Layanan pekerja hospital di India masih diragui dan belum cukup untuk kita percaya dan berbangga. Setelah kebakaran yang mengorbankan 90 orang pesakit yang berlaku satu ketika dulu, kini seorang lagi pesakit lelaki yang sedang mejalani rawatan di hospital maut akibat pendarahan dibahagian kemaluan kerana digigit tikus!!
Kejadian itu telah menimpa Arun Sandukh (53 tahun), seorang pesakit Pneumonia atau radang paru-paru yang sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan di Bandar Kalkuta.
Kejadian telah disedari oleh ahli keluarga lelaki malang tersebut dalam keadaan telah tidak bernyawa di ruang hospital dengan berlumuran darah disekitar kemaluannya, dan dipercayaai telah digigit oleh tikus kerana terdapat kesan gigitan kecil yang banyak dibahagian tersebut.
“ketika kejadian tiada pekerja hospital yang bertugas di bilik berkenaan, dan situasi itu amat menakutkan” kata Bishwanath, seorang ahli keluarga mangsa yang ditemubual oleh Asian Age.
Pihak hospital mengaku bahwa kawasan hospital berkenaan memang dipenuhi oleh haiwan berkenaan, dan hal ini adalah sukar buat mereka untuk menanganinya. Akan tetapi, mengulas lanjut mengenai punca sebenar kematian mangsa, pihak hospital masih tidak mahu member apa-apa ulasan kerana masih menunggu hasil siasatan lanjut.
Layanan buruk pekerja hospital dan keadaan persekitaran hospital di India hususnya di kalkuta yang terlalu teruk masih menjadi topic perbahasan sesetengah pihak termasuk pihak antarabangsa. Dibandar yang sama pernah terjadi kejadian seorang bayi mati akibat topeng oksigen yang dipakainya telah ditanggal oleh seorang pekerja pembersihan!
Dikhabarkan juga, system pengurusan hospital yang tidak standard di kebanyakan tempat di India antaran punca berlakukan kemalangan maut di dalam hospital yang melibatkan pesakit
No comments:
Post a Comment