Assalamualaikum Muslimin &
Muslimat......
Untuk makluman bersama akan datang....
Saudara dan saudari yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى, seringkali
kita menyebut Insya-Allah dalam kehidupan harian kita malah ianya sudah pun
dilagukan seperti yang dinyanyikan oleh Maher Zain.
Menyebut Insya-Allah memang dituntut oleh Islam terutama apabila kita
ingin atau berhasrat melakukan sesuatu yang belum pasti berlaku melainkan dengan
izin Allah.
Allah berfirman dalam Al-Quran, ayat 23-24 dalam surah Al-Kahfi
:
وَلاَ تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَداً {23} إِلاَّ أَن
يَشَاءَ اللَّهُ
Maksudnya "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak
dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya
Allah".
Para
mufassirin berkata, tatkala orang Yahudi bertanyakan Nabi -صلى الله عليه وآله
وسلم - tentang roh, Ashabul Kahfi dan Dzul Qarnain, Nabi - صلى الله عليه وآله
وسلم - menjawab kepada mereka "Saya akan beritahu kamu semua esok", Nabi -صلى
الله عليه وآله وسلم - tidak menyebut Insya-Allah. Lalu wahyu tertahan daripada
turun selama 15 hari lamanya . Kemudian Allah menurunkan ayat ini menyuruh
baginda - صلى الله عليه وآله وسلم - dengan menambah istisnaa (pengecualian)
dengan menggunakan "dengan kehendak Allah". Jadi, jika seseorang berkata: aku
akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti, maka sebutlah Insya-Allah.
[rujukan: فتح القدير الجامع بين فني الرواية والدراي & تفسير
القرطبي]
Daripada ayat di atas jelas menunjukkan kepentingan penggunaan Insya
Allah dalam pembicaraan seorang muslim pada setiap masa.
Fokus utama yang saya ingin bicarakan di sini ialah bagaimana untuk
menulis "Insya Allah" dengan cara yang betul dalam tulisan Arab. Ini kerana, ada
yang menulisnya sebagai إنشاء الله, dan ada yang menulis dengan إن شاء الله.
Jadi, mana satukah yang tepat ejaannya?
Dalam kitab شذور الذهب karangan Ibnu Hashim ada menyebutkan bahawa
makna kata kerja إنشاء yang menjadi asas penulisan إنشاء الله ialah
"mengadakan/mewujudkan/mencipta" sebagaimana firman Allah dalam surah
Al-Waqi'ah, ayat 35:
إِنَّـآ أَنشَأنَهُنَّ إِنشَـآءً
Maksudnya "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa".
Jadi, jika kita menulis Insya-Allah
dalam tulisan Arab sebagai إنشاء الله, maka ia memberi maksud "menjadikan
Allah", - Maha Suci Allah daripada bersifat demikian - dan ini adalah
salah sama sekali, kerana Allah tiada makhluk
yang menjadikanNya. Ia bersifat Azali, Qidam, Baqa'.
Jika demikian, maka tulislah Insya-Allah itu
dengan
إن شاء
الله, bukannya إنشاء الله .
Lafaz إن شاء الله memberi pengertian kemahuan Allah. Dalam kitab Mu'jam Lisaan al-Arab (معجم لسان العرب), makna kata kerja شــاء ialah "mahu/kehendak". Jadi, apabila kita menulis إن شاء الله, seolah-olah kita berkata "dengan kehendak/keinginan Allah kami berbuat sekian..sekian.." Firman Allah Taala dalam surah al-Insan, ayat 30:
Lafaz إن شاء الله memberi pengertian kemahuan Allah. Dalam kitab Mu'jam Lisaan al-Arab (معجم لسان العرب), makna kata kerja شــاء ialah "mahu/kehendak". Jadi, apabila kita menulis إن شاء الله, seolah-olah kita berkata "dengan kehendak/keinginan Allah kami berbuat sekian..sekian.." Firman Allah Taala dalam surah al-Insan, ayat 30:
وَمَا تَـشَـآءُونَ إِلا أَنْ يَـشَـآءَ اللهُ
Mafhumnya: "Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara)
melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah..."
Kesimpulannya, terdapat perbezaan
yang ketara daripada segi makna antara perkataan إن شاء الله dan إنشاء
الله . Oleh itu, hendaklah kita melazimi penulisan Insya-Allah dalam
bahasa Arab itu dengan ejaan
إن شاء
الله .
Kalimah إن شاء الله bermaksud "jika Allah
kehendaki" atau biasa diterjemahkan sebagai "jika Allah izinkan". Terjemahan
secara terperincinya ialah:
إن=Jikaشاء=mahu/kehendaki/ingin-(ini
adalah kata kerja)الله = Allah
Sekian. Mudah-mudahan bermanfaat.
sekian, terima kasih....
=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.