Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda dari seorang ibu.. Seorang pemuda baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya melepaskan lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan. Suasana hening dan damai di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja. Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya. Anak :Ibu.. Ibu :Hmmm ? Anak :BU ! Ibu :APA ? Anak :Mmm, anu … tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni ! Ibu :IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya.Agaknya mata ibu sudah nak rabun… Anak :Bu ! Ibu :Apa dia ? cakap ajelah, Yang ? Anak :Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..? Ibu :Jangan … Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya. Anak :Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ? Ibu :Kan ibu kata JANGAN … Anak :Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu…? Bolehlah bu.. Ibu :TIDAK ! Anak :Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwaj ibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja. Ibu :Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN ! Anak :Jadi Ibu melarang saya nih… Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tu a itu menyuruh maksiat pada perintah Allah. Ibu :Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!! Anak :WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD! Ibu :JANGAN ! Anak :JILBAB ! Ibu :JANGAN ! Anak :JILBAB !! Ibu :J A N G A N !!! Anak :J I L B A A A A A A B !!!! Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pi ntu untuk mengetuk ….namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu … Ibu :KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI… .. |
May 6, 2011
ibu melarang anak pakai jilbab!!! masyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Scapulocostal Syndrome Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku. Wah sudah hampir seminggu Suri sakit urat be...
-
Pada 21 April 2012 yang lepas aku call sorang contractor ni untuk repair paip tersumbat, paip bocor dan nak minta quotation untuk renovate...
-
Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemalu...
-
Saya berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, 'Jun' melalui telefon awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai ...
-
Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak: Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipa...
-
AMARAN, GAMBAR SETERUSNYA AGAK NGERI BAGI SESETENGAH ORANG, JANGAN TERUSKAN JIKA LEMAH SEMANGAT! mangsa pakai kasut,...
-
Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa ...
-
Kali ni aku nak ceritakan kisah pengalaman aku dengan penyewa rumah. Kepada korang yang nak sewakan rumah korang, hati2 dengan kumpul...
1 comment:
Post a Comment