Kalau dilihat kepada fizikal dan keadaan kanak-kanak lelaki dari Sulawesi Selatan, Indonesia ini, tiada apa-apa yang aneh mahu pun pelik untuk difikir.
Namun, Panji, anak kepada pasangan Yusran dan Salma itu sememangnya mempunyai tabiat pelik mengenai sistem pemakanannya.
Pasti ramai yang tidak akan percaya, kanak-kanak yang berusia lima tahun itu lebih gemar menjadikan pasir dan batu sebagai menu utama makanannya setiap hari.
Menurut kata ibu bapanya, Panji mempunyai tabiat buruk tersebut sejak dia berusia setahun dan tabiat itu tidak langsung berubah apabila dia sudah memasuki alam persekolahan.
Malah, keluarga dan saudara-mara mereka juga tidak dapat melakukan apa-apa dari menegah Panji untuk terus menjadikan pasir dan batu sebagai makanan kegemarannya.
Teman-teman Panji pula sudah terbiasa dengan sikap anehnya dan akan memakan pasir dan batu ketika tidak diperhatikan oleh orang ramai.
Sekiranya terdapat orang yang memerhatikannya untuk memakan benda-benda kotor itu, Panji akan serta-merta menjadi malu dan tidak akan meneruskan tabiatnya.
Apa yang lebih pelik lagi, sekiranya Panji tidak menjamah makanan kotor itu, kesihatan tubuh badan Panji akan merosot dan menjadi lemah-lemah seperti tidak mempunyai sebarang tenaga.
Hingga kini, Panji masih belum melakukan sebarang pemeriksaan lanjut kesihatannya dan tidak pernah mengadu sakit perut setelah menjamah pasir dan batu.
No comments:
Post a Comment