Sep 13, 2012

KENAPA LANTAI MASJIDIL HARAM TIDAK PANAS?


 
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) pada waktu malam dan siang memang berbeza. Jika pada waktu malam, cuaca cukup sejuk. Orang sekitar Mekah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada waktu malam.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga bandar yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Mekah, biasanya akan keluar pada waktu petang agar boleh solat Maghrib berjamaah serta melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Mekah untuk umrah pada pagi hari,” kata pemandu arah MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Mekah kebelakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panas puncak berada sekitar 37 darjah celcius. Puncak waktu panas biasanya berlaku pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga pada waktu malam.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika pada waktu malam, melakukan tawaf tidak terlalu mengerah tenaga. Ini berbeza jika tawaf dilakukan pada waktu siang. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas yang menyengat.

Walaupun begitu, semasa mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, telapak kaki tidak akan terasa panas sama sekali. Sedangkan tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari memancar terus lantai marmar.
Ini berbeza dengan lantai di laluan keluar dari pintu Marwah. Ketika berjalan, telapak kaki berasa sangat panas. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelak panas tersebut.
Oleh itu kenapa lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu pekerja (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan bahawa di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang penghawa dingin agar telapak kaki peziarah tidak melepuh kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berjubin marmar seperti ketika ini. Dulu hanyalah hamparan pasir. Pada masa Abdullah Ibnu Zubair, jubinnya ketika itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M. Pada masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus mendapat sambutan. Kini lantai untuk tawaf diperbuat dari marmar terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Pada zaman Raja Faisal, pengubahsuaian dilakukan lanjutan tempoh pengubahsuaian Raja Saud, di antaranya meruntuhkan bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan kawasan untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan berdekatan serambi masjid sebelah timur. Itulah sebabnya kawasan tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Oleh itu wajarlah lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5

carian :

kaabah
masjid
masjid mulia
kaabah hebat
islam
kiblat islam
rumah allah


=================================================================================================================================================================
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------ Comment using Facebook
www.gilerah.blogspot.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.