Dec 26, 2011

BAGAIMANA NAK TAHU KEK YANG DICAMPUR ARAK

Mencari yang halal itu adalah wajib...pendedahan oleh bekas chef:

Arak Didalam Kek?

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

“Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.

Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.

Dengan itu saya berhenti kerja, disebabkan saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.

ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan “rasa” itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan-rakan atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian – Chef Farid”

Rum ( Rhum ) jelas haram termasuk minuman keras (Arak) yang dilarang dalam Islam.

Kandungan Alkohol dalam Rhum termasuk tingkat tinggi yaitu sekitar 38%. Rhum termasuk golongan C dalam pembahagian minuman keras (Arak) sebagaimana penjelasan berikut :

minuman beralkohol dikategorikan minuman keras dan dibahagikan menjadi 3 golongan:

Golongan A: Minuman dengan kadar etanol 1 – 5%.

Golongan B: Minuman dengan kadar etanol lebih dari 5% hingga 20%.

Golongan C: Minuman dengan kadar etanol lebih dari 20% sampai 55%. (Rhum termasuk tingkat tinggi)

Berdasarkan penjelasan di atas rhum menimbulkan efek memabukkan, maka ia jelas dihukum haram bagi orang yang memakan dan meminumnya.

Pengharaman Arak Menurut Hadith

Daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Apa saja yang memabukkan hukumnya haram, baik banyak maupun sedikit,” (Sahih, HR Abu Dawud)

Daripada ‘A`ishah katanya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram. Minum sebanyak farq yang menyebabkan mabuk maka sekadar tapak tangan juga haram.” (Sahih, HR Abu Dawud)

Farq ialah satu sukatan yang boleh mengisi sesuatu yang banyak. Sukatan ini menunjukkan kuantiti yang banyak. Maka difahami daripada hadis ini, kuantiti yang sedikit adalah haram sama seperti minum dengan kuantiti yang banyak.

“Hadits ini merupakan dalil diharamkannya minuman memabukkan baik sedikit maupun banyak. Tidak seperti yang dikatakan oleh para penipu diri sendiri yang mengharamkan tergukan terakhir dan menghalalkan tegukan-tegukan sebelumnya yang sudah diminum. Para ulama’ tidak berselisih pendapat bahwa mabuk total tidak harus muncul pada tegukan terakhir walaupun tegukan pertama, kedua dan seterusnya tidak memabukkan. Semoga Allah memberikan taufiknya kepada kita.” - An-Nasa’i dalam kitab Sunannya

Apabila minuman itu dapat memabukkan pada kadar tertentu, bererti kadar yang sedikitpun juga berhukum haram. Sebab sedikit merupakan bahagian dari yang banyak, walaupun dapat dipastikan jika diminum sedikit tidak akan memabukkan. Tentunya masalah ini sudah sangat jelas.

Wallahu’alam…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Paling Popular Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...