Feb 12, 2012

MASIH TERUNA WALAUPUN DAH ADA 14 ORANG ANAK

Seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai telah menjadi bapa kepada 14 orang anak walaupun tidak pernah mengadakan mempunyai hubungan seks.



Trent Arsenault yang berasal dari San Francisco mendapati dirinya dalam kedudukan yang unik selepas melancarkan laman web pada tahun 2006 di mana dia menawarkan pendermaan sperma secara percuma kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.

Ketika diminta mengulas, dia membuat pengakuan kepada Anderson Cooper pada chatshow AS :"Saya dicipta sebagai 'penderma seksual' dan ia bermakna 100% tenaga seksual saya adalah untuk menghasilkan sperma untuk pasangan yang tidak mempunyai anak untuk mendapat zuriat. Jadi saya tidak mempunyai aktiviti lain di luar itu.

"Saya mungkin akan menjadi teruna berusia 40 tahun dan mungkin akan mempunyai lebih dari 15 orang anak",tambanya lagi.

Arsenault juga pernah bertemu muka dengan salah seorang anaknya, seorang anak perempuan yang berusia 23 bulan dinamakan Analise, untuk kali pertama.

"Saya cuba untuk tidak terlalu emosi," katanya. "Saya amat gembira bahawa dia sihat dan di rumah yang penuh kasih sayang. Saya berharap dia mempunyai gen empati dan ibu bapanya memupuk sikap yang baik padanya."

Arsenault kemudian didakwa pada Disember lalu selepas FDA menuduh beliau gagal untuk mencegah penyebaran penyakit dan mendapati beliau menyalahi undang-undang pembuatan sel-sel manusia dan menerima hukuman satu tahun penjara dan denda sebanyak $ 100,000.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...