Pelaburan Fizikal di Malaysia + Kajian Kes Tukar Ganda Silver' akan mendedahkan kaedah terbaik untuk memulakan pelaburan perak.

    SILVER - Satu Lagi Kaedah Perlaburan #6

    Letak harga dalam bentuk silver


    Semalam pergi pasaraya nak beli stok barang-barang mentah. Kosnya, RM 140

    Dalam kepala pikir... "Lebih kurang 1 oz Silver bar Morgan barang-barang nih!... isk"

    Pernah tak anda fikir sebegini?
    Saya dah mula latih diri saya untuk letak harga dari segi Silver.

    Apa tujuannya?
    Supaya kita dapat ukur kuasa membeli dan kadar inflasi sebenar.

    Dari hari ini jom kita mula fikir harga barang dalam Silver.
    Kalau tahun ni kita beli groceries satu troli = 1 oz Silver bar Morgan,
    jom tengok tahun depan bagaimana dengan perubahan harga.
    Sama harga ke, ataupun tahun depan kena bayar 1.2 oz Silver bar Morgan ataupun kurang.

    Tekaan saya: Untuk satu troli barangan yang sama tahun depan,
    harga dalam RM akan naik tetapi harganya dalam silver masih lagi 1 oz Silver bar Morgan.

    Kalau tekaan saya betul, maknanya kenaikan harga barang memang amat membimbangkan sekarang. Jika ia berterusan, kemungkinan kita akan menghadapi hyperinfalsi.

    Hyperinflasi adalah keadaan di mana kepercayaan kepada wang kertas sudah terhakis sama sekali. Pernah dengar tentang duit daun pisang zaman Jepun dulu? Itulah yang bakal terjadi.

    Di dalam ebook Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia, saya bukan sahaja menyenaraikan
    keburukan hyperinflasi malah PELUANG PEMINDAHAN KEKAYAAN PALING BESAR yang pernah terjadi di dalam sejarah manusia.

    Persediaan perak anda sekarang bukan sahaja menjadi insurans atau pelindung kekayaan. Ia bakal menjadi PENJANA KEKAYAAN di masa hadapan.

    Untuk panduan paling konprehensif bagi memaksimakan potensi pelaburan perak, dapatkan ebook sekarang.

    Pendedahan terakhir klik Wow!! Giler ah

    SILVER - Satu Lagi Kaedah Perlaburan #5

     Banding peratusan kenaikan emas dan perak

    Saye nak kongsi cara mudah untuk membandingkan peratusan
    kenaikan (atau penurunan) harga emas dan silver sedunia.

    korang boley try:---;    http://www.goldprice.org/

    Di sebelah atas dan kanan lama tersebut, korang boleh lihat
    perbandingan jelas prestasi emas berbanding silver dalam
    tempoh 1 hari sehinggalah tempoh 5 tahun.

    korang hanya perlu menggunakan drop down menu untuk
    memilih untuk melihat harga emas atau silver.

    Contoh kat bawah ni...





    Jika anda mahu melihat graf sejarah yang lebih jelas,
    layari web berikut.

    Layari:---> http://www.goldprice.org/gold-price-history.html
    Layari:---> http://silverprice.org/silver-price-history.html

    Kedua-duanya menunjukkan sejarah harga emas dan silver
    dari tempoh 30 hari hingga tempoh 20 tahun kebelakangan.

    Cuba tengok perbezaan antara peratusan kenaikan perak berbanding emas.
    Kali terakhir yang saya tengok, perak naik lebih 2 kali ganda dari emas!

    Graf-graf di atas meyakinkan saya:

    yang harga emas & perak akan terus naik 5 hingga 10 tahun lagi.

    Prestasi perak akan jauh mengatasi emas sepanjang bull market ini.

    Akhir sekali, ia meyakinkan saya strategi pembelian perak dan emas yang paling efektif adalah STRATEGI BERMUSIM.

    Strategi ini saya dedahkan di dalam ebook Kajian Kes Teknik Tukar Ganda Silver. Dengan strategi ini, saya mampu menambah stok simpanan perak dengan DISKAUN 75%!!!

    Dapatkan sekarang kerana masa tawaran AMAT AMAT TERHAD.

    bersambung..klik Wow! Giler ah

    SILVER - Satu Lagi Kaedah Perlaburan #4

    Untung goyang kaki ke-2 tertinggi



    Harga emas semakin meningkat dan ramai jugalah yang terkejar-kejar hendak membeli emas walhal ianya sudah memang mahal.. Ada di antara kita dengar-dengar cakap kawan-kawan yang berprinsip "Kalau tak beli sekarang.. harga emas akan terus naik." Saya dah lama di dalam pelaburan emas, saya tak boleh nafikan yang pelaburan emas boleh dipanggil



    "Untung Goyang Kaki Ke-2 Tertinggi"

    Aikk!!! Untung apa yang paling tinggi???

    Betul-betul tak tahu atau anda semua saja buat-buat tak tahu...
    Tahukah anda yang SILVER adalah pelaburan yang membawa pulangan yang paling tinggi iaitu rekod tahun lepas iaitu lebih 100% berbanding emas sekitar 37%...



    Lagi satu, saya memang galakkan kepada pelabur baru yang modal tak banyak macam saya ni, kita bermula dengan silver....

    Sebab apa pilih silver?
    Sebab harga silver masih murah dan duit saya pun dah habis... (ketawa) Silver pada saya masih mampu dimiliki oleh 80% pelabur kelas pertengahan di Malaysia...

    1 oz = RM140 -RM150
    1 bulan belilah 1 oz sahaja... ikut kemampuan, tak pun rembat 250g/500g atau 1kg terus...

    PROMOSI EBOOK


    EBOOK "PELABURAN SILVER FIZIKAL DI MALAYSIA"

        Apa yang anda boleh dapat melalui Ebook ini adalah ilmu bagaimana anda boleh menggunakan minimum wang tetapi boleh GANDAKAN SILVER simpanan sedia ada
        Ebook ni akan tunjuk timing yang terbaik untuk membeli dan timing untuk STOP BELI SILVER (timing stop beli? kenapa nak stop pulak? haaaa... kena dapatkan ebook baru tau!)
        Ebook ni tunjuk macamana anda boleh kurang spread jualan dari 15% - 20% jadi 3% - 4% je. Tak percaya? Memang senang sangat caranya.
        Yang paling penting sekali, anda akan dapat full-support selepas membeli supaya kita boleh berkembang bersama dalam pelaburan ni.

    Tak payah cerita banyak-banyak la, dapatkan ebook silver sekarang : www.pelaburansilver.com





    nak pendedahan lagi..klik Wow!! Giler ah..

    SILVER - Satu Lagi Kaedah Perlaburan #2

    10 Soalan lazim pembeli baru bullion perak

    1. Nak beli kat mana?
    Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook "Silver Lot Shop"
    Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver



    2. Nak jual balik kat mana?
    Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
    Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook "Silver Lot Shop" kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

    3. Untung ke simpan silver?
    Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

    4. Berapa harga silver sekarang?
    Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

    5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
    Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
    Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

    6. Apa itu bullion?
    Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

    7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
    Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

    8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
    Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
    Pada 2002 - 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
    Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

    9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
    Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
    Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik 'slow & steady' tetapi kemungkinan besar
    akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

    10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
    Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan

    Bersambung...klik Wow!! Giler ah..

    SILVER - Satu Lagi Kaedah Perlaburan #3

    Yakinkan diri beli silver

    Ramai yang membaca email pasal silver ni tapi berapa kerat je yang dah mula menyimpan silver???

    Kenapa tak nak mula beli lagi?
        Belum convince yang silver pelaburan baik
        Silver pelaburan tak selamat
        Lagi suka emas, silver orang tak pandang  
        Saje suka-suka baca artikel untuk 'tambah ilmu'
        dan lain-lain sebab

    Mulakan dengan SATU SAHAJA bullion silver
    SEKARANG untuk yakinkan diri!



    Apa anda tindakan anda hari ini?
    1.    Join group jual beli emas perak di Facebook, contoh:---> Silver Lot Shop
    2.    Survey harga silver bullion termurah ( Ini gunanya tahu pengiraan premium)
    3.    Premium saya syorkan: 32% ke bawah per silver bar
    4.    Simpan silver bar dengan baik
    5.    Tunggu Disember dan cek semula harga silver bar anda

    Kalau tak puas hati dengan kenaikan harga , anda boleh lupakan terus
    tentang pelaburan silver dan fokus kepada pelaburan lain.

    Tapi kalau rasa berbaloi, mula rancang pelaburan anda Silver dengan baik.
    Saya ada tunjukkan "Kaedah Termudah Silver Termurah"

    Kalau anda nak tau lebih lanjut tentang kaedah ini, klik link untuk mendapatkan Pakej Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia + Teknik Tukar Ganda Silver SEKARANG.

    Lagi Pendedahan mengenai pelaburan SILVER...klik Wow!! Giler ah

    SILVER - Satu Lagi Kaedah Perlaburan #1

    3 sebab utama menyimpan bullion perak

    Kalau kita tanya 10 orang, "Mengapa anda perlu melabur bullion perak?", anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza - dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.



    Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

    1) Inflasi:
    Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai "Penyimpan Nilai". Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.



    2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
    44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

    3) Kemunculan China dan India. Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak - terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.


    Bersambung..klik Wow!! Giler ah

    Sep 8, 2011

    Membeli Secara Online Lebih Menjimatkan..?

    Membeli secara online sekarang semakin menjadi sebahagian dari gaya hidup. Walaupun berbelanja ke kedai biasa, entah itu di mal atau di pasar tradisional, seringkali menjadi sarana untuk berekreasi, tapi “kedai online” juga menyediakan pengalaman berbelanja yang unik. Karakter dari kedaionline tersebut juga sangat bermanfaat dan lebih menguntungkan daripada berbelanja dengan cara biasa. tak percaya? Sila baca beberapa buktinya dibawah.



    1. Mengngurangkan waktu dan kos pengangkutan. Jimat kos tu maksudnye, kita boleh  mengurangkan kos duit minyak kete atau tambang perngangkutan, kos parking kete, tol dan lain2 lagi..ketika kita nak ke shopping kompleks atau kedai biasa. Selain itu, dapat mengurangkan kos untuk membeli makanan, sebabnye, kalau korang keluar g jalan2, mustahil la tak beli jajan,air dan sebagainye…Jimat waktu..korang tak perlu buang masa dengan pergi dari satu kedai ke satu kedai yang lain untuk membandingkan harga. Dengan berbelanja secara online, korang cume perlu control tikus (mouse) korang jew..


    2. Kedai biasa tak menyediakan layanan search box. Alangkah bestnya bila kita masuk jer ke kedai dan memasukkan maklumat ke komputer untuk melihat apakah benda yang korang cari masih ada atau tak. Bila korang tanya maklumat lanjut berkaitan sesuatu barang, kadang penjual tu macam blur jer..coz tak tahu sangat..musti korang ilang smangat nak beli kan.. Hal ini tidak terjadi dalam layanan kedai online. Setiap barang biasanya juga dibezakan dalam kategori masing-masing sehingga memudahkan pencarian. Mereka juga akan selalu memberi respon korang di message boards atau e-mail.

    3. Di kedai biasa, para pembeli tidak saling berinteraksi. Dengan demikian, mereka tak terbiasa saling memberikan informasi mengenai barang yang dibeli. Di toko online, Anda bisa membaca testimoni dari para pelanggan yang merasa puas dengan barang atau layanan yang diberikan. Anda juga mengetahui apa saja kekurangan toko ini dari pelanggan tersebut. Toko tentu tak akan membiarkan komentar negatif ini memengaruhi keinginan calon pembeli lain untuk berbelanja, bukan? Karena itu, mereka selalu berusaha memperbaiki layanan.


    4. Tak perlu menerima gangguan lain. Di kedai biasa, kadang2 korang terpaksa bersesak2, berebut barang dengan orang lain, atau mendengar anak yang merengek. Belum lagi mendengarkan musik yang berdentum-dentum memekakkan telinga, mendengar staf penjual yang sibuk bercanda sendiri dengan staf kedai sebelah (sebab kedainye takde customer), atau merasakan aircond yang terlalu sejuk atau tidak. Di kedai online, hal ini jelas xde.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Post Paling Popular Minggu Ini

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...