Pertama, status dan testimoni dalam iklan di atas mungkin hanya rekaan semata-mata. Biasalah, kerap sangat kita membaca testimoni memuji sesuatu produk melambung tinggi sehingga ada yang kantoi apabila menyalin dan menampal testimoni produk luar negara.
Kedua, katakanlah status atau testimoni di atas adalah benar. Cuba bayangkan anda adalah suami atau kaum keluarga wanita di atas. Apakah perasaan anda melihat gambar super hot di atas? Bangga? Anda bangga isteri anda digambarkan seperti itu?
Gambar ini berkemungkinan hasil kesan Photoshop seperti juga iklan yang memaparkan gambar model yang dikatakan langsing selepas mengambil produk atau menjalani rawatan kecantikan tertentu. Bukan menafikan hasil rawatan, tetapi kesan Photoshop digunakan untuk memastikan model kelihatan sempurna. Seperti juga gambar di atas, payudara wanita itu mungkin dibesarkan untuk memberikan kesan "wow" kepada pembaca akhbar atau majalah.
Yang kita hairan apabila wanita yang menjadi model sesuatu produk (misalnya di atas) sanggup dipergunakan sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, dan suami untuk imbuhan yang tidak sebesar mana. Sedangkan gambar ini berlegar-legar dari skrin ke skrin menjadi tatapan umum. Ada yang mengkritiknya, ada juga yang berahi melihat gambarnya.
Baca pula catatan kononnya ditulis oleh model iklan ini. Penggunaan frasa "nasi lemak 20 sen", "risau suami cari perempuan lain", "lelaki di luar sana melirikkan mata pada..." dan sebagainya benar-benar merendahkan/mempertikaikan tubuh badan yang dikurnai Allah, martabat seorang wanita, dan maruah suami. Adakah wanita di atas bangga membaca testimoni tersebut?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
No comments:
Post a Comment