Ubah Icon Thumb Drive(Pendrive) & External HDD
Aku dah tukar icon external hard disk aku supaya nampak lebih cantik dan hebat.
Jom follow tutorial ni. Aku bahagikan Step ni kepada 3 bahagian.
Step 1 : Create Autorun File
1. Buka notepad pastu copy and paste script kat bawah ni
[autorun]
ICON=github.ico
LABEL=Shah Rizar
2. Save dalam thumbdrive atau external hdd sebagai "Autorun.inf" (Pastikan tiada perkataan .txt)
3. ICON = Korang tukar github.ico dengan nama icon yang korang nak. (Jangan lupa letak .ico)
4. LABEL = Masukkan nama apa yang korang suka
5. Settle. Dalam thumbdrive atau external hdd korang sepatutnya ada 2 file ni iaitu Autorun dan Icon.
6. Cabut dan masukkan balik thumbdrive atau external hdd untuk lihat perubahan.
Step 2 : Hidden File
Step ni just nak bagi nampak kemas. Nak skip pun tak apa.
1. Korang boleh hidden macam biasa atau pakai Tool yang aku buat ni. Tool ni akan hide file Autorun dan Icon sebagai System File. Download Tool (Jika ada Error sila install .Net Framework)
Aku buat application ni sebab kat File Properties tak ada option untuk set attribute sebagai file system, yang ada cuma Hidden dan Read Only.2. Settle
Step 3 : Icon
1. Korang boleh je google icon apa yang korang nak.
2. Jika icon dalam format gambar (.png), korang boleh convert sebagai icon (.ico) di website ni
http://convertico.com/
3. Kalau malas nak cari boleh download icon yang aku dah sediakan ni. Download Icon
sumber
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment