Ramai yang bertanya soalan ini kepada saya. Kenapa Islam
memberi kelebihan tertentu untuk membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah
meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana kesalahan
seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?
Sebelum menjawab soalan ini, saya hendak menegaskan satu
prinsip. Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu,
sama ada kita dapat mengetahui hikmah itu ataupun tidak.
Namun begitu, setiap kali berbincang tentang perintah
ataupun larangan Nabi SAW, kita mesti pastikan terlebih dahulu status kesahihan
hadis yang mengandungi perintah atau larangan tersebut.
Ini kerana, menisbahkan suatu ucapan palsu kepada Nabi SAW
sebuah dosa besar menurut para ulama.
Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih
berasal daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi
Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya sebagai
haiwan perosak (fuwaisiq).
TAPI.........HUBUNGI ZURA SEGERA!!
Nak jadi ejen, call Zura ok..;-)
Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan
sunat membunuh cicak. Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor
dan boleh membawa penyakit. Atau dalam hadis Saad bin Abi Waqqas di atas, ia
termasuk fuwaisiq.
Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak
termasuk dalam kategori pest (perosak) seperti; nyamuk, kutu, tikus, pijat,
lipas dan lain-lain. Semua haiwan ini digalakkan untuk dibasmi demi menjaga
kesihatan manusia.
Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Nabi
memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat
(haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia)."
Jadi, sama sekali tidak benar sangkaan bahawa kerana
kesalahan cicak seekor, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini.
Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang
sahih. Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh
cicak. Baginda bersabda: "Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim
(untuk menyalakannya)."
Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara
itu tidak menjadi 'illat (penyebab) suruhan tersebut. Menurut al-Baidawi, ini
menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh
memperalatkan (cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi
Ibrahim.
Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak
dan kotor haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam
memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau perkara
lainnya.
Adapun hadis al-Nasa'i dan Ibnu Majah yang menceritakan
bahawa Siti Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah
hadis lemah.
DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURAN YANG DISERTAKAN BERSAMA SIMPANAN DAN TABUNG SIMPANAN MENGERJAKAN IBADAH HAJI/UMRAH
Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa
semasa Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya
kecuali cicak. Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api. Maka sebab itulah
Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.
Dalam sanad hadis ini terdapat kecacatan yang melemahkannya.
PS: - lebih baik korang pegi tanya pakar agama...
sumber : email
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment