Askar Mujahadeen ialah antara askar paling bad ass dan tak kenal takut di dalam sejarah dunia. Mereka lebih suka memilih syahid dari menyerah kalah. Keazaman mereka tidak dapat ditandingi askar professional Soviet ataupun Amerika yang cuba mengalahkan mereka tetapi sehingga kini gagal.
Apakah yang menyebabkan mereka menjadi antara askar paling bad ass dalam peradaban dunia? Pertama sekali mereka sudah berperang selama bergenerasi. Mereka menentang Alexander The Great , Empayar British dan Soviet di milennium yang lalu. Mereka sudah biasa dengan terrain dan udar nipis pergunungan. Mereka mempunyai skill yang tinggi untuk sebuah tentera yang tidak mempunyai senjata yang canggih. Dikalangan askar Russia mereka dikenali sebagai The Ghost kerana mereka boleh masuk kedalam kem mereka dan mengelar leher sentri yang sedang tidur tanda disedari rakan askar yang lain. Terdapat cerita keganasan mereka juga.
Sebagai contoh antara cara mereka membalas dendam terhadap serangan Soviet ialah membelah kulit dari perut hingga ke leher. Kulit ini dikupil ke atas dan diikat di atas kepala. Ini balasa kepada tindakan menyerang kampung dan merogol saudara wanita yang dilakukan askar Soviet. Askar USA yang hi tech pada awalnya menganggap Taliban ialah askar yang dengan mudah boleh ditapau. Mereka silap dan special ops USA kini menyedari golongan askar berpakaian compang camping ini lebih fit dan tactically adept dari yang mereka sangkakan. Tiada operasi ketenteraan mereka dilakukan tanpa mempunyai bantuan dari udara dalam bentuk Apache, Drone ataupun pesawat pengebom. Just in case situasi menjadi fakap mereka ada chance untuk membalas serangan tentera mujahid ini. Siapa kata peperangan itu adil? Mereka mula menghormati the warrior spirit askar Afghanistan yang tak kenal erti mengalah dan berani mati.
Respect!
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
sumber : http://blogserius.blogspot.com/2012/09/serius-klasik-mujahideen-ketika-perang.html#more
Comment using Facebook