Taum Sauk ialah sebuah empangan hidroelektrik yang lain dari yang lain. Ini adalah kerana empangan yang dibina di Gunung St Francois, Missouri ini terletak di atas bukit! Taum Sauk menyimpan air di dalam sebuah kolam gergasi dan eletrik dijanakan dengan mengalirkan air dari empangan ke sebuah stesen janakuasa yang terletak 2 kilometer di bawah bukit. Empangan ini hanya menjanakan tenaga elektrik ketika waktu puncak di waktu siang. Ia mampu menjana sebanyak 550 MW sehari. Pada waktu malam air dari Sungai Black berdekatan dipam semula naik keatas Gunung Francois untuk disimpan di dalam empangan.
Taum Sauk dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada tahun 1963. Pada tahun 2005 kolam takungan air Taum Sauk pecah sebanyak 1 Billion Gelen (4 Juta Meter padu) air terlepas keluar. Sungguhpun ia menghasilkan ombak setinggi 7 meter tiada nyawa tekorban. Kolam takungan Taum Sauk dibina semula dengan kos 450 Juta Dollar (RM 1.4 Billion) dan stesen ini berfungsi semula pada tahun 2010.
DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURAN YANG DISERTAKAN BERSAMA SIMPANAN DAN TABUNG SIMPANAN MENGERJAKAN IBADAH HAJI/UMRAH
Laporan asal Wikipedia
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment