macam2 perkara peniaga2 akan lakukan untuk menarik minat orang ramai, samada penurunan harga jualan yang kadang-kala kelihatan tak masuk akal hinggalah kepada pemberian barang percuma atau "free gift"
Kita sebagai pengguna harus bijak untuk memilih, bukan setakat bijak untuk tawar menawar harga atau meminta lebih banyak "free gift", tapi bijak dalam membandingkan harga SELEPAS dan SEBELUM potongan harga dilakukan, ini kerana ada sesetengah peniaga yang hanya tamak dan mementingkan keuntungan akan melakukan satu bentuk penipuan..
penipuan yang kerap dilakukan adalah dengan menampal harga SEBELUM potongan yang lebih tinggi dari harga biasa kemudian meletakan harga SELEPAS potongan mengikut peratus yang ditawarkan, jadi bagi pembeli yang kurang ambil berat mengenai hal ini akan tertarik dengan penurunan harga yang dilakukan kemudian membelinya...
contohnye, harga biasa sehelai kemeja berjenama "buaya" yang berharga RM45.00, kemudian apabila ia akan dijual untuk pesta jualan akhir tahun, peniaga akan menampal harga yang jauh lebih tinggi seperti RM200.00 untuk sehelai kemeja yang sama, dan sebagai gimik potongan harga 70% - 95% di tawarkan, dan harga selepas potongan juga ditampal sebagai perbandingan dan juga daya tarikan kepada orang ramai... perghh!! buta2 jer kene kelepek...
ini juga adalah pengalaman saya , bayangkan, sehelai baju t-shirt yang jenama ntah ape ntah ditampal dengan harga sebelum potongan dengan harga yang menggelikan hati. harga biasa RM40++ jer tapi ditampal dengan harga RM189.00....hahaha...
so berfikir sebelum membeli ye..
No comments:
Post a Comment