Apr 23, 2012

ULASAN MENGENAI PROTON PREVE

Petang tadi TM sempat meninjau kereta terbaru dalam keluarga Proton iaitu Preve, dengan harga RM 60 - RM 70 ribu ia satu pelaburan yang berbaloi kepada mereka yang inginkan sebuah kereta sederhana dari Proton.

Kemasan dalamannya walaupun hampir sama tetapi tidak dapat menyamai Inspira yang lebih anggun. Semasa berada di kerusi pemandu sambil membelek-belek di bahagian kokpit, terasa keselesaannya. Cuma rekaan dashboard agak stiff seperti kereta Eropah, iaitu VW dan Mercedes, jika lebih landaikan sedikit barulah ia lebih dramatik seperti Toyota Prius atau pun Nissan Teana.

Beberapa bahagian yang menggunakan plastik agak kurang kukuh seperti di cermin belakang dan di pintu. Getah side step pula kelihatan lebih kukuh berbanding model Wira sebelum ini.

Cuma yang kurang menarik ialah getah yang ditampal di bahagian belakang seolah-olah dummy kepada cermin tingkap belakang.

Penyandar kepala pemandu dan penumpang cukup selesa dan ia hampir menyamai kereta honda insight.

Tempat duduk penumpang belakang cukup selesa dengan adanya arm rest di bahagian tengah. Begitu juga penyandar 60/40 yang boleh direbahkan untuk tambahan muatan panjang, sudah tentu pemilik cukup teruja dengan rekaan ini.

Setelah menilai bahagian dalaman Preeve, TM memberi pujian kerana rekaan dan kemasannya cukup selesa dengan harganya, kira ok lah.

Bahagian luaran juga agak menarik walaupun tak tangkap Ummph....Ia dilengkapi dengan tayar lebar iaitu 205 / 55/16. memang sesuai untuk membelok dan mencengkam jalan.

Lampu-lampu LED juga menjadi tarikan untuk kenderaan-kenderaan masa kini dan Preve mendahului dari kereta buatan Korea yang masih menggunakan mentol biasa.

Ruangan barang juga cukup besar berbanding kereta Proton yang lain dan tray getah disediakan dan pembeli tidak perlu berbelanja lebih.

Stereng dibalut kulit, memang cun lengkap dengan bluetooth hand free phone, auto cruise control seperti Exora
Keseluruhannya Proton Preeve boleh bersaing di pasaran tempatan dan luar negara, cuma selepas ini Proton perlu menilai semua bahagian luaran dan dalaman agar dapat dibuat penambahbaikan seperti yang dilakukan pada Proton Exora Bold.   
Head Rest menyerupai Honda, memang cantik

reka bentuk pintu belakang kurang menarik
Punat hawa dingin masih lagi manual atau analoq
Pandangan sisi yang menawan cuma cermin tingkap belakang kurang selesa pada pandangan mata

Boleh dipertingkatkan lagi supaya lebih futuristic
Getah hitam ganti cermin

Tanpa kunci
Fake glass
205/55/16
lampu kabin kurang menarik berbanding Exora
USB dan pengecas 12V

Tutup dan tersembunyi
Plastik panel pintu nampak kurang menarik dan nampak murah
Dua punat sepatutnya menggunakan solenoid
talam getah atau tray

Arm rest dan tempat letak air, selesa?
Penutup plastik pada cermin belakang, kurang kukuh dan kurang enak dipandang

Perbandingan dengan Waja dan Persona
Mungkin Najib masih tercari-cari apa yang manarik pada kereta ini, PGMD nampaknya berpuas hati, TM nampak kereta ini biasa saja tak ada apa yang menarik.

Jika dibandingkan dengan Waja dan Persona, Preve adalah juara. Untuk mereka yang mahukan gaya dan kelainan, model Satria R3 dan Inspira adalah pilihan terbaik. Setakat hari ini model Savy dan Inspira sahaja yang mendapat kelulusan TUV....Prevee bagaimana?


sumber:-http://taipingmali.blogspot.com/2012/04/pandangan-tm-terhadap-proton-pree-vee.html
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...