Seorang warga Venezuela menunjukkan foto Presiden Hugo Chavez
bersama Dua anak perempuannya. Sejak menjalani rawatan kanser di Cuba, Presiden Chavez masih belum muncul di hadapan rakyat walaupun sudah kembali
ke Caracas.
Presiden
Venezuela Hugo Chavez meninggal dunia pada usia 58 tahun. Demikian
diungkapkan Wakil Presiden Nicolas Maduro.
Dalam pengumuman itu, Maduro mengatakan Chavez meninggal pada Selasa (5/3/2013) pukul 16.25 waktu tempatan. Menurut CNN, Maduro kelihatan amat sedih ketika melaporkan peristiwa itu.
Sebelum itu,
Chavez dilaporkan menderita infeksi baru.
Banyak warga Venezuela kemudian mendesak agar keadaan penyakit Hugo diumumkan kepada rakyat.
Chavez, yang menjawat jawatan presiden selama 14 tahun, disyaki mengalami kaser di sekitar panggulnya. Namun, penyakit pasti yang dideritanya dirahsiakan.
Dia mengumumkan pada Jun 2011, bahawa dia menderita kanser dan telah menjalani empat kali rawatan pemulihan, termasuk rawatan kemoterapi dan radiasi.
Selama ini, Chavez dikhabarkan membuat sebarang keputusan berkaitan negara dari hospital,
Sumber asal : CNN (diterjemah semula)
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
2 comments:
Derok...gi darftar kelas malam..blaja sejarah...ekekeke
takde maknenye...huhu
Post a Comment